Memaparkan catatan dengan label HIJAIYYAH DAN ABJADIYYAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HIJAIYYAH DAN ABJADIYYAH. Papar semua catatan

Ahad, 4 April 2021

HIJAIYYAH DAN ABJADIYYAH

 HIJAIYYAH DAN ABJADIYYAH

🔶 HURUF HIJAIYYAH adalah merujuk kepada Huruf yang disebut (الحُرُوفُ المَنْطُوقَۃُ). Maksudnya apabila kita membaca dan mengeluarkan suara.Jumlahnya 29.
🔶 Adapun HURUF ABJADIYYAH pula merujuk kepada huruf yang ditulis (الحُرُوفُ المَكْتُوبَۃُ).Maksudnya di dalam penulisan. Jumlahnya 28.
Kenapa berbeza jumlahnya? kerana huruf hamzah(ء) tiada dalam penulisan sehinggalah datang Imam Khalil Al Farahidi guru kepada Imam Sibawaih. Beliaulah yang mencipta bentuk hamzah(ء) untuk penulisan dengan mengambil bentuk kepala ain(ع). Ini kerana makhraj Ain dekat dengan makhraj Hamzah.
🔷 Generasi awal(kurun pertama hingga awal kurun kedua) yang menghafaz Al Quran membunyikan hamzah seperti kita, tetapi di dalam penulisan, hamzah masih belum dibentuk. Ia ditulis dalam bentuk huruf lain.
▪Pada awal kalimah, hamzah ditulis dalam bentuk alif.
▪ Pada tengah dan hujung kalimah, ia ditulis dalam alif atau waw atau ya dan kadang kalanya tidak ditulis sama sekali.