Isnin, 8 Mac 2021

MAD TA’ZHIM ( مد التعظيم )

 

Rasa tersentuh hati apabila saya dengar ramai guru Al quran yang ajar di FB live, yg paling sedih antaranya ada juga Qari antarabangsa, ajar dengan memberi hukum tajwid mengikut fahaman fikiran sendiri tanpa meminta kepastian daripada ulamak Al quran terlebih dahulu dan tanpa menguasai kaedah yang lengkap sebelum mengajarkan ilmu kepada masyarakat.
Sebelum saya cerita salah yang dah berlaku dari kebanyakan penggunaan mereka
Saya nak kongsi dulu #Kaedah yang amat penting ini secara ringkas
بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
وبعد !
Terdapat #dua_sebab_mad Far’ie yang wajib ada untuk panjangkan huruf mad (ا.و.ي) lebih dari dua harakat, iaitu :
#Sebab yang pertama adalah #Sebab_Lafzi ( sebab dari segi lafaz atau sebutan ). Dan sebab lafzi berlaku jika terdapat selepas huruf mad, 2 huruf ini iaitu :
I- Huruf hamzah
II- huruf sukun
#Sebab yang kedua adalah #Sebab_Maknawi (sebab Mad adalah untuk menjaga makna). Dan jenis Mad untuk menjaga makna ada dua iaitu :
I- Mad takzim ( Mengagungkan )
II- Mad tabriah
Untuk sebab yang pertama(lafzi ء ،ْ ) , semua qiraat mesti perlu ikut.
Maksudnya semua Qiraat semestinya perlu amalkan iaitu huruf mad mesti dibaca dengan panjang apabila terdapat huruf hamzah atau sukun selepasnya,
#tetapi untuk sebab yang kedua pula adalah #maknawi, BUKAN semua qiraat menggunakannya.
Hanya ada pada beperapa Qiraat dan toriq sahaja yang menganggap sebab mad maknawi adalah sebagai sebab mad seperti Mad takzim.
Seperti mana bacaan kita di #Malaysia ialah hafs An Asim, yang mempunyai lebih dari 50 toriq.
Hanya beperapa toriq sahaja yang boleh dibaca mad Munfasil dengan kadar dua harakat contoh :
بِمَا أُنزِلَ
Akan dibaca mad munfasil pada kalimah Tawhid
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ - لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ
Dengan kadar 4 harakat, kerana ada sebab lagi satu selain dari hamzah iaitu sebab maknawi atau Takzim (Mengagungkan Lafzu jalalah & Almubalaghah fi Annaffi)
Ini adalah untuk membuat perbezaan antara mad munfasil dalam Kalimah Tawhid, dengan semua mad munfasil lain yang kebiasaannya dibaca dengan kadar 2 harakat.
Tetapi kalau toriqnya dibaca semua Mad Munfasil dengan kadar 4 harakat, tidak perlu wujudnya mad takzim kerana tiada sebab untuk wujudkan mad takzim jika kadar bacaanya adalah sama pada kalimah Tawhid :
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ - لاَّ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ
Hanya ambil sebab lafzi sahaja
yang dibaca semua mad munfasil dengan kadar 4 harakat
Jadi tak perlu guna istilah mad takzim, kerana sebab wujudnya Mad Takzim adalah untuk membuat perbezaan antara bacaan Mad dalam kalimah Tauhid (4 harakat ) dengan semua Mad Munfasil yang boleh dibaca dengan kadar 2 harakat.
#Jika dah semua dibaca dengan kadar 4 harakat, tidak ada sebab untuk digunakan Mad Takzim pada Kalimah Tawihid dalam toriq syatibiyah.
InsyaAllah satu hari nanti saya akan #ajar kaedah lengkap melalui fb live secara #Percuma untuk memberi pencerahan kepada semua tuan-tuan & puan-puan serta guru2 Al quran berkaitan kesalahan penggunaan tersebut.
#Wahai guru-guru Al quran, kerja kita hanya untuk sampaikan kaedah ilmu yang tepat dan sudah ditetapkan oleh ulamak Al quran tanpa memasukkan fahaman fikiran kita sendiri tanpa merujuk kepada yang ahli.
#Harap semua dapat lengkapi kaedah dengan penggunaan yg betul & tepat dahulu sebelum mengajarkan kepada orang lain.
Semoga bermanfaat insyaAllah
Ikhlas:


MAD TA’ZHIM ( مد التعظيم )

 MAD TA’ZHIM ( مد التعظيم )

Pandangan saya, jika kita mengarang kitab Tajwid mengikut Riwayat Hafs ‘an Ashim thoriq Syatibi iaitu baca harian kita sekarang atau kita mengajarnya, adalah lebih baik kita meninggalkan perbincangan MAD TA’ZHIM. Ini kerana, istilah Mad Ta’zhim tidak digunakan di dalam bacaan kita. Cukup mengenalnya sebagai Mad Jaiz Munfasil. Apa yang disebut Syeikh Abdul Aziz Usamah, sebaiknya diambil iktibar.
🔶 Di dalam Mu’jam Ulum Al Quran, Syeikh Ibrahim Muhammad Al Jarmi menyebutkan beberapa perkara yang saya mudahkan seperti berikut :
1- Ia adalah bentuk Mad Far’ie.
2- Mad Ta’zhim datang dengan sebab makna. Adapun kebanyakan mad, datang dengan sebab lafaz.
3- Ia terjadi pada kalimah tauhid seperti pada :
لا إِلهَ إِلَّا هُوَ
Tiada tuhan selain Dia … (Ayat 163 Al Baqarah).
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلهَ إِلَّا اللَّهُ
Ketahuilah olehmu bahawa tiada tuhan selain Dia …
(Ayat 19 Surah Muhammad).
4- Mad ini diriwayatkan dari para ulama Qiraat yang membaca dengan qasr (dua harakat) pada Mad Jaiz Munfasil. Mereka ialah ibnu Katsir, Abu Jaafar, Susi, Yaaqub, Qalun, Duri Abu amru pada salah satu dari dua wajahnya. Adapun Ashab Tawassuth dan Isyba’ (ulama’ yang membaca 4 dan 6 harakat mad Jaiz Munfasil) kekal dengan kaedah teras mereka pada mad. Mereka hanya memelihara mad berdasarkan lafaz bukan makna.
🔹Tambahan dari penulisan Dr Miftah Muhammad As Sulthani.
• Walaupun Imam Ibnul Jazari menyebutkan Mad Ta’zhim bagi semua ulama’ Qiraat yang membaca dua harakat pada Mad Munfasil, tetapi pakar pakar Qiraat melihat sebaliknya. Tidak semua mereka(Qurra' yang membaca 2 harakat Mad Munfasil) membaca dengan Mad Ta’zhim.
• Qalun contohnya tidak akan membaca dengan Mad Ta’zhim jika memilih wajah Taqlil pada kalimah Taurat. Begitu juga atas wajah meninggalkan dengung pada Lam dan Ra’. Ini disebut oleh Syeikh Ahmad Az Zayyat di dalam Tanqih Fath Al Karim.
• Hafs mebaca dengan Mad Ta’zhim dari jalan Amru bin Sobah (عَمْرُو بْنُ الصَّبَاحِ ). Ini penting untuk kita sebab kita membaca Riwayat Hafs.
5-Kadar Mad Ta’zhim adalah empat harakat. Ia tidak boleh dipanjangkan lebih dari itu kerana lemahnya sebab mad dari sudut makna berbanding dari sudut lafaz.
6- Mad Ta’zhim hanya dibincangkan pada Thoriq Thoyyibah An Nasyr oleh Imam Ibnu Al Jazari dan bukan pada Thoriq Syathibiah.
Berkata Imam Ibnu Al Jazari :
وَالبَعْضُ لِلتَّعْظِيمِ عَنْ ذِي القَصْرِ مَدْ

Hanif Azmir bin Hassim 8 Mac 2021.



Ahad, 7 Mac 2021

(Bacaan Sujud سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ ) Baca Quran M.s...


SIRI 121  Tema_Kelapan: Bacaan Wajib dan Sunat di dalam Solat serta Doa dan Zikir

______________________________________

BACAAN WAJIB DALAM SOLAT ADA 4:

1) Takbiratul Ihram

2) Al-Fatihah

3) Tahiyyat

4) Salam

 

Empat bacaan ini adalah RUKUN QAULI di dalam solat.

 

Empat rukun qauli ini wajib dibaca tanpa ada kesalahan besar sehingga boleh membatalkan solat.

 

Empat rukun qauli ini WAJIB dibaca sehingga dengar oleh telinga sendiri dalam keadaan suasana yang tidak bising dan pedengaran kita yang sihat. Jika kumit-kumit bibir seperti orang berbisik, maka solat tidak sah.

 

BACAAN WAJIB DALAM SOLAT:

1) lafaz TAKBIRATUL IHRAM (الله أكبر)

2) Bacaan Surah AL-FATIHAH

3) Bacaan TAHIYYAT

4) Bacaan salam

 

BACAAN SUNAT AB'AD (Sunat yang dituntut)

1) Bacaan Qunut

2) Bacaan tahiyyat Awal

 

BACAAN SUNAT HAI'AH

1) Doa Iftitah

2) Istiazah

3) Bacaan Zikir ketika rukuk

4) Bacaan semasa Bangun Dari Rukuk

5) Bacaan semasa Iktidal

Pertama, RABBANAA LAKAL HAMD’  رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ     (Ya Rabb kami, milik-Mu lah segala pujian)

Kedua, RABBANAA WA LAKAL HAMD’ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ    (Ya Rabb kami, Dan milik-Mu lah segala pujian)

 

6) Bacaan semasa Sujud

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Artinya: Mahasuci Tuhanku yang Mahatinggi Bacaan ini dibaca 3 kali.

 


Ahad, 28 Februari 2021

Bacaan GHORIB Surah Yasin (سورة يٰسٓ) Belajar Cara Membaca AlQuran M s 1...


SIRI 120 #Tema_Ketujuh: Penjelasan Bacaan Ghorib di dalam al-Quran   

Surah Yasin (سورة يٰسٓ) M.s 440 Juz 22 Ayat 1 & 2

Riwayat Imam Hafs An Asim Toriq Imam Syatibi,

 Ketika Ayat Pertama Sambung Ayat Kedua Hendaklah Dibaca Dengan  IZHAR

iaitu jelaskan Huruf ن Tanpa Dengung.

( Izhar Mutlaq (إظهار مطلق) Berlaku Dalam 2 Kalimah )

 

  


 


Pembaca Selalu Lakukan Kesalahan di sini

dengan cara mereka membaca

Idgham Serta Dengung pada ayat ini. Cara ini salah.