Memaparkan catatan dengan label PERTEMUAN INDAH DI Syurga 052 Surah At Thur Juz 25 Ayat 21 M.s 524. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERTEMUAN INDAH DI Syurga 052 Surah At Thur Juz 25 Ayat 21 M.s 524. Papar semua catatan

Ahad, 11 April 2021

IMAN SYARAT PERTEMUAN INDAH DI Syurga 052 Surah At Thur Juz 25 Ayat 21 M.s 524

 IMAN SYARAT PERTEMUAN INDAH DI SANA

Jika ayah di syurga Firdaus, anak di syurga Ma'wa, adakah mereka akan kembali bertemu kerana perbezaan tingkatan syurga?
Allah Berfirman di dalam ayat 21 Surah At Thur :
وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِاِيْمَانٍ اَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ...
Dan orang-orang yang beriman yang dituruti oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga)...
At-Thobari menyebutkan tafsiran Ibnu Abbas:
: إِنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَرْفَعُ لِلمُؤْمِنِ ذُرِّيَتَهُ, وَإِنْ كَانُوا دُونَهُ فِي العَمَلِ , لِيُقِرَّ اللهُ بِهِمْ عَيْنَهُ.
Ibnu Abbas menjelaskan : Bahawa sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Taala meninggikan bagi orang yang beriman akan zuriat-zuriatnya walaupun mereka kurang daripadanya dari sudut amalan supaya Allah menyejukkan pandangannya dengan keberadaan mereka(zuriat-zuriatnya).
Makna : Jika seorang ayah di Syurga Firdaus (syurga paling istimewa) sedang anak hanya layak di Syurga Ma’wa contohnya, maka Allah mengangkat si anak kepada kedudukan ayahnya untuk menghiburkan ayah. Begitulah seterusnya. Zuriat akan dinaikkan darjat kerana keturunan di atas yang merinduinya.
SYARATNYA : KEDUA-DUA BERIMAN.