Khamis, 18 Mac 2021

HUKUM MENYEBUT صَدَقَ اللَّهُ العَظِيمُ SEUSAI BACAAN

HUKUM MENYEBUT صَدَقَ اللَّهُ العَظِيمُ SEUSAI BACAAN

Di sana ada pandangan mengatakan bahawa mengucapkan صدق الله العظيم sesudah bacaan Al Quran adalah Bidaah. Kita menghormati pandangan para ulama’ kumpulan ini tetapi kita lebih cenderung kepada pandangan berbeza. Di sini beberapa dalil yang menunjukkan bahawa mengucapkan صدق الله العظيم sesudah bacaan Al Quran merupakan tradisi para ulama’ dan harus kita menyebutnya selagi tidak menganggap ianya sunnah.
1- Di dalam Tafsir Al Qurthubi, dinyatakan bahawa Sahabat Nabi, Ibnu Abbas berkata : "Apabila seorang perempuan mengalami kesukaran mendapat anak, hendaklah dia menulis dua ayat dan dua kalimah ini pada lembaran kemudian dituangkan air dan diberi minum darinya(kepada wanita itu) iaitu :
: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ العَظيمُ الحَلِيمُ الكَريمُ ، سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ السَّمَوَاتِ وَرَبِّ الأَرْضِ وَرَبِّ العَرْشِ العَظيمِ ( كَأَنَّهُمْ يَوْمٌ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشيَّةَ أَوْ ضُحَاهَا ) ( كَأَنَّهُمْ يَوْمٌ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا ساعَةً مِنْ نَهارِ بَلاغٍ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا القَوْمُ الفَاسِقُونَ ). صَدَقَ اللَّهُ العَظيمَ. "
Menariknya, Ibnu Abbas menyebut lafaz صدق الله العظيم sesudah menyebutkan amalan di atas.
2- Imam Al Qurthubi di dalam Tafsirnya menyebutkan pula :
أَنَّ الحَكيمَ التِّرْمِذيَّ ذَكَرَ ذَلِكَ بَعْضَ آدَابِ التِّلَاوَةِ فَقَالَ : وَمِن حُرْمَتِهِ إِذَا انْتَهَتْ قِراءَتُهُ أَنْ يُصَدِّقَ رَبَّهُ ، وَيَشْهَدَ بِاَلْبَلاغِ لِرَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَ أَنْ يَقُولَ : صَدَقَ اللَّهُ العَظِيمُ وَبَلَّغَ رَسُولُهُ الكَريمُ وَيَشْهَدَ عَلَى ذَلِكَ أَنَّهُ حَقٌّ ، فَيَقُولُ : صَدَقْتَ رَبَّنا وَبَلَّغَتْ رُسُلُكَ وَنَحْنُ عَلَى ذَلِكَ مِنْ الشَّاهِدَيْنِ اللَّهُمَّ اجْعَلْنا مِنْ شُهَداءِ الحَقِّ القَائِمِينَ بِالْقِسْطِ ، ثُمَّ يَدْعُو بِدَعَواتٍ.
Bahawasanya al-Hakim Termizi telah menyebutkan beberapa adab Tilawah dan berkata: "... dan daripada bentuk penghormatan atas Al-Quran ialah apabila selesai pembacaannya hendaklah dia(pembaca) membenarkan tuhannya dan bersaksi atas penyampaian rasulnya contohnya dia berkata:
صَدَقَ اللَّهُ العَظِيمُ وَبَلَّغَ رَسُولُهُ الكَرِيمُ
Benarlah Allah yang Maha Agung dan rasulNya yang mulia telah menyampaikan.
Dan dia bersaksi bahawa ianya benar Lalu dia berkata benarlah engkau wahai Tuhan kami dan para rasul mu telah menyampaikan dan kami atas perkara itu dikalangan mereka yang bersaksi Ya Allah ya Tuhan kami! jadikan kami di antara mereka yang bersaksi atas kebenaran dan menegakkan keadilan kemudian pembaca itu berdoa dengan doa-doa yang lain".
3- Di dalam Hasyiah Ar-Ramli ke atas Asnal Mathalib ditanya kepada Ibnu Al Iraqi tentang orang yang sembahyang dan menyebut صدق الله العظيم sesudah bacaan imamnya. Adakah boleh perkara itu dan adakah terbatal solatnya? maka Ibnu Al Arabi menjawab bahawa ianya harus dan tidak batal solatnya kerana ia adalah zikir dan tidak ada padanya kata-kata anak Adam.
Huraian : Soalan penanya kepada Ibnu Al Iraqi ini menunjukkan bahawa perkataan صدق الله العظيم ini telah digunakan secara meluas oleh masyarakat ketika itu sehingga ada yang membacanya di dalam solat tatkala imam selesai membaca surah.
4- Imam An Naisaburi (850H) di dalam tafsirnya Gharaib Al Quran wa Raghaib Al Furqan ketika menyebut ayat 85 Surah Ghafir terus mengucapkan : صدق الله العظيم .
5- Imam Ibnu Al Jauzi ketika membaca ayat 23 Surah Al Fajr dan ayat 30 Surah Ali Imran menyebutkan صدق الله العظيم. Ini disebut di dalam al Muntazam fi at Tarikh.
6- Imam Muhyiddin An-Nawawi ada menggunakannya di dalam kitabnya al-Majmu', katanya :
ثُمَ صَدَقَ اللهُ العَظِيمُ " يَسْئَلُونَكَ عَنِ الأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالحَجِّ ".
Benarlah Allah yang Maha Agung. “Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji”…(Surah Al Baqarah ayat 189).
Rujukan: Syeikh Abdul Fattah Soleh Qadish Al Yafiie. Rabithah Ulama' As Surriyyin dengan sedikit ulasan.
Hanif Azmir Hassim 12 Mac 2021 Jumaat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

الحمدلله الله اكبر
TOLONG SHARE KEPADA ORANG LAIN SEMOGA MANFAAT DAN MISI BANTERAS BUTA AL-QURAN INI MENDAPAT SAMBUTAN DARI UMAT ISLAM.. INSYAALLAH.. آمين‎
💖 BANTU KAMI 🙏 🇲🇾 TEKAN BUTANG LIKE 👍 DAN SHARE📢📢
جزاك الله

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.