Selasa, 13 April 2021

KAF DAN TA’ : HURUF HAMAS DAN SYIDDAH

 KAF DAN TA’ : HURUF HAMAS DAN SYIDDAH

Soalan: Hamas bermaksud terlepasnya nafas dan sudah pasti ia membawa kepada terlepas suara. Syiddah pula bererti tertahan suara yang membawa kepada tertahan nafas. Maka, soalannya, mana mungkin huruf kaf dan ta’ menghimpunkan dua sifat yang seakan berlawan iaitu hamas dan Syiddah.
JAWAPAN :
Kata Dr Suad binti Abdul Hamid di dalam Taisirnya :
إِّنَّ ظَاهِرَ الكَلَام ِالتَّنَاقُضُ لَوْ كَانَتْ هَاتَانِ الصِّفَتَانِ تَحْدُثَانِ فِى وَقْتٍ وَاحِدٍ وَلَكِنْ تَحْدُثُ الشِّدَةُ فِى وَقْتٍ وَالهَمَسُ فِى وَقْتٍ آخَرَ فَشِدَّتُهُما اعْتِبَارُ الإِبْتِدَاءِ وَهَمْسُهُمَا اعْتِبَارُ الإِنْتِهَاءِ ..
Sesungguhnya zahir kalam ini adalah pertentangan(tanaqudh) seandainya kedua sifat ini(syiddah dan hams) terjadi pada satu masa(yang sama). Tetapi hakikatnya syiddah terjadi pada satu masa sementara Hamas pada masa yang lain pula. Maka Syiddah pada keduanya(kaf dan ta) dilihat pada permulaan dan Hamas keduanya pula dilihat pada penghujung.
FAHAMAN MAKNA HAMAS DAN SYIDDAH
HAMAS : ia dipanggil hamas kerana kerana lemahnya pegangan ke atasnya pada makhrajnya(لضعف الإعتماد عليها فى مخرجها ) sehingga ia tidak mampu menahan nafas untuk terlepas bersamanya.
Maksudnya, bila kita sebut huruf Kaf dan Ta’ (أَكْ - أَتْ) dengan telapak tangan di mulut, nafas akan terasa menyentuh telapak tangan dengan agak kuat.
SYIDDAH : Dinamakannya syiddah kerana ketatnya hurufnya pada makhraj sehingga tidak terlepas bersamanya suara. Ini disebut di dalam Nihayah Al Qaul Al Mufid.
LATIHAN KEFAHAMAN :
NAFAS TERLEPAS TETAPI SUARA TERTAHAN (HAMAS+SYIDDAH)
Cuba anda sebut (أَكْ) dan (أَتْ). Ikut dua langkah di bawah:
Langkah pertama : melihat tertahan atau terlepasnya SUARA. Caranya mengenakan pangkal lidah pada makhraj kaf iaitu lelangit atas. Pastikan anda hentikan lidah ketika itu. Jangan sekali-sekali lepaskan lidah dari lelangit. Anda akan dapati bahawa hamas(terlepas nafas) belum wujud. Yang wujud ialah syiddah(tertahan suara).Suara tidak dapat bergerak lagi.
Langkah kedua: Melihat tertahan atau terlepasnya NAFAS. Ini adalah dengan melepaskan pangkal lidah dari lelangit. Maksudnya, pangkal lidah tidak lagi menyentuh lelangit. Ketika itu, jika anda merapatkan telapak tangan ke bibir, anda akan mendapati ada udara yang terkena telapak tangan anda.
Hanif Azmir bin Hassim Nibong Tebal 14 April 2021




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

الحمدلله الله اكبر
TOLONG SHARE KEPADA ORANG LAIN SEMOGA MANFAAT DAN MISI BANTERAS BUTA AL-QURAN INI MENDAPAT SAMBUTAN DARI UMAT ISLAM.. INSYAALLAH.. آمين‎
💖 BANTU KAMI 🙏 🇲🇾 TEKAN BUTANG LIKE 👍 DAN SHARE📢📢
جزاك الله

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.