Khamis, 18 Mac 2021

HUKUM WAQAF PADA SALAH SATU DARI DUA عليهم SURAH AL FATIHAH.

 HUKUM WAQAF PADA SALAH SATU DARI DUA عليهم SURAH AL FATIHAH.

Perkara ini kelihatan kecil, tetapi ternyata berlaku 'pergeseran ' di antara guru-guru Al Quran di dalam menghukumkannya. Jika semua guru berlapang dada, InsyaAllah segala 'pergesaran' akan selesai.
HURAIAN :
Kata Imam Ibnu Al Jazari di dalam Muqaddimahnya memperingatkan kita tentang pentingnya pengetahuan tentang waqaf :
وَبَعْدَ تَجْوِيدِكَ لِلْحُرُوفِ لاَ بُدَّ مِنْ مَعْرِفَةِ الْوُقُوفِ
Selepas tajwidmu bagi huruf, tidak dapat tidak dari mengetahui waqaf.
🔶 ‘ALAIHIM PERTAMA (صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ) :
Ada beberapa pendapat tentangnya :
1- Imam Ahmad bin Abdul Karim Al Asymuni(1100H) mengatakan hukumnya Jaiz(harus). Ini disebut di dalam kitabnya Manar Al Huda.
2- Imam Ibnu Al Anbari(328H) dan Imam Abu ‘Amru Ad Dani(444H) pula mengatakan ianya Waqaf Hasan(baik) tetapi tidak sampai kepada waqaf Taam(sempurna).
3- As Sajawandi ( 560H) menyebutkan لا padanya. Rumuz لا Sajawandi ini perlu dirujuk kepada huraian Ibnul Jazari di dalam An Nasyr iaitu :
قَدْ تَوَهَّمَ مِنْ لَا مَعْرِفَةَ لَهُ مِنْ مُقَلِّدِي السَّجَاوَنْدِيِّ ، أَنَّ مَنْعَهُ مِنْ الوَقْفِ عَلَى ذَلِكَ يَقْتَضِي أَنَّ الوَقْفَ عَلَيْهِ قَبيحٌ ، أَيْ : لَا يُحْسِنُ الوَقْفَ عَلَيْهِ ، وَلَا الِابْتِداءَ بِمَا بَعْدَهُ وَلَيْسَ كَذَلِكَ ، بَلْ هوَ مِنْ الحَسَنِ يُحْسِنُ الوَقْفَ عَلَيْهُ ، وَلَا يَحْسُنُ الِابْتِداءَ بِمَا بَعْدَهُ "
Telah tersalah faham mereka yang tiada pengetahuan di kalangan pengikut As Sajawandi bahawa larangannya untuk waqaf atasnya(sesuatu tempat) membawa erti waqaf atasnya adalah Waqaf Qabih(buruk) iaitu tidak elok waqaf padanya dan begitu juga tidak elok juga memulakan bacaan dengan perkataan sesudahnya. Sebenarnya yang tepat ialah ia adalah dari Waqaf Hasan yang ELOK WAQAF di atasnya tetapi TIDAK ELOK IBTIDA’ dengan apa yang selepasnya.
Huraian: Maksudnya As Sajawandi berpendapat waqaf padanya adalah Waqaf Hasan tetapi memulakan bacaan dengan kata " غير " sesudahnya dianggap Ibtida' Qabih.
🔶 'ALAIHIM KEDUA (غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ) :
Ada beberapa pendapat tentangnya :
1- Imam Ahmad Al Asymuni(1100H) menyebutkan ada 13 Waqaf Qabih(buruk) di dalam Surah Al Fatihah. Salah satunya ia pada alaihim kedua. Dan hukum ibtida’ dengan apa yang sesudahnya juga adalah Ibtida’ Qabih (buruk). Ini disebut di dalam kitabnya Manar Al Huda.
2- Imam Ibnu Al Anbari (328H) pula mengatakan di dalam Idhah Al Waqaf wal Ibtida’, ianya Waqaf Hasan (baik) tetapi tidak sampai kepada Waqaf Taam(sempurna).
Hanif Azmir bin Hassim Khamis 27 Rejab 1442H



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

الحمدلله الله اكبر
TOLONG SHARE KEPADA ORANG LAIN SEMOGA MANFAAT DAN MISI BANTERAS BUTA AL-QURAN INI MENDAPAT SAMBUTAN DARI UMAT ISLAM.. INSYAALLAH.. آمين‎
💖 BANTU KAMI 🙏 🇲🇾 TEKAN BUTANG LIKE 👍 DAN SHARE📢📢
جزاك الله

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.