Isnin, 22 Mac 2021

Penjelasan Hukum Mad

Mad dari sudut bahasa bermaksud tambahan ( الزيادة ).Manakala dari sudut istilah, ia ditakrifkan sebagai : 


إِطاَلَةُ الصَّوْتِ بِحَرْفٍ مِنْ حُرُوفِ المَدَّ وَاللَّينِ الثَّلَاثَةِ ...


Pemanjangan suara dengan satu huruf dari huruf-huruf mad dan lin yang tiga…


Takrif di atas disebutkan di dalam 'Arf An Nadd.


🔶 PERBINCANGAN :


Apa yang ingin kita bincangkan di sini ialah kadar dan istilah berkaitan Mad Far’ie. 


Contohnya Mad Muttasil pada  شَآءُ اللهُ . Kita sedia maklum bahawa di dalam bacaan Hafs an ‘Ashim jalan Syatibi kita, kata ‘Sya’ boleh dipanjangkan samada dengan 4 atau 5 harakat.


🔹 DUA HARAKAT PERTAMA : 


Perlu difahami, dua harakat pertama darinya sangat penting untuk kita sempurnakan. Meninggalkan kadar 2 harakat ini dianggap penyelewangan dari sudut bahasa dan bacaan seperti yang disebut  Dr Abdul Ghafur Ali Jaafar di dalam Madkhalnya. Ini kerana, orang arab tidak pernah membacanya (شَءَ) iaitu membuang kadar dua harakat tersebut. Maka, pelakunya, dianggap melakukan kesalahan yang nyata (لحن جلى ) dan boleh berdosa.


🔹 DUA/TIGA HARAKAT BERBAKI


Pembaca yang meninggalkannya contohnya membaca hanya dua harakat atau tiga harakat pada kalimah  شَآءَ ini dan yang sepertinya dianggap melakukan kesalahan kecil/tersembunyi (لحن خفى). Kesalahan seperti ini, jika tidak disengajakan dianggap tidak berdosa di sisi sebahagian ulama’. Pun begitu, Syeikh Kamil Al Masiri di dalam Al Jami’ fi Tajwid Qiraatil Quran Al Karim menyebutkan bahawa pendapat yang rajih ialah At Tahrim(haram). Justeru berhati-hatilah dan bersungguh-sungguhlah untuk melepaskan diri dari kesalahan.



Hanif Azmir bin Hassim Nibong Tebal 22 Mac bersamaan malam 9 Syaaban 1442 Hijrah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

الحمدلله الله اكبر
TOLONG SHARE KEPADA ORANG LAIN SEMOGA MANFAAT DAN MISI BANTERAS BUTA AL-QURAN INI MENDAPAT SAMBUTAN DARI UMAT ISLAM.. INSYAALLAH.. آمين‎
💖 BANTU KAMI 🙏 🇲🇾 TEKAN BUTANG LIKE 👍 DAN SHARE📢📢
جزاك الله

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.