JADIKAN ISI KULIAH 50% ILMIAH


🕋اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ. Kepada Para Pencinta Al-Quran. SEKIRANYA ANDA SEDANG MENCARI ILMU TAJWID INSYAALLAH ADA DI blog INI. SEMOGA BERMANAFAAT ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ اللهم حببني إلى القرآن وحبب القرآن إلي Wahai Allah, jadikanlah aku mencintai Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran mencintaiku.
JADIKAN ISI KULIAH 50% ILMIAH
HURUF HIJAIYYAH adalah merujuk kepada Huruf yang disebut (الحروف المنطوقۃ). Maksudnya apabila kita membaca dan mengeluarkan suara.Jumlahnya 29.
WAQAF PADA MUBTADA’ TANPA MENYEMPURNAKAN KHABAR
Mad dari sudut bahasa bermaksud tambahan ( الزيادة ).Manakala dari sudut istilah, ia ditakrifkan sebagai :
إِطاَلَةُ الصَّوْتِ بِحَرْفٍ مِنْ حُرُوفِ المَدَّ وَاللَّينِ الثَّلَاثَةِ ...
Pemanjangan suara dengan satu huruf dari huruf-huruf mad dan lin yang tiga…
Takrif di atas disebutkan di dalam 'Arf An Nadd.
🔶 PERBINCANGAN :
Apa yang ingin kita bincangkan di sini ialah kadar dan istilah berkaitan Mad Far’ie.
Contohnya Mad Muttasil pada شَآءُ اللهُ . Kita sedia maklum bahawa di dalam bacaan Hafs an ‘Ashim jalan Syatibi kita, kata ‘Sya’ boleh dipanjangkan samada dengan 4 atau 5 harakat.
🔹 DUA HARAKAT PERTAMA :
Perlu difahami, dua harakat pertama darinya sangat penting untuk kita sempurnakan. Meninggalkan kadar 2 harakat ini dianggap penyelewangan dari sudut bahasa dan bacaan seperti yang disebut Dr Abdul Ghafur Ali Jaafar di dalam Madkhalnya. Ini kerana, orang arab tidak pernah membacanya (شَءَ) iaitu membuang kadar dua harakat tersebut. Maka, pelakunya, dianggap melakukan kesalahan yang nyata (لحن جلى ) dan boleh berdosa.
🔹 DUA/TIGA HARAKAT BERBAKI
Pembaca yang meninggalkannya contohnya membaca hanya dua harakat atau tiga harakat pada kalimah شَآءَ ini dan yang sepertinya dianggap melakukan kesalahan kecil/tersembunyi (لحن خفى). Kesalahan seperti ini, jika tidak disengajakan dianggap tidak berdosa di sisi sebahagian ulama’. Pun begitu, Syeikh Kamil Al Masiri di dalam Al Jami’ fi Tajwid Qiraatil Quran Al Karim menyebutkan bahawa pendapat yang rajih ialah At Tahrim(haram). Justeru berhati-hatilah dan bersungguh-sungguhlah untuk melepaskan diri dari kesalahan.
Hanif Azmir bin Hassim Nibong Tebal 22 Mac bersamaan malam 9 Syaaban 1442 Hijrah.
HUKUM WAQAF PADA SALAH SATU DARI DUA عليهم SURAH AL FATIHAH.
HUKUM MENYEBUT صَدَقَ اللَّهُ العَظِيمُ SEUSAI BACAAN
Kenapa tidak ditulis alif sesudah hamzah pada kalimah سَمَاءً . Dan kenapa pula, ditulis alif sesudah hamzah pada kalimah شَيْئًا?
JAWAPAN :
Mengikut kaedah bahasa arab , TIDAK AKAN DITAMBAH ALIF bagi tanwin fathah (baris dua di atas) pada empat keadaan iaitu :
1- Kalimah di akhiri Ta’ Marbuthah contohnya : طِفْلَةً
2- Kalimah diakhiri hamzah yang berada di atas alif : مَخْبَأَ
3- Kalimah diakhiri hamzah yang sebelumnya alif : غِطَاءً.
Cuba anda lihat dengan teliti. Anda akan mendapati alif ditulis sebelum hamzah. Maka inilah sebabnya kalimah سَمَاءً tidak ditulis alif selepas hamzahnya. Tidak lain tidak bukan kerana sebelum Hamzah terdapat huruf alif.
4- Kalimah di akhiri dengan alif : فَتًى.
Walaupun ditulis di dalam bentuk ya’, hakikatnya huruf terakhir di dalam kalimah فتى itu sebenarnya dipanggil alif bukan ya'. Lebih tepatnya, Ia dipanggil : Alif Layyinah Maqsurah. (الألف اللينة المقصورة).
🔹 PERHATIAN : Waqaf dengan Ta’ Marbuthah TIDAK DIKIRA SEBAGAI MAD IWADH kerana tiada alif mamdudah (alif 2 harakat) yang terzahir ketika waqaf bahkan yang terzahir adalah huruf Ha’ (ھ).
Rujukan : Qawaid At Ta’bir Al ‘Arabi oleh Jam’iyyah Al Maarif Al Islamiah As Tsaqafiah dengan sedikit ulasan.
Hanif Azmir bin Hassim 17 Mac 2021
SIRI 122
Kelebihan dan Adab Al-Quran Serta Hukum Hakam berkaitan dengan Al-Quran
______________________________________
FOKUS KEPADA:
Hadis 1:
Kelebihan belajar al-Quran dan mengajar al-Quran (Siri 58)
Hadis 2:
Kelebihan membaca al-Quran dan mengajar al-Quran (Siri 66)
Hadis 3:
Kelebihan mereka yang membaca al-Quran dengan lancar dan merangkak (Siri 74)
Hadis 4:
Tegahan mereka yang membaca al-Quran tanpa berlagu (Siri 82)
Hadis 5:
Al-Quran beri pertolongan kepada pembaca di hari Akhirat kelak (Siri 90)
Hadis 6: Allah
suka kepada mereka yang baca al-Quran seperti diturunkan (Siri 98)
Hadis 7: Kelebihan Surah al-Mulk (Siri
106)
Hadis 8: Baca 1 huruf diganda 10 kebaikan (Siri 114)