Memaparkan catatan dengan label WAKAF. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WAKAF. Papar semua catatan

Ahad, 4 April 2021

Ditanyakan Tentang Waqaf Pada Kalimah وَانتَظِرْ Ayat 30 Surah 032 As Sajdah M.s 417 Juz 21

 

Ditanyakan Tentang Waqaf Pada Kalimah وَانتَظِرْ Ayat 30 Surah 032 As Sajdah M.s 417 Juz 21 ini :

فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَانْتَظِرْ إِنَّهُمْ مُنْتَظِرُونَ
Maka berpalinglah kamu dari mereka dan tunggulah, sesungguhnya mereka (juga) menunggu.

Kata penanya, ada Ustaz mengatakan perlu waqaf pada kalimah '
وَانتَظِرْ ' itu.


Saya cuba cari dan jawapan saya sekadar ini(di bawah) dengan sedikit tambahan hadis. Jika ada tambahan dari sahabat-sahabat, saya sangat alukan.

🔶 JAWAPAN
Waalaikumussalam Tuan. Di dalam Manar Al Huda karangan Imam Al Asymuni, disebutkan bahawa berhenti pada kata ' فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ ' atau ' وَانتَظِرْ ' ialah waqaf Jaiz(harus). Tetapi jika berhenti pada ' إِنَّهُم مُّنتَظِرُونَ ' itu waqaf tam(sempurna). Saya juga ada lihat nukilan di dalam 'Ilal Al wuquf, dan Al Muktafa tetapi tetapi tiada perbahasan.
Jadi yang lebih baik, ialah waqaf di hujung ayat. Itu cara Rasulullah. Ia dipanggil Waqaf Sunnah oleh sebahagian ulama’.

Di dalam Hadis Sahih riwayat Abu Daud, Ummu Salamah menceritakan : "Adalah rasulullah memotong-motong bacaannya. Baginda membaca الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ kemudian waqaf. Membaca الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , kemudian waqaf".
Ini dalil sunnahnya waqaf pada hujung ayat. Kata Mullla Ali Qari di dalam Mirqat al Mafatih:

(يُقَطِّعُ قِرَاءَتَهُ) ، أَيْ: يَقْرَأُ بِالْوَقْفِ عَلَى رُؤُوسِ الْآيَاتِ
maksud ‘memotong motong bacaan’ ialah berhenti pada hujung setiap ayat.

🔸Justeru, pada pandangan saya , adalah lebih baik pada kalimah مُنْتَظِرُونَ dari waqaf pada فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ ' atau ' وَانتَظِرْ. Wallahu a'lam.