Jumaat, 12 Februari 2021

CARA BACA KALIMAH بَسَطتَ.

CARA BACA KALIMAH بَسَطتَ.

kalimah بسطت dan tiga lagi saudaranya perlu dibaca dengan cara :

"masuk dengan 'ط' keluar dengan 'ت'".

Ia adalah Idgham Naqish (ناقص). Idgham Naqish maksudnya Idham yang kurang atau tidak sempurna. Maksudnya lebih khusus di sini :

ذَهَابُ ذَاتِ الحَرْفِ الطَّاء وَبَقَاءُ صِفَۃِ الإِطْبَاقِ

Hilang zat huruf Tho dan kekal sifat Ithbaqnya.

Kata Imam Ibnul Jazari di dalam matannya :

وَبَيِّـنِ الإِطْبَـاقَ مِـنْ أَحَـطـتُّ مَـعْ * بَسَطـتَّ …

Dan jelaskan sifat Ithbaq pada lafazh Ahattu, Basathta…

MAKSUD: Huruf tho' telah hilang dari sebutan. Buktinya, tiada lagi qalqalah padanya. Tetapi berbaki lagi sifatnya iaitu Ithbaq Tho'. Buktinya bunyi tebal Tho' masih kedengaran . Jika dibaca بستت maka itu salah, kerana akan hilang kedua duanya sekali ( zat dan sifat Tho') .Dan jika berlaku, bertukarlah ia menjadi Idgham Kamil seperti وَقُل رَّبِّی dan مِن لَّدُنْهُ.

Sebab dibaca pada pertemuan Tho' mati dengan Ta' berbaris di sini dengan Idgham Naqish di sini ialah kaedah:

الحَرْفُ القَوِیُّ لَا يَدْخُلُ دُخُولًا كَامِلًا فِی الحَرْفِ الضَّعِيفِ

Huruf yang kuat tidak boleh masuk (diidghamkan) dengan kemasukan yang sempurna ke dalam huruf yang lemah.

Jadi Tho' yang sifatnya kuat bahkan ialah huruf paling kuat dari semua huruf tidak boleh diidghamkan dengan sempurna ke dalam Ta' yang bersifat lemah.

Wallahu A 'lam.



soalan : klu لقدتقطع di sini ت ada sabdu tp dlm احطت kt ت tu xde sabdu plk blh bg pncrhn sikit x

jawapan:   Laqat taqattho'a itu Idgham Kamil(sempurna). Sabdu itu buktinya. Setiap dua huruf yang bertemu di dalam bab idgham, dan huruf keduanya bersabdu, itu maksudnya IDGHAM KAMIL. Jadi, Huruf dal 'laqad' telah hilang begitu juga sifatnya. Jadi, bunyinya terus jadi Ta' 'laqat' . Ini terjadi kerana kedua-dua huruf iaitu dal dan Ta' adalah huruf yang lebih kurang kuatnya. Oleh kerana kedua-duanya adalah Idgham mutajanisain dan kekuatannya seimbang, maka dal boleh diidgamkan ke dalam ta' begitu juga sebaliknya. Berbeza dengan Tho kerana ia mempunyai dua sifat paling kuat iaitu Isti'la' dan Ithbaq yang tidak dimiliki oleh dal mahupun Ta'. Maka tidak boleh diidgamkan Tho pada Ahathtu ke dalam ta' dengan sempurna. Hanya boleh dengan IDGHAM NAQISH.

CONTOH BACAAN Tho’ (ط) diidghamkan pada ta’ (ت) secara Idgham Naqisنَاقِص ﺇﺩﻏﺎﻡ

                         Contoh  Idgham Naqisنَاقِص ﺇﺩﻏﺎﻡ : https://youtu.be/nc636lvIPKA?t=1598



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

الحمدلله الله اكبر
TOLONG SHARE KEPADA ORANG LAIN SEMOGA MANFAAT DAN MISI BANTERAS BUTA AL-QURAN INI MENDAPAT SAMBUTAN DARI UMAT ISLAM.. INSYAALLAH.. آمين‎
💖 BANTU KAMI 🙏 🇲🇾 TEKAN BUTANG LIKE 👍 DAN SHARE📢📢
جزاك الله

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.