🕋اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ. Kepada Para Pencinta Al-Quran. SEKIRANYA ANDA SEDANG MENCARI ILMU TAJWID INSYAALLAH ADA DI blog INI. SEMOGA BERMANAFAAT ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ اللهم حببني إلى القرآن وحبب القرآن إلي Wahai Allah, jadikanlah aku mencintai Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran mencintaiku.
Ahad, 31 Januari 2021
Jumaat, 29 Januari 2021
KALIMAH (بِأَيۡيْدٍ) SURAH AD DZARIYAAT DITULIS DENGAN DUA YA’. KENAPA?
KALIMAH (بِأَيۡيْدٍ) SURAH AD DZARIYAAT DITULIS DENGAN DUA YA’. KENAPA?
🔶 Syeikh Muhammad Syamlul di dalam I’jaz Rasm Al Quran ada menyebut :
Seperti apa yang telah kami sebutkan, sesungguhnya penambahan pada binaan menunjukkan penambahan pada makna. Adakah di sana sesuatu yang lebih dahsyat dari penciptaan langit. (Firman Allah) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)! An Nazi'aat :27. Sesungguhnya penambahan huruf Ya’ pada kalimah ‘بِأَيۡيْدٍ’ memperjelaskan tentang kekuatan dan kehebatan langit dan kekukuhan pembinaannya.
Petikan teks arabnya :
كَمَا سَبَقَ أَنْ ذَكَرْنَا فَإِنَّ زِيَادَةَ المَبْنَى يَدُلُّ عَلَى زِيَادَةِ االمَعْنَى فَهَلْ هُنَاكَ أَشَدُّ مِنْ خَلْقِ السَّمَاءِ؟ أَأَنْتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ ۚ بَنَاهَا (النازعات : 27) .إِنَّ زِيَادَةَ حَرْفٍ "ي" فِى كَلِمَةِ بِأَيۡيْدٍ يُوَضِّحُ قَوَّةَ وَشِدَّةَ السَّمَاءِ وَمَتَانَةَ سَمْكِهَا وَبِنَائِهَا..
🔶 HURAIAN :
Ada tiga ayat Al Quran, yang menggunakan lafaz (أَيْدٍ). Dua yang awal iaitu ayat 195 Surah Al A’raaf dan ayat 17 Surah Shod lebih kepada maksud tangan dan kekuatan manusia.
Adapun (أَيْدٍ) pada Surah Ad Dzariyaat bermaksud kekuatan Allah. Maka kerana itu, diletakkan dua ya’. Jadi, hikmahnya untuk membezakan kekuatan makhluk dan kekuatan Pencipta. Cuba anda teliti ayat-ayat di bawah dan fahami yang saya sebutkan tadi :
AYAT 1 :
أَلَهُمْ أَرْجُلٌ يَمْشُونَ بِهَا ۖ أَمْ لَهُمْ أَيْدٍ يَبْطِشُونَ بِهَا ۖ أَمْ لَهُمْ أَعْيُنٌ يُبْصِرُونَ بِهَا ۖ أَمْ لَهُمْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۗ قُلِ ادْعُوا شُرَكَاءَكُمْ ثُمَّ كِيدُونِ فَلَا تُنْظِرُونِ.
Apakah berhala-berhala mempunyai kaki yang dengan itu ia dapat berjalan, atau mempunyai tangan yang dengan itu ia dapat memegang dengan keras, atau mempunyai mata yang dengan itu ia dapat melihat, atau mempunyai telinga yang dengan itu ia dapat mendengar? Katakanlah: "Panggillah berhala-berhalamu yang kamu jadikan sekutu Allah, kemudian lakukanlah tipu daya (untuk mencelakakan)-ku. tanpa memberi tangguh (kepada-ku)". Al A’raaf : 195.
AYAT 2:
اصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَاذْكُرْ عَبْدَنَا دَاوُودَ ذَا الْأَيْدِ ۖ إِنَّهُ أَوَّابٌ
Bersabarlah atas segala apa yang mereka katakan; dan ingatlah hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan; sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhan). Shod:17.
AYAT 3 :
وَٱلسَّمَآءَ بَنَيۡنَٰهَا بِأَيۡيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ
Dan langit Kami bangun dengan kekuasaan (Kami), dan Kami benar-benar meluaskannya. Az Dzariyaat : 47.
🔶 Adapun Al Imam Abu ‘Amru Ad Dani berpendapat sebaliknya. Baginya, peletakan dua ya’ adalah untuk membezakan di antara dua makna (أَيْدٍ) iaitu ‘kekuatan’ dan ‘tangan’.. Imam Ad Dani menyatakan bahawa perkataan (أَيْدٍ) di dalam Surah Adz Dzariyaat tersebut bermaksud ‘kekuatan’. Ini berbeza dengan kalimah (أَيْدٍ) pada sebahagian tempat lain yang bermaksud tangan. Maka untuk membezakannya ditulis dengan dua ya’. Rujuk At Thiraz fi Dhobtil Kharraz. Huraiannya sangat Panjang, jadi bagi ahlinya, rujuklah.
Cuma apa yang tidak kurang pentingnya untuk disentuh ialah apa yang disebut oleh Imam
Ad Dani adalah sesuai dengan huraian ahli tafsir, yang menyatakan maksud ‘بِأَيۡيْدٍ’ di dalam Surah Ad Dzariyaat bermaksud ‘kekuatan’ bukan 'tangan' .
🔹 Al Imam Al Baghawi menyebut di dalam tafsirnya Maalim At Tanzil:
(وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ) أي:بِقُوَّةٍ وَقُدْرَةٍ
Dan langit Kami bangun dengan أَيْدٍ (Kami) iaitu dengan kekuatan dan qudrah.
🔹 Al Imam Ibnu al Jauzi di dalam Zadul Masirnya menyatakan bahawa inilah pendapat Ibnu Abbas, Mujahid, Qatadah dan hampir keseluruhan ahli tafsir dan ahli bahasa. Wallahu a’lam- Abu Adil Al Qadahi.
Isnin, 25 Januari 2021
Sabtu, 23 Januari 2021
ADAKAH SEBUTAN IQLAB DAN IKHFA' SYAFAWI ADALAH SAMA?
KHILAF PERGERAKAN BIBIR KETIKA IQLAB DAN IKHFA’ SYAFAWI DI SISI ULAMA'.
KHILAF PERGERAKAN BIBIR KETIKA IQLAB DAN IKHFA’ SYAFAWI DI SISI ULAMA'.
Adakah batal solat orang yang membaca saktah pada hujung setiap ayat Al Fatihah dan menyambungnya dengan ayat-ayat sesudahnya.
SOALAN: Adakah batal solat orang yang membaca saktah pada hujung setiap ayat Al Fatihah dan menyambungnya dengan ayat-ayat sesudahnya.
Hukum membaca Surah Al Fatihah di dalam solat dengan mendatangkan saktah (سكتة) sebagai pengganti waqaf (وقف)
PERBINCANGAN TAJWID: Hukum membaca Surah Al Fatihah di dalam solat dengan mendatangkan saktah (سكتة) sebagai pengganti waqaf (وقف) pada hujung setiap ayatnya. Mohon maaf agak panjang. Ini jawapan saya edisi kemas kini.
WAQAF DAN SAKTAH PADA 'IWAJA' (عِوَجًا)
WAQAF DAN SAKTAH PADA 'IWAJA' (عِوَجًا)
SAKTAH-SAKTAH WAJIB (السَكْتَاتُ الوَاجِبَةُ)
SAKTAH-SAKTAH WAJIB (السَكْتَاتُ الوَاجِبَةُ)