Sabtu, 6 Februari 2021

DUA QALQALAH YANG SUKAR.

 DUA QALQALAH YANG SUKAR.


Nama lain bagi Qalqalah adalah Laqlaqah (لَقْلَقَةٌ). 

Qalqalah adalah seperti apa yang disebutkan oleh Syeikh Zakaria Al Ansori : 


سَمِّيَتْ حُرُوفُهَا بِذَلِكَ؛ لِأَنَّها حِينَ سُكُونِهَا تَتَقَلْقَلُ وَتَتَلَقْلَقُ عِنْدَ خُرُوجِهَا، حَتَّى يُسْمَعَ لَهَا نَبْرَةٌ قَوِيَّةٌ، لمِاَ فِيهَا مِن شِدَّةِ الصَوْتِ الصَّاعِدِ بِهَا مَعَ الضَّغْطِ، دَونَ غَيْرِهَا مِنَ الحُرُوفِ.


“Dinamakan huruf-huruf itu begitu(qalqalah) kerana ketika huruf -huruf itu mati,  melantun/bergegar ia ketika keluarnya sehingga didengar baginya bunyi suara yang kuat kerana padanya ada kekuatan suara yang yang naik bersamanya beserta tekanan tidak seperti pada huruf yang lain darinya”.

Mudahnya: Qalqalah adalah penahanan suara yang akhirnya terpecah demi menzahirkan sifat Jahar.(الشدة المنفجرة بالجهر). Jika tidak diqalqalahkan, hilanglah sifat Jahar pada huruf-huruf qalqalah. Jadi, dua sifat yang sangat berkait dengan Qalqalah ialah Syiddah dan Jahar. 


CONTOH :  Qalqalah ini macam empangan.  Bila airnya terlalu banyak dan empangan dijangkakan akan pecah, airnya terpaksa dilepaskan keluar. Ada di sana air lumpur dan ada air jernih.  Empangan itu ‘syiddah’. Air lumpur yang keluar itu bayangan sifat ‘Jahar’ yang ada pada lima huruf qalqalah. Air jernih yang keluar itu pula bayangan sifat ‘Hamas’ pada huruf Kaf dan Ta’.


Qalqalah yang paling sukar. 


Kadang kadang, mendatangkan qalqalah pada pada sebahagian kalimat lebih sukar dari selainnya. Al Marhumah, Dr. Suad Abdul Hamid di dalam Kitabnya Taisir Ar Rahman menyebutkan dua keadaan paling sukar untuk mempraktikkan qalqalah :


1-  Apabila berhimpun padanya dua sukun (إجتماع الساكنين) ketika waqaf contohnya : 

                            فِسْقٌ       القَدْرِ     عَهْدٌ


2- Apabila berhimpun dua huruf qalqalah di dalam satu kalimah ketika waqaf Contohnya : 

                                     بِالْعَبْدِ         وَلَا رَطْبٍ 

Katanya  : 

                          فَيُقَلْقَلُ كُلُّ حَرْفٍ مِنْهُمَا عَلَى حِدَّةٍ


Oleh itu, setiap huruf dari keduanya diqalqalahkan secara berasingan.


Maksudnya: perlu ada dua kali lantunan kerana ada dua huruf qalqalah. Selamat mencuba. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

الحمدلله الله اكبر
TOLONG SHARE KEPADA ORANG LAIN SEMOGA MANFAAT DAN MISI BANTERAS BUTA AL-QURAN INI MENDAPAT SAMBUTAN DARI UMAT ISLAM.. INSYAALLAH.. آمين‎
💖 BANTU KAMI 🙏 🇲🇾 TEKAN BUTANG LIKE 👍 DAN SHARE📢📢
جزاك الله

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.