🕋اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ. Kepada Para Pencinta Al-Quran. SEKIRANYA ANDA SEDANG MENCARI ILMU TAJWID INSYAALLAH ADA DI blog INI. SEMOGA BERMANAFAAT ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ اللهم حببني إلى القرآن وحبب القرآن إلي Wahai Allah, jadikanlah aku mencintai Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran mencintaiku.
Selasa, 16 Februari 2021
Ahad, 14 Februari 2021
Jumaat, 12 Februari 2021
SATU AYAT DENGAN TAJWID LEBIH BAIK
SATU AYAT DENGAN TAJWID LEBIH BAIK
AD DHOM ( الضَّمُ) DAN AL IRJA’ (الإِرْجَاع).
Ada yang tanya, Qaf perlu muncung mulut atau tidak. Jawabnya tidak. Begitu jugalah pada Shod. Ramai yang muncungkan mulut tetapi hakikatnya tidak perlu bahkan dianggap Lahn(kesalahan).
AD DHOM ( الضَّمُ) DAN AL IRJA’ (الإِرْجَاع).
CARA BACA KALIMAH بَسَطتَ.
CARA BACA KALIMAH بَسَطتَ.
kalimah بسطت dan tiga lagi saudaranya perlu dibaca dengan cara :
"masuk dengan 'ط' keluar dengan 'ت'".
Ia adalah Idgham Naqish (ناقص). Idgham Naqish maksudnya Idham yang kurang atau tidak sempurna. Maksudnya lebih khusus di sini :
ذَهَابُ ذَاتِ الحَرْفِ الطَّاء وَبَقَاءُ صِفَۃِ الإِطْبَاقِ
Hilang zat huruf Tho dan kekal sifat Ithbaqnya.
Kata Imam Ibnul Jazari di dalam matannya :
وَبَيِّـنِ الإِطْبَـاقَ مِـنْ أَحَـطـتُّ مَـعْ * بَسَطـتَّ …
Dan jelaskan sifat Ithbaq pada lafazh Ahattu, Basathta…
MAKSUD: Huruf tho' telah hilang dari sebutan. Buktinya, tiada lagi qalqalah padanya. Tetapi berbaki lagi sifatnya iaitu Ithbaq Tho'. Buktinya bunyi tebal Tho' masih kedengaran . Jika dibaca بستت maka itu salah, kerana akan hilang kedua duanya sekali ( zat dan sifat Tho') .Dan jika berlaku, bertukarlah ia menjadi Idgham Kamil seperti وَقُل رَّبِّی dan مِن لَّدُنْهُ.
الحَرْفُ القَوِیُّ لَا يَدْخُلُ دُخُولًا كَامِلًا فِی الحَرْفِ الضَّعِيفِ
Huruf yang kuat tidak boleh masuk (diidghamkan) dengan kemasukan yang sempurna ke dalam huruf yang lemah.
Wallahu A 'lam.
Contoh Idgham Naqis. نَاقِص ﺇﺩﻏﺎﻡ : https://youtu.be/nc636lvIPKA?t=1598
Khamis, 11 Februari 2021
CONTOH IDGHAM NAQISH ( ﺇﺩﻏﺎﻡ نَاقِص ) KALIMAH بسطت.
CONTOH IDGHAM NAQISH KALIMAH بسطت.
Kalimah بسطت di bawah dibaca
dengan cara "masuk dengan 'ط' keluar dengan 'ت'". Ia dipanggil
Idgham Naqish (ناقص). Idgham Naqish
maksudnya Idham yang kurang atau tidak sempurna. Secara ringkas, Tho' tidak
hilang keseluruhannya. Maksudnya lebih khusus di sini :
(ذهاب ذات حرف الطاء وبقاء صفۃ الاطباق)
Hilangnya zat huruf Tho dan kekal sifat Ithbaqnya.
MAKSUD: Huruf tho' telah hilang dari sebutan. Buktinya, tiada
lagi qalqalah padanya. Tetapi sifat Ithbaq Tho' masih ada. Buktinya bunyi tebal
Tho' masih kedengaran . Jika dibaca بستت itu salah, kerana
telah hilang kedua duanya sekali iaitu zat dan sifat Tho' ketika itu. Ketika
itu, akan bertukarlah ia menjadi Idgham Kamil seperti وقل ربی dan من لدنه.
SEBAB: Sebab dibaca dengan Idgham Naqish di sini kerana Kaedah:
الحرف القوی لا يدخل كاملا فی حرف الضعيف.
huruf yang kuat tidak boleh masuk(diidghamkan) secara sempurna
ke dalam huruf yang lemah.
Jadi Tho' yang sifatnya kuat bahkan ialah huruf paling kuat dari
semua huruf tidak boleh diidghamkan dengan sempurna ke dalam Ta' yang bersifat
lemah.
CONTOH LAIN IDGHAM NAQISH :
احطت - من ولی - شمسا ولا - من يعمل
Wallahu A 'lam.
Contoh Idgham Naqis. نَاقِص ﺇﺩﻏﺎﻡ : https://youtu.be/nc636lvIPKA?t=1598
Rabu, 10 Februari 2021
Ta berbentuk Ha' ini dipanggil Ta' Marbuthah ketika wasal
رحمۃ - شجرۃ - نعمۃ
Ta berbentuk Ha' ini dipanggil Ta' Marbuthah ketika wasal dan dipanggil Ha' ta'nits ketika waqaf. -Al Qaulu As Sadid-