Jumaat, 9 April 2021

HAFAZ TUJUH SURAH PANJANG

 HAFAZ TUJUH SURAH PANJANG

Boleh jadi, hadis ini antara sebab, sebahagian universiti Islam menetapkan kewajipan menghafaz Al Quran sekurang kurangnya 8-10 Juz bagi semua mahasiswa jurusan agama.
Nabi SAW bersabda di dalam Hadis riwayat Ahmad dari Aisyah:
مَنْ أَخَذَ السَّبْعَ الْأُوَلَ مِنَ الْقُرْآنِ فَهُوَ حَبْرٌ
Siapa yang mengambil tujuh Surah yang awal, maka dia seorang alim.
HURAIAN :
1- Imam Al Hakim mengatakan hadis ini sahih dan Imam Az Zahabi bersetuju dengannya. Syeikh Al Albani memasukkan hadis ini di dalam Silsilah Sahihah.
2- Tujuh surah itu seperti yang disebut Al Munawi ialah Surah Al Baqarah, Ali Imran, An Nisa’, Al Maidah, Al An’am, Al A’raaf dan At Taubah. Ini kerana ada lafaz yang lain iaitu tujuh yang Panjang (السبع الطوال).
3- Makna أَخَذَ di sini ialah menghafaz, memahami dan beramal dengan isinya.
4- Perkataan (حَبْرٌ) dibaca dengan fathah Ha’. Maksudnya (عَالِمٌ) orang berilmu.
5- Semua Surah ini, ialah Surah Madaniyyah kecuali Al An’am dan Al A’raf. Kita sedia maklum, Surah Madaniyyah adalah surah yang banyak menghimpunkan hukum hakam Feqh. Sementara Surah Makkiyyah seperti Surah Al An’am dan Al A’raaf pula, banyak berkisar tentang pembentukan akidah yang benar.
Justeru, menguasai tujuh Surah ini, seakan-akan mewariskan dua ilmu pokok sekaligus iaitu ilmu Feqh dan Aqidah. Apatah lagi jika menekuni semua ilmu yang lain yang terangkum di dalam tujuh surah tersebut.
Justeru, jika seorang menghafaz ke semua Surah tersebut, InsyaAllah pada hakikatnya dia telah mula melangkah menjadi seorang alim.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

الحمدلله الله اكبر
TOLONG SHARE KEPADA ORANG LAIN SEMOGA MANFAAT DAN MISI BANTERAS BUTA AL-QURAN INI MENDAPAT SAMBUTAN DARI UMAT ISLAM.. INSYAALLAH.. آمين‎
💖 BANTU KAMI 🙏 🇲🇾 TEKAN BUTANG LIKE 👍 DAN SHARE📢📢
جزاك الله

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.