Selasa, 23 Mac 2021

WAQAF PADA MUBTADA’ TANPA MENYEMPURNAKAN KHABAR

 WAQAF PADA MUBTADA’ TANPA MENYEMPURNAKAN KHABAR


Seseorang datang dan menjerit-jerit nama jiran anda :

Abu!! Abu!! Abu!!.

Sudah pasti anda akan terpinga-pinga. Timbul soalan kenapa dengan Abu? Apa yang tidak kena dengan Abu?

Tetapi jika dia menjerit : “Abu accident!!”. Anda akan faham dengan jelas tanpa tertanya lagi maksudnya. Maka Abu itu Mubtada’ dan accident itu khabar. Kalimah ‘accident’ di sini sebagai khabar adalah rukun penting kerana ia menyempurnakan makna ‘Abu’ yang akan tergantung makna tanpanya.

HURAIAN

Waqaf pada mubtada’ tanpa menyempurnakan khabarnya dianggap sebagai waqaf Qabih(buruk). Pun begitu, ia tidak dihukum haram atau makruh atau dosa kecuali dalam keadaan tertentu contohnya pembaca berniat untuk menyelewengkan (تحريف) makna. Maka hukumnya menjadi haram ketika itu . Inilah apa yang disebut Imam Ibnu Al Jazari di dalam An Nasyrnya.

Syeikh Abdul Fattah Al Marsofi mendatangkan contohnya seperti waqaf pada الحَمْدُ (mubtada’) dan tidak pada للهِ (khabarnya).

Ketika seorang pembaca berhenti الحَمْد yang membawa maksud ‘segala puji’, makna tidak dapat difahami dengan jelas. Pendengar akan ternanti-nanti perkataan seterusnya(khabar) yang menyempurnakan maknanya.

Tetapi jika pembaca menyempurnakan mubtada’ dan khabarnya dan memberhentikan bacaan pada الحمد لله , maka tiada lagi keraguan dan pertanyaan kerana telah jelas makana ‘segala puji bagi Allah’.

Cuba perhatikan pula ayat 2 Surah Muhammad di bawah. Ini jenis Mubtada’ jumlah dan khabar jumlah :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَآمَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَهُوَ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ ۙ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ.

Dan orang-orang mukmin dan beramal soleh serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah yang haq dari Tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.

Saya gunakan terjemahannya supaya anda faham.

Jika pembaca membaca :

“ Dan orang-orang mukmin dan beramal soleh serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah kebenaran dari Tuhan mereka…”.

Tiba-tiba dia memberhentikan bacaannya.

Anda pasti akan tertanya : “ Mana sambungannya? Apa yang terjadi pada orang beriman yang beramal soleh dan beriman pada Al Quran itu?”.

Tetapi jika dia membaca dan menyempurnakan khabarnya iaitu :

كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ

Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.

Sudah pasti, tiada lagi pertanyaan dan waham.

Rujukan :

1- An Nasyr fi Qiraat Al Asyr
2- Hidayatul Qari ila Tajwid kalam Al Bari
3- Maqalah ‘Mahzhuraat al waqf fi Al Arabiah

Hanif Azmir Hassim. 24 Mac 2021. Nibong Tebal. Mohon teguran anda jika ada kesalahan. Saya sangat gembira dengan sebarang teguran.
 
Lihat Sedikit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

الحمدلله الله اكبر
TOLONG SHARE KEPADA ORANG LAIN SEMOGA MANFAAT DAN MISI BANTERAS BUTA AL-QURAN INI MENDAPAT SAMBUTAN DARI UMAT ISLAM.. INSYAALLAH.. آمين‎
💖 BANTU KAMI 🙏 🇲🇾 TEKAN BUTANG LIKE 👍 DAN SHARE📢📢
جزاك الله

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.