Sabtu, 3 April 2021

Hafs membaca kalimah (عليه) pada ayat 10 Surah Al Fath dengan baris dhommah pada huruf Ha’

 Kenapa Hafs membaca kalimah (عليه) pada ayat 10 Surah Al Fath dengan baris dhommah pada huruf Ha’nya?


Jawapan :

Syeikh At Thusi pengarang Tafsir At Tibyan menyebut :

وَ مَنْ ضَمَّ الْهَاءَ فِي « عَلَيْه » وَ هُوَ حَفْصٌ فَلِأَنَّهَا الأَصْلُ ، وَ مَنْ كَسَرَهَا فَلِلْمُجَاوَرَةِ لِلْيَاءِ

Siapa yang mendhommahkan ( عَلَيْه ) iaitu Hafs ia adalah kerana dhommah itu asal. Dan siapa yang membaca dengan Kasrah, maka ia kerana hampirnya ha’ dengan ya’.

HURAIAN :

1-Jumhur membaca dengan kasrah kerana dekatnya Ha’ itu dengan Ya mati sebelumnya. Begitu juga kerana Tajanus(sejenisnya) kasrah dengan Ya. Maka selalu kita menyebut : إِلَيْهِ dan فِيهِ .Ini adalah kerana beratnya perpindahan dari baris kasrah kepada dhommah.

2- Hafs membaca dengan Dhommah kerana beberapa sebab :

• Ia adalah Bahasa Hijaz. Ini disebut oleh Dr Fadhil Salih As Samirraie. Contohnya Ahli Hijaz biasa bercakap ( بِهُ ) dan (لَدَيْهُ) .

• Al Alusi di dalam Ruh Al Maani menjelaskan bahawa pembacaan dhommah ini kerana :

1- Dikatakan wajah Dhommah ialah kerana Ha’ itu ialah Ha’ kata Huwa (هُوَ) dan ia dibaca dhommahkan. Lalu disertakannya(dhommah) seperti pada kalimah ( لَهُ ) dan (ضَرَبَهُ ).

2- Membesarkan urusan Baiah Ar Ridhwan. Betapa besarnya kesungguhan sahabat memegang janji lalu membaiah Nabi tanpa mengkhianatinya. Pendapat ini perlu penjelasannya seperti di bawah :

Telah sepakat ahli bahasa dahulu dan kini bahawa harakat yang paling sukar dan berat ialah dhommah. Diikuti kasrah dan kemudiannya fathah. Pembacaan dengan dhommah yang merupakan harakat paling berat di sini sebenarnya adalah simbolik yang menunjukkan besarnya kesanggupan dan pengorbanan sahabat memenuhi isi Bai’at Ar Ridhwan di bumi Hudaibiyyah.




Hanif Azmir Hassim. 4 April 2021. Nibong Tebal.

CAMPUR THORIQ (خلط الطرق) DI DALAM PEMBACAAN

 CAMPUR THORIQ (خلط الطرق) DI DALAM PEMBACAAN

Apa hukum membaca dengan bercampur thoriq di dalam satu bacaan?. Contohnya, pembaca di dalam satu bacaannya membaca Mad Munfasil bercampur di antara 2 dan 4 atau 5 harakat.
JAWAPAN
Di dalam Mu’jam Ulum Al Quran , Syeikh Ibrahim Muhammad Al Jarmi mendefinasikan thoriq sebagai :
هِىَ مَا يُنْسَبُ إِلَى الأًخْذِ عَنِ الرَّاوِى
Apa yang disandarkan kepada pengambilan dari Rawi.
Contohnya : Thoriq Asbahani dari Warsy dan Thoriq Abu Thoyyib Al Baghdadi dari Ruwais.
🔶 Imam Ibnu Al Jazari menyebutkan di dalam An Nasyr 980 thoriq bagi semua qiraat.
▪Bagi Hafs ‘an ‘Ashim, beliau menyebutkan 52 thoriq yang dihimpunnya dari 19 kitab di antaranya At Taisir Fi al qiraat As Sab’I karangan Abu Amru Ad Dani , Ghayah Al Ikhtisar fi al qiraat al ‘Asyr karangan Abu al ‘Ala’ Al ‘Atthor dan Al Jami’ fi al qiraat al ‘Asyr karangan Abu al Hasan bin Faris Al Khayyath.
▪Dan Al Azmiri menambah 5 thoriq lagi, 2 daripadanya melalui kitab Raudhah Al Mu’addal dan 3 lagi melalui kitab Raudhah Al Maliki. Ini menjadikan keseluruhannya 57.
▪ Semua ini boleh dirujuk dari Kitab Al Manar fi riwayat Hafs min thuruq Thoyyibah An Nasyr karangan Syeikh Umar Yusuf Hammad.
Berbalik kepada keharusan خَلْطُ الطُّرُق mencampur adukkan thoriq, kita katakan ia sangat berkait dengan perbincangan hukum campurkan qiraat خَلْطُ القِرَاءَاتِ . Di sini dihimpunkan beberapa pandangan :
1- Syeikh Ahmad Mahmud Abdul As Sami’ As Syafie di dalam kitabnya Al Ijabat Al Wadhihat li sualat al Qiraat menyebutkan pandangan Al Imam Ibnul Jazari dengan sedikit ringkasan :
إِنْ كَانَتْ إِحْدَى الْقِرَاءَتَيْنِ مُترَتبةً عَلَى الْأُخْرَى فَالْمَنْعُ مِنْ ذَلِكَ مَنْعُ تَحْرِيمٍ، كَمَنْ يَقْرَأُ ( فَتَلَقَّى آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَات) بِالرَّفْعِ فِيهِمَا، أَوْ بِالنَّصْبِ وَنْحْوُ وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا بِالتَّشْدِيدِ وَالرَّفْعِ، وَشِبْهُهُ مِمَّا يُرَكَّبُ بِمَا لَا تُجِيزهُ الْعَرَبِيَّةُ وَلَا يَصِحُّ فِي اللُّغَةِ، وَأَمَّا مَا لَمْ يَكُنْ كَذَلِكَ فَإِنَّا نُفَرِّقُ فِيهِ بَيْنَ مَقَامِ الرِّوَايَةِ وَغَيْرِهَا، فَإِنْ قَرَأَ بِذَلِكَ عَلَى سَبِيلِ الرِّوَايَةِ، فَإِنَّهُ لَا يَجُوزُ أَيْضًا مِنْ حَيْثُ إِنَّهُ كَذِبٌ فِي الرِّوَايَةِ وَتَخْلِيطٌ عَلَى أَهْلِ الدِّرَايَةِ، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ عَلَى سَبِيلِ النَّقْلِ، بَلْ عَلَى سَبِيلِ الْقِرَاءَةِ وَالتِّلَاوَةِ، فَإِنَّهُ جَائِزٌ صَحِيحٌ مَقَبُولٌ لَا مَنْعَ مِنْهُ وَلَا حَظْرَ…
Jika satu daripada dua qiraat bertindih dengan yang lain, maka larangannya adalah larangan haram. Seperti orang yang membaca : فَتَلَقَّى آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٌ iaitu dengan Rafa’ pada keduanya ( huruf mim ‘Adam’ dan huruf ta ‘kalimat’) atau nasab keduanya فَتَلَقَّى آدَمَ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ (mim ‘Adam’ dan ta ‘kalimat’) dan seperti وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّاءُ dengan tasydid dan Rafa’ dan yang sepertinya daripada sesuatu yang bertindih/bercampur aduk dan ianya pula tidak diharuskan dan tidak dipandang betul di sisi Bahasa Arab.
Dan adapun, apa yang selain itu, maka kami pecahkan kepada jalan periwayatan dan jalan selainnya. Jika atas jalan periwayatan (contohnya murid membaca untuk mendapat sanad dari guru atau guru menyampaikan ijazah) , maka tidak harus (Haram) juga kerana ia penipuan dalam periwayatan dan percampuran atas ahli dirayah. Tetapi, jika bukan jalan Naql (periwayatan) bahkan hanya sebagai bacaan dan tilawah, maka hukumnya harus, betul dan diterima. Tiada larangan padanya dan tiada tegahan.
▪Pandangan Imam Ibnul Jazari ini diperhalusi lagi oleh beberapa tokoh antaranya Syeikh Musthofa Al Azmiri yang wafat pada tahun 1155H .Beliau pernah menyatakan, sebab beliau menghimpunkan perbincangan Thoriq-thoriq di dalam kitabnya Zubdah Al Irfan fi Tahrir Aujuh Al Quran ialah :
احْتِرَازًا عَنِ التَّرْكِيبِ؛ لِأَنَهُ حَرَامٌ فِي القُرْآنِ عَلَى سَبِيلِ الرِّوَايَةِ، أَوْ مَكْرُوهٌ كَرَاهَةَ تَحْرِيمٍ كَمَا حَقَّقَهُ أَهْلُ الدِّرَايَة".
Memelihara dari pertindihan, kerana ia haram atas jalan riwayat atau makruh tahrim seperti yang disebut oleh ahli dirayah(ilmu).
▪Selain itu, Imam Abu Syamah di dalam Kitab Al Wajiz menyebutkan ketika ditanya tentang qari yang membaca satu ‘usyur dari Quran dan mencampurkan adukkan Qiraat kepada Ibnu Al Hajib RH dan Ibnu As Solah RH , maka mereka dan para imam lain zaman itu menjawab boleh/harus dengan syarat (seperti yang disebutkan Ibnul Jazari). Kedua dua ulama’ besar ini sebenarnya berada di zaman zaman lebih awal dari Al Imam Ibnul Jazari.
2- Berkata Imam Al Qasthalani di dalam Lathaif Al Isyarat li Funun al Qiraat :
يَجِبُ عَلَى القَارِئِ الإِحْتِرَازُ مِنَ التَّرْكِيبِ فِي الطُّرُقِ، وَتَمْيِيزُ بَعْضِهَا مِنْ بَعْضٍ، وَإِلَّا وَقَعَ فِيمَا لَا يَجُوزُ، وَقِرَاءَةِ مَا لَم يُنْزَلْ".
Wajib atas pembaca, berhati hati dari mencampurkan thoriq dan hendaklah membezakan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain. Jika tidak pembaca itu akan jatuh ke dalam sesuatu yang tidak harus dan bacaan yang tidak diturunkan.
Lafaz يجب على القارئ di awal kata katanya tadi, seolah-oleh menunjukkan bahawa tidak harus di situ maksudnya Haram.
3- Imam Muhammad bin Muhammad An Nuwairi berkata di dalam Syarah Durrahnya :
"القِرَاءَةُ بِخَلْطِ الطُّرُقِ أَوْ تَرْكِيبِهَا: حَرَامٌ، أَوْ مَكْرُوهٌ، أَوْ مَعِيبٌ".
Pembacaan dengan bercampur thoriq atau tarkib adalah Haram atau makruh atau keaiban.
🔶 Sebenarnya, apa yang saya ulas lebih berkait dengan pandangan Qurra'. InsyaAllah jika ada kesempatan, akan saya ulas pandangan fuqaha' yang agak berbeza.
Daripada pandangan-pandangan itu, kita menasihatkan :
1- Teliti terlebih dahulu bacaan Hafs ‘an ‘Ashim dengan Thoriq Mad Munfasil 2 harakat yang ingin digunakan sebelum membacanya kerana ia bukan sekadar bab Mad Munfasil, bahkan terdapat banyak perkara-perkara lain yang perlu diteliti. Sepanjang penelitian saya, ada sekitar 10 thoriq yang membaca dengan Qasr Al Munfasil.
2-Jika ia adalah pembacaan di rumah atau murajaah dan bukan pengambilan sanad atau ijazah, mudah mudahan tercampuk aduk thoriq ini tidak berdosa. Lagipula, pengurangan harakat atau terlebih mad ini pula adalah lahn al khafi di sisi qurra’ yang termasuk Wajib Shinaie. Boleh rujuk perbincangan Wajib Syar’ie dan Wajib Shina’ie di dalam Kitab Ahkam Tilawah Al Quran Al Karim karangan Dr Hamudah mUhammad Daud dan Dr Syaaban Muhammad Ismail.



Mudah-mudahan ada kebaikan dari usaha kecil ini. Wallahu A'lam.Hanif Azmir Hassim 2 April 2021.

(Izhar Mutlaq Berlaku Dalam 2 Kalimah) Belajar Cara Cepat Membaca AlQura...


SIRI 128 #Tema_Ketujuh: Penjelasan Bacaan Ghorib di dalam al-Quran   

Surah Al-Qalam (القلم) نٓ ۚ وَٱلْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ M.s 564 Juz 29 Ayat 1

FOKUS PADA AYAT: Surah Al-Qalam | Ayat 1|  نٓ ۚ وَٱلْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

Riwayat Imam Hafs An Asim Toriq Imam Syatibi,

 Ketika Ayat Pertama Sambung Ayat Kedua Hendaklah Dibaca Dengan  IZHAR

iaitu jelaskan Huruf ن Tanpa Dengung.

( Izhar Mutlaq (إظهار مطلق) Berlaku Dalam 2 Kalimah )

 

 

 

 

 


Pembaca Selalu Lakukan Kesalahan di sini

dengan cara mereka membaca

Idgham Serta Dengung pada ayat ini. Cara ini salah.

 

 



                                                                          


Ahad, 28 Mac 2021

JADIKAN ISI KULIAH 50% ILMIAH

 JADIKAN ISI KULIAH 50% ILMIAH

Bagi saya, sebagai guru, dari hari demi hari, kita mesti berubah. Jangan terlalu banyak 'bercerita' dalam kuliah. Biarlah sekurang kurangnya 50% masa kuliah kita lebih terisi dengan ilmu bukan cerita luar. Jangan satu hadis dibaca, yang keluar bukan perawinya, bukan mustolahat hadisnya, bukan nilai bahasa arabnya, bukan istinbath hukum feqhnya tetapi cerita ke pasar malam, hadir kenduri kahwin, melancong ke Russia, dan lain-lain. Jika ini berlaku, kita boleh dianggap المِكْثَارِ.
🔹 Kata hukama’
... وعن مُجالسة المِكْثَارِ فإنّ مَنْ يُكْثر الكلامَ يَسْرِقُ عُمُرَكَ ، ويُضيّعُ أوْقاتَكَ
(jauhkan dirimu) dari bersama-sama orang yang banyak bersembang. Kerana orang yang banyak bersembang(berbual) mencuri umurmu dan membuang waktumu.
Maksudnya, jauhi mereka yang terlalu banyak mulut (المِكْثَارِ). Walaupun maksud kata-kata ini lebih menjurus kepada keadaan di luar medan medan kuliah, tetapi saya berpandangan tidak salah kita mengaitkannya dengan situasi di atas meja kuliah.
🔹 Kata Aktsam bin Soifi :
المِكْثَارُ كَحَاطِبِ اللَّيْلِ
Orang yang banyak berkata-kata seperti orang yang mencari kayu apa di waktu malam.
Boleh jadi dia akan terpegang ular lalu disangkanya kayu, begitulah juga, boleh jadi dari cerita luar seorang guru, akan keluar berita yang tidak sahih dan sebagainya.

Hukum Alif Lam (ال) Belajar Cara Cepat Membaca AlQuran M.s 127 Al Maa’id...


SIRI 127 Tema Keenam: Hukum Huruf Ra' (ر), Hamzah Wasal (همزة وصل), Hukum Huruf Lam (ل) dan Hukum Alif Lam (ال) FOKUS KEPADA: KAEDAH MULAKAN MEMBACA ALIF HAMZAH WASAL PADA ALIF LAM (ال) Hamzah Wasal yang terdapat pada Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah hendaklah DiFATHAHkan (Baris atas) Jika Kita Memulakan Bacaan Darinya. Tidak Perlu Melihat Pada Huruf ke-3 Berbaris Apa. Pembaca Perlu Melihat Sekiranya Huruf Ketiga Berbaris Apa, Apabila Alif Wasal Bertemu Selain dari HURUF LAM




Sabtu, 27 Mac 2021

HURUF HIJAIYYAH adalah merujuk kepada Huruf yang disebut (الحروف المنطوقۃ).

 HURUF HIJAIYYAH adalah merujuk kepada Huruf yang disebut (الحروف المنطوقۃ). Maksudnya apabila kita membaca dan mengeluarkan suara.Jumlahnya 29.

Adapun HURUF ABJADIYYAH pula merujuk kepada huruf yang ditulis (الحروف المكتوبۃ).Maksudnya di dalam penulisan. Jumlahnya 28.
Kenapa berbeza jumlahnya? kerana huruf hamzah(ء) tiada dalam penulisan sehinggalah datang Imam Khalil Al Farahidi guru kepada Imam Sibawaih. Beliaulah yang mencipta bentuk hamzah(ء) untuk penulisan dengan mengambil bentuk kepala ain(ع). Ini kerana makhraj Ain dekat dengan makhraj Hamzah.
🔷 Generasi awal(kurun pertama hingga awal kurun kedua) yang menghafaz Al Quran membunyikan hamzah seperti kita, tetapi di dalam penulisan, hamzah masih belum dibentuk. Ia ditulis dalam bentuk huruf lain.
▪Pada awal kalimah, hamzah ditulis dalam bentuk alif.
▪ Pada tengah dan hujung kalimah, ia ditulis dalam alif atau waw atau ya dan kadang kalanya tidak ditulis sama sekali.



Selasa, 23 Mac 2021

WAQAF PADA MUBTADA’ TANPA MENYEMPURNAKAN KHABAR

 WAQAF PADA MUBTADA’ TANPA MENYEMPURNAKAN KHABAR


Seseorang datang dan menjerit-jerit nama jiran anda :

Abu!! Abu!! Abu!!.

Sudah pasti anda akan terpinga-pinga. Timbul soalan kenapa dengan Abu? Apa yang tidak kena dengan Abu?

Tetapi jika dia menjerit : “Abu accident!!”. Anda akan faham dengan jelas tanpa tertanya lagi maksudnya. Maka Abu itu Mubtada’ dan accident itu khabar. Kalimah ‘accident’ di sini sebagai khabar adalah rukun penting kerana ia menyempurnakan makna ‘Abu’ yang akan tergantung makna tanpanya.

HURAIAN

Waqaf pada mubtada’ tanpa menyempurnakan khabarnya dianggap sebagai waqaf Qabih(buruk). Pun begitu, ia tidak dihukum haram atau makruh atau dosa kecuali dalam keadaan tertentu contohnya pembaca berniat untuk menyelewengkan (تحريف) makna. Maka hukumnya menjadi haram ketika itu . Inilah apa yang disebut Imam Ibnu Al Jazari di dalam An Nasyrnya.

Syeikh Abdul Fattah Al Marsofi mendatangkan contohnya seperti waqaf pada الحَمْدُ (mubtada’) dan tidak pada للهِ (khabarnya).

Ketika seorang pembaca berhenti الحَمْد yang membawa maksud ‘segala puji’, makna tidak dapat difahami dengan jelas. Pendengar akan ternanti-nanti perkataan seterusnya(khabar) yang menyempurnakan maknanya.

Tetapi jika pembaca menyempurnakan mubtada’ dan khabarnya dan memberhentikan bacaan pada الحمد لله , maka tiada lagi keraguan dan pertanyaan kerana telah jelas makana ‘segala puji bagi Allah’.

Cuba perhatikan pula ayat 2 Surah Muhammad di bawah. Ini jenis Mubtada’ jumlah dan khabar jumlah :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَآمَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَهُوَ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ ۙ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ.

Dan orang-orang mukmin dan beramal soleh serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah yang haq dari Tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.

Saya gunakan terjemahannya supaya anda faham.

Jika pembaca membaca :

“ Dan orang-orang mukmin dan beramal soleh serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah kebenaran dari Tuhan mereka…”.

Tiba-tiba dia memberhentikan bacaannya.

Anda pasti akan tertanya : “ Mana sambungannya? Apa yang terjadi pada orang beriman yang beramal soleh dan beriman pada Al Quran itu?”.

Tetapi jika dia membaca dan menyempurnakan khabarnya iaitu :

كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ

Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.

Sudah pasti, tiada lagi pertanyaan dan waham.

Rujukan :

1- An Nasyr fi Qiraat Al Asyr
2- Hidayatul Qari ila Tajwid kalam Al Bari
3- Maqalah ‘Mahzhuraat al waqf fi Al Arabiah

Hanif Azmir Hassim. 24 Mac 2021. Nibong Tebal. Mohon teguran anda jika ada kesalahan. Saya sangat gembira dengan sebarang teguran.
 
Lihat Sedikit