Rabu, 3 Februari 2021

DOA KUAT HAFAZAN DIAJAR IMAM WAKI’

DOA KUAT HAFAZAN DIAJAR IMAM WAKI’ 


Semua kita tahu bahawa Imam As Syafie suatu hari pernah mengadu kepada gurunya Al Imam Waki’ bin Al Jarrah وَكِيع بن الجرَّاح  (W197 H) tentang lemahnya hafazan.  Lalu Imam Waki’ berkata : اسْتَعِنْ عَلَى الحِفْظِ بِتَرْكِ المَعَاصِى  Bantulah hafazanmu dengan meninggalkan maksiat.


Sehingga Imam As Syafie menguntaikan syairnya yang sangat terkenal : 


شكَوْتُ إِلَى وَكِيعٍ سُوْءَ حِفْظِى    فَأَرْشَـدَنِي إِلَى تَرْكِ المَعَاصِي

وَأَخْـبَرَني بِـأَنَّ العِلْمَ نُـورٌ              ونُـورُ اللهِ لا يُهدَي للعَاصِى  


Aku telah mengadu kepada guruku Waki’ tentang buruknya hafazanku 🔹 Beliau menasihatkanku supaya meninggalkan maksiat 🔹Beliau memberitahuku bahawa ilmu itu adalah cahaya 🔹 Dan sesungguhnya cahaya Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat.


Di dalam kitab Mustathraf karangan Syibuddin Al Abshihi (W850H), disebutkan atsar bahawa Imam Waki’ ada juga berkata :


“ Jika engkau ingin menjadi manusia yang paling kuat hafazan, maka ucapkanlah ketika mengangkat kitab atau Mushaf atau ketika mula membaca apa yang engkau ingin :


بِسْم اللهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِىِّ العَظِيمِ عَدَدَ كُلِّ حَرْفٍ كُتِبَ وَيُكْتَبُ أَبَدَ الآبِدِينَ وَدَهْرَ الدَّاهِرِينَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.


Terjemah keratan ini sahaja. sebab yang lain semua boleh faham maknanya InsyaAllah.


 عَدَدَ كُلِّ حَرْفٍ كُتِبَ وَيُكْتَبُ أَبَدَ الآبِدِينَ وَدَهْرَ الدَّاهِرِين

Dengan nama Allah... bilangan setiap huruf yang telah ditulis, sedang dan akan ditulis selama-lamanya.

Kefahaman: Seolah-olah kita membaca bismillah Subnallahu bagi setiap huruf

Mudah mudahan ada manfaat. Kata guru saya warga Yaman, boleh diamalkan bahkan masyhur doa dan kitab  ini di sisi mereka.  Wallahu A'lam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

الحمدلله الله اكبر
TOLONG SHARE KEPADA ORANG LAIN SEMOGA MANFAAT DAN MISI BANTERAS BUTA AL-QURAN INI MENDAPAT SAMBUTAN DARI UMAT ISLAM.. INSYAALLAH.. آمين‎
💖 BANTU KAMI 🙏 🇲🇾 TEKAN BUTANG LIKE 👍 DAN SHARE📢📢
جزاك الله

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.