CARA BACA KALIMAH بَسَطتَ.
kalimah بسطت dan tiga lagi saudaranya perlu dibaca dengan cara :
"masuk dengan 'ط' keluar dengan 'ت'".
Ia adalah Idgham Naqish (ناقص). Idgham Naqish maksudnya Idham yang kurang atau tidak sempurna. Maksudnya lebih khusus di sini :
ذَهَابُ ذَاتِ الحَرْفِ الطَّاء وَبَقَاءُ صِفَۃِ الإِطْبَاقِ
Hilang zat huruf Tho dan kekal sifat Ithbaqnya.
Kata Imam Ibnul Jazari di dalam matannya :
وَبَيِّـنِ الإِطْبَـاقَ مِـنْ أَحَـطـتُّ مَـعْ * بَسَطـتَّ …
Dan jelaskan sifat Ithbaq pada lafazh Ahattu, Basathta…
MAKSUD: Huruf tho' telah hilang dari sebutan. Buktinya, tiada lagi qalqalah padanya. Tetapi berbaki lagi sifatnya iaitu Ithbaq Tho'. Buktinya bunyi tebal Tho' masih kedengaran . Jika dibaca بستت maka itu salah, kerana akan hilang kedua duanya sekali ( zat dan sifat Tho') .Dan jika berlaku, bertukarlah ia menjadi Idgham Kamil seperti وَقُل رَّبِّی dan مِن لَّدُنْهُ.
الحَرْفُ القَوِیُّ لَا يَدْخُلُ دُخُولًا كَامِلًا فِی الحَرْفِ الضَّعِيفِ
Huruf yang kuat tidak boleh masuk (diidghamkan) dengan kemasukan yang sempurna ke dalam huruf yang lemah.
Wallahu A 'lam.
Contoh Idgham Naqis. نَاقِص ﺇﺩﻏﺎﻡ : https://youtu.be/nc636lvIPKA?t=1598