Sabtu, 3 April 2021

Hafs membaca kalimah (عليه) pada ayat 10 Surah Al Fath dengan baris dhommah pada huruf Ha’

 Kenapa Hafs membaca kalimah (عليه) pada ayat 10 Surah Al Fath dengan baris dhommah pada huruf Ha’nya?


Jawapan :

Syeikh At Thusi pengarang Tafsir At Tibyan menyebut :

وَ مَنْ ضَمَّ الْهَاءَ فِي « عَلَيْه » وَ هُوَ حَفْصٌ فَلِأَنَّهَا الأَصْلُ ، وَ مَنْ كَسَرَهَا فَلِلْمُجَاوَرَةِ لِلْيَاءِ

Siapa yang mendhommahkan ( عَلَيْه ) iaitu Hafs ia adalah kerana dhommah itu asal. Dan siapa yang membaca dengan Kasrah, maka ia kerana hampirnya ha’ dengan ya’.

HURAIAN :

1-Jumhur membaca dengan kasrah kerana dekatnya Ha’ itu dengan Ya mati sebelumnya. Begitu juga kerana Tajanus(sejenisnya) kasrah dengan Ya. Maka selalu kita menyebut : إِلَيْهِ dan فِيهِ .Ini adalah kerana beratnya perpindahan dari baris kasrah kepada dhommah.

2- Hafs membaca dengan Dhommah kerana beberapa sebab :

• Ia adalah Bahasa Hijaz. Ini disebut oleh Dr Fadhil Salih As Samirraie. Contohnya Ahli Hijaz biasa bercakap ( بِهُ ) dan (لَدَيْهُ) .

• Al Alusi di dalam Ruh Al Maani menjelaskan bahawa pembacaan dhommah ini kerana :

1- Dikatakan wajah Dhommah ialah kerana Ha’ itu ialah Ha’ kata Huwa (هُوَ) dan ia dibaca dhommahkan. Lalu disertakannya(dhommah) seperti pada kalimah ( لَهُ ) dan (ضَرَبَهُ ).

2- Membesarkan urusan Baiah Ar Ridhwan. Betapa besarnya kesungguhan sahabat memegang janji lalu membaiah Nabi tanpa mengkhianatinya. Pendapat ini perlu penjelasannya seperti di bawah :

Telah sepakat ahli bahasa dahulu dan kini bahawa harakat yang paling sukar dan berat ialah dhommah. Diikuti kasrah dan kemudiannya fathah. Pembacaan dengan dhommah yang merupakan harakat paling berat di sini sebenarnya adalah simbolik yang menunjukkan besarnya kesanggupan dan pengorbanan sahabat memenuhi isi Bai’at Ar Ridhwan di bumi Hudaibiyyah.




Hanif Azmir Hassim. 4 April 2021. Nibong Tebal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

الحمدلله الله اكبر
TOLONG SHARE KEPADA ORANG LAIN SEMOGA MANFAAT DAN MISI BANTERAS BUTA AL-QURAN INI MENDAPAT SAMBUTAN DARI UMAT ISLAM.. INSYAALLAH.. آمين‎
💖 BANTU KAMI 🙏 🇲🇾 TEKAN BUTANG LIKE 👍 DAN SHARE📢📢
جزاك الله

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.