Isnin, 22 Mac 2021

Penjelasan Hukum Mad

Mad dari sudut bahasa bermaksud tambahan ( الزيادة ).Manakala dari sudut istilah, ia ditakrifkan sebagai : 


إِطاَلَةُ الصَّوْتِ بِحَرْفٍ مِنْ حُرُوفِ المَدَّ وَاللَّينِ الثَّلَاثَةِ ...


Pemanjangan suara dengan satu huruf dari huruf-huruf mad dan lin yang tiga…


Takrif di atas disebutkan di dalam 'Arf An Nadd.


🔶 PERBINCANGAN :


Apa yang ingin kita bincangkan di sini ialah kadar dan istilah berkaitan Mad Far’ie. 


Contohnya Mad Muttasil pada  شَآءُ اللهُ . Kita sedia maklum bahawa di dalam bacaan Hafs an ‘Ashim jalan Syatibi kita, kata ‘Sya’ boleh dipanjangkan samada dengan 4 atau 5 harakat.


🔹 DUA HARAKAT PERTAMA : 


Perlu difahami, dua harakat pertama darinya sangat penting untuk kita sempurnakan. Meninggalkan kadar 2 harakat ini dianggap penyelewangan dari sudut bahasa dan bacaan seperti yang disebut  Dr Abdul Ghafur Ali Jaafar di dalam Madkhalnya. Ini kerana, orang arab tidak pernah membacanya (شَءَ) iaitu membuang kadar dua harakat tersebut. Maka, pelakunya, dianggap melakukan kesalahan yang nyata (لحن جلى ) dan boleh berdosa.


🔹 DUA/TIGA HARAKAT BERBAKI


Pembaca yang meninggalkannya contohnya membaca hanya dua harakat atau tiga harakat pada kalimah  شَآءَ ini dan yang sepertinya dianggap melakukan kesalahan kecil/tersembunyi (لحن خفى). Kesalahan seperti ini, jika tidak disengajakan dianggap tidak berdosa di sisi sebahagian ulama’. Pun begitu, Syeikh Kamil Al Masiri di dalam Al Jami’ fi Tajwid Qiraatil Quran Al Karim menyebutkan bahawa pendapat yang rajih ialah At Tahrim(haram). Justeru berhati-hatilah dan bersungguh-sungguhlah untuk melepaskan diri dari kesalahan.



Hanif Azmir bin Hassim Nibong Tebal 22 Mac bersamaan malam 9 Syaaban 1442 Hijrah.

Khamis, 18 Mac 2021

HUKUM WAQAF PADA SALAH SATU DARI DUA عليهم SURAH AL FATIHAH.

 HUKUM WAQAF PADA SALAH SATU DARI DUA عليهم SURAH AL FATIHAH.

Perkara ini kelihatan kecil, tetapi ternyata berlaku 'pergeseran ' di antara guru-guru Al Quran di dalam menghukumkannya. Jika semua guru berlapang dada, InsyaAllah segala 'pergesaran' akan selesai.
HURAIAN :
Kata Imam Ibnu Al Jazari di dalam Muqaddimahnya memperingatkan kita tentang pentingnya pengetahuan tentang waqaf :
وَبَعْدَ تَجْوِيدِكَ لِلْحُرُوفِ لاَ بُدَّ مِنْ مَعْرِفَةِ الْوُقُوفِ
Selepas tajwidmu bagi huruf, tidak dapat tidak dari mengetahui waqaf.
🔶 ‘ALAIHIM PERTAMA (صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ) :
Ada beberapa pendapat tentangnya :
1- Imam Ahmad bin Abdul Karim Al Asymuni(1100H) mengatakan hukumnya Jaiz(harus). Ini disebut di dalam kitabnya Manar Al Huda.
2- Imam Ibnu Al Anbari(328H) dan Imam Abu ‘Amru Ad Dani(444H) pula mengatakan ianya Waqaf Hasan(baik) tetapi tidak sampai kepada waqaf Taam(sempurna).
3- As Sajawandi ( 560H) menyebutkan لا padanya. Rumuz لا Sajawandi ini perlu dirujuk kepada huraian Ibnul Jazari di dalam An Nasyr iaitu :
قَدْ تَوَهَّمَ مِنْ لَا مَعْرِفَةَ لَهُ مِنْ مُقَلِّدِي السَّجَاوَنْدِيِّ ، أَنَّ مَنْعَهُ مِنْ الوَقْفِ عَلَى ذَلِكَ يَقْتَضِي أَنَّ الوَقْفَ عَلَيْهِ قَبيحٌ ، أَيْ : لَا يُحْسِنُ الوَقْفَ عَلَيْهِ ، وَلَا الِابْتِداءَ بِمَا بَعْدَهُ وَلَيْسَ كَذَلِكَ ، بَلْ هوَ مِنْ الحَسَنِ يُحْسِنُ الوَقْفَ عَلَيْهُ ، وَلَا يَحْسُنُ الِابْتِداءَ بِمَا بَعْدَهُ "
Telah tersalah faham mereka yang tiada pengetahuan di kalangan pengikut As Sajawandi bahawa larangannya untuk waqaf atasnya(sesuatu tempat) membawa erti waqaf atasnya adalah Waqaf Qabih(buruk) iaitu tidak elok waqaf padanya dan begitu juga tidak elok juga memulakan bacaan dengan perkataan sesudahnya. Sebenarnya yang tepat ialah ia adalah dari Waqaf Hasan yang ELOK WAQAF di atasnya tetapi TIDAK ELOK IBTIDA’ dengan apa yang selepasnya.
Huraian: Maksudnya As Sajawandi berpendapat waqaf padanya adalah Waqaf Hasan tetapi memulakan bacaan dengan kata " غير " sesudahnya dianggap Ibtida' Qabih.
🔶 'ALAIHIM KEDUA (غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ) :
Ada beberapa pendapat tentangnya :
1- Imam Ahmad Al Asymuni(1100H) menyebutkan ada 13 Waqaf Qabih(buruk) di dalam Surah Al Fatihah. Salah satunya ia pada alaihim kedua. Dan hukum ibtida’ dengan apa yang sesudahnya juga adalah Ibtida’ Qabih (buruk). Ini disebut di dalam kitabnya Manar Al Huda.
2- Imam Ibnu Al Anbari (328H) pula mengatakan di dalam Idhah Al Waqaf wal Ibtida’, ianya Waqaf Hasan (baik) tetapi tidak sampai kepada Waqaf Taam(sempurna).
Hanif Azmir bin Hassim Khamis 27 Rejab 1442H



HUKUM MENYEBUT صَدَقَ اللَّهُ العَظِيمُ SEUSAI BACAAN

HUKUM MENYEBUT صَدَقَ اللَّهُ العَظِيمُ SEUSAI BACAAN

Di sana ada pandangan mengatakan bahawa mengucapkan صدق الله العظيم sesudah bacaan Al Quran adalah Bidaah. Kita menghormati pandangan para ulama’ kumpulan ini tetapi kita lebih cenderung kepada pandangan berbeza. Di sini beberapa dalil yang menunjukkan bahawa mengucapkan صدق الله العظيم sesudah bacaan Al Quran merupakan tradisi para ulama’ dan harus kita menyebutnya selagi tidak menganggap ianya sunnah.
1- Di dalam Tafsir Al Qurthubi, dinyatakan bahawa Sahabat Nabi, Ibnu Abbas berkata : "Apabila seorang perempuan mengalami kesukaran mendapat anak, hendaklah dia menulis dua ayat dan dua kalimah ini pada lembaran kemudian dituangkan air dan diberi minum darinya(kepada wanita itu) iaitu :
: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ العَظيمُ الحَلِيمُ الكَريمُ ، سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ السَّمَوَاتِ وَرَبِّ الأَرْضِ وَرَبِّ العَرْشِ العَظيمِ ( كَأَنَّهُمْ يَوْمٌ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشيَّةَ أَوْ ضُحَاهَا ) ( كَأَنَّهُمْ يَوْمٌ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا ساعَةً مِنْ نَهارِ بَلاغٍ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا القَوْمُ الفَاسِقُونَ ). صَدَقَ اللَّهُ العَظيمَ. "
Menariknya, Ibnu Abbas menyebut lafaz صدق الله العظيم sesudah menyebutkan amalan di atas.
2- Imam Al Qurthubi di dalam Tafsirnya menyebutkan pula :
أَنَّ الحَكيمَ التِّرْمِذيَّ ذَكَرَ ذَلِكَ بَعْضَ آدَابِ التِّلَاوَةِ فَقَالَ : وَمِن حُرْمَتِهِ إِذَا انْتَهَتْ قِراءَتُهُ أَنْ يُصَدِّقَ رَبَّهُ ، وَيَشْهَدَ بِاَلْبَلاغِ لِرَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَ أَنْ يَقُولَ : صَدَقَ اللَّهُ العَظِيمُ وَبَلَّغَ رَسُولُهُ الكَريمُ وَيَشْهَدَ عَلَى ذَلِكَ أَنَّهُ حَقٌّ ، فَيَقُولُ : صَدَقْتَ رَبَّنا وَبَلَّغَتْ رُسُلُكَ وَنَحْنُ عَلَى ذَلِكَ مِنْ الشَّاهِدَيْنِ اللَّهُمَّ اجْعَلْنا مِنْ شُهَداءِ الحَقِّ القَائِمِينَ بِالْقِسْطِ ، ثُمَّ يَدْعُو بِدَعَواتٍ.
Bahawasanya al-Hakim Termizi telah menyebutkan beberapa adab Tilawah dan berkata: "... dan daripada bentuk penghormatan atas Al-Quran ialah apabila selesai pembacaannya hendaklah dia(pembaca) membenarkan tuhannya dan bersaksi atas penyampaian rasulnya contohnya dia berkata:
صَدَقَ اللَّهُ العَظِيمُ وَبَلَّغَ رَسُولُهُ الكَرِيمُ
Benarlah Allah yang Maha Agung dan rasulNya yang mulia telah menyampaikan.
Dan dia bersaksi bahawa ianya benar Lalu dia berkata benarlah engkau wahai Tuhan kami dan para rasul mu telah menyampaikan dan kami atas perkara itu dikalangan mereka yang bersaksi Ya Allah ya Tuhan kami! jadikan kami di antara mereka yang bersaksi atas kebenaran dan menegakkan keadilan kemudian pembaca itu berdoa dengan doa-doa yang lain".
3- Di dalam Hasyiah Ar-Ramli ke atas Asnal Mathalib ditanya kepada Ibnu Al Iraqi tentang orang yang sembahyang dan menyebut صدق الله العظيم sesudah bacaan imamnya. Adakah boleh perkara itu dan adakah terbatal solatnya? maka Ibnu Al Arabi menjawab bahawa ianya harus dan tidak batal solatnya kerana ia adalah zikir dan tidak ada padanya kata-kata anak Adam.
Huraian : Soalan penanya kepada Ibnu Al Iraqi ini menunjukkan bahawa perkataan صدق الله العظيم ini telah digunakan secara meluas oleh masyarakat ketika itu sehingga ada yang membacanya di dalam solat tatkala imam selesai membaca surah.
4- Imam An Naisaburi (850H) di dalam tafsirnya Gharaib Al Quran wa Raghaib Al Furqan ketika menyebut ayat 85 Surah Ghafir terus mengucapkan : صدق الله العظيم .
5- Imam Ibnu Al Jauzi ketika membaca ayat 23 Surah Al Fajr dan ayat 30 Surah Ali Imran menyebutkan صدق الله العظيم. Ini disebut di dalam al Muntazam fi at Tarikh.
6- Imam Muhyiddin An-Nawawi ada menggunakannya di dalam kitabnya al-Majmu', katanya :
ثُمَ صَدَقَ اللهُ العَظِيمُ " يَسْئَلُونَكَ عَنِ الأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالحَجِّ ".
Benarlah Allah yang Maha Agung. “Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: "Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji”…(Surah Al Baqarah ayat 189).
Rujukan: Syeikh Abdul Fattah Soleh Qadish Al Yafiie. Rabithah Ulama' As Surriyyin dengan sedikit ulasan.
Hanif Azmir Hassim 12 Mac 2021 Jumaat


Kenapa tidak ditulis alif sesudah hamzah pada kalimah سَمَاءً

 Kenapa tidak ditulis alif sesudah hamzah pada kalimah سَمَاءً . Dan kenapa pula, ditulis alif sesudah hamzah pada kalimah   شَيْئًا?


JAWAPAN : 


Mengikut kaedah bahasa arab , TIDAK AKAN DITAMBAH ALIF bagi tanwin fathah (baris dua di atas) pada empat keadaan iaitu :


1- Kalimah di akhiri Ta’ Marbuthah contohnya :  طِفْلَةً


2- Kalimah diakhiri hamzah yang berada di atas alif : مَخْبَأَ


3- Kalimah diakhiri  hamzah yang sebelumnya alif : غِطَاءً. 


Cuba anda lihat dengan teliti. Anda akan mendapati alif ditulis sebelum hamzah. Maka inilah sebabnya kalimah  سَمَاءً  tidak ditulis alif selepas hamzahnya. Tidak lain tidak bukan kerana sebelum Hamzah terdapat huruf alif.


4- Kalimah di akhiri dengan alif  : فَتًى. 


Walaupun ditulis di dalam bentuk ya’, hakikatnya huruf terakhir di dalam kalimah فتى  itu sebenarnya dipanggil alif bukan ya'. Lebih tepatnya, Ia dipanggil : Alif Layyinah Maqsurah. (الألف اللينة المقصورة).


🔹 PERHATIAN : Waqaf dengan Ta’ Marbuthah TIDAK DIKIRA SEBAGAI MAD IWADH kerana tiada alif mamdudah (alif 2 harakat) yang terzahir ketika waqaf bahkan yang terzahir adalah huruf Ha’ (ھ). 


Rujukan : Qawaid At Ta’bir Al ‘Arabi oleh Jam’iyyah Al Maarif Al Islamiah As Tsaqafiah dengan sedikit ulasan.

Hanif Azmir bin Hassim 17 Mac 2021




Makhraj HALQ (الحلق) Belajar Cara Cepat Membaca AlQuran M.s 125 Al Maa’i...


SIRI 125 Tema_Keempat: Makhraj Huruf Hijaiyyah dan Pembahagian Hukum Idgham Makhraj (مخرخ) huruf bermaksud tempat keluar SUARA huruf al-Quran. Ulama sepakat Huruf Hijaiyyah ada 29 Huruf. Makhraj akan berlaku apabila dilafaz (Disebut). Tidak berlaku dalam penulisan. Imam al-Jazari dan Imam Khalil bin Ahmad mengatakan: Anggota Makhraj Utama- 5 • Makhraj Khas - 17 Anggota Makhraj Utama ada 5: 1) Syafataan (Dua bibir) = 2 Makhraj Khas ~ 4 Huruf 2) Lisan (Lidah) =10 Makhraj Khas ~ 18 Huruf 3) Halq (Kerongkong) =3 Makhraj Khas ~ 6 Huruf 4) Jauf ( Rongga) =1 Makhraj Khas ~ 3 Huruf Mad 5) Khaisyum (Pangkal Hidung) =1 Makhraj Khas ~ 2 Huruf FOKUS KEPADA ANGGOTA: Makhraj HALQ (الحلق) - iaitu KERONGKONG 3 Makhraj Khas @ 3 sudut @ 3 Kawasan Melibatkan 6 Huruf sahaja FOKUS KEPADA ANGGOTA KERONGKONG PADA SUDUT: 1) KAWASAN 1 Pangkal Kerongkong Atau Awal Kerongkong • Hurufnya: ء - ه 2) KAWASAN 2 Tengah kerongkong • Hurufnya: 3) KAWASAN 3 Akhir kerongkong atau hujung kerongkong • Hurufnya:




Selasa, 16 Mac 2021

MAD LAZIM HARFI (مد لازم حرفي) Belajar Cara Cepat Membaca AlQuran M.s 12...


SIRI 124 Tema_Ketiga: Hukum-Hukum Mad ______________________________________ Secara asas Hukum MAD ada 13 Pembahagian, Secara teperinci Hukum MAD ada 20 Pembahagian, Maksud Mad ialah PANJANG, Huruf Mad ada 3 iaitu (ا - و - ى) ______________________________________ HUKUM MAD YANG TELAH BELAJAR 1) Mad Asli Mutlaq 2) Mad Asli Harfi/Thuna'ie 3) Mad Tamkin 4) Mad 'Iwadh 5) Mad Silah Qosirah/Sughra 6) Mad Ta'zim 7) Mad Wajib Muttasil 8) Mad Jaiz Munfasil 9) Mad Silah Towilah/Kubra 10) Mad Badal 11) Mad Syibhul Badal 12) Mad 'Aridh Li Sukun 13) Mad Lin 14) Mad Jaiz Munfasil Hukmi 15) Mad Farq/Istifham 16) Mad Tabri'ah 17) Mad Lazim Kalimi Muthaqqal 18) Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf 19) Mad Lazim Harfi Muthaqqal 20) Mad Lazim Harfi Mukhaffaf Fokus kepada: MAD LAZIM HARFI (مد لازم حرفي) CARA KAMPUNG BAGI MUDAH FAHAM MAD LAZIM HARFI • MAD - Panjang 6 harakat • LAZIM - Mesti / Telah sepakat semua ulama' Qurra' baca panjang 6 harakat • HARFI - Berlaku dalam Huruf Hijaiyyah



Sabtu, 13 Mac 2021

Hukum IZHAR HALQI.( اِظْهَارْ حَلْقِيْ ) Belajar Cara Membaca AlQuran M....


SIRI 123 Tema_Kedua: Hukum Nun mati (نْ) @ Tanwin (ءٌ-ءٍ-ءً), Mim mati (مْ) dan Mim/Nun Syaddah (مّ-نّ) #HukumIzharHalqi Hukum Nun Mati @ Tanwin ada enam: 1) Izhar Halqi 2) Ikhfa' Haqiqi 3) Idgham Maal Ghunnah 4) Idgham Bila Ghunnah 5) Iqlab 6) Izhar Mutlak - Nun Mati berlaku dlm 1 @ 2 perkataan. - Tanwin terjadi dlm 2 perkataan sahaja Fokus kepada : Hukum IZHAR HALQI. ( اِظْهَارْ حَلْقِيْ ) IZHAR Bermaksud Nyatakan dan Jelaskan Huruf NUN. Lidah parking pada tempat Huruf NUN. HALQI bermaksud semua Huruf Izhar Makhrajnya berada di kerongkong. Huruf Izhar ada 6 (ء - غ - ح - خ - ع - ه) Formula mudah ingat Huruf Izhar خَعَهُ أَغْحٍ Kaedah bacaan Izhar Halqi ialah jelaskan huruf Nun Tanpa Dengung Baris Tanwin dan sukun Izhar Halqi akan kita belajar minggu depan