CAMPUR THORIQ (خلط الطرق) DI DALAM PEMBACAAN
🕋اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ. Kepada Para Pencinta Al-Quran. SEKIRANYA ANDA SEDANG MENCARI ILMU TAJWID INSYAALLAH ADA DI blog INI. SEMOGA BERMANAFAAT ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ اللهم حببني إلى القرآن وحبب القرآن إلي Wahai Allah, jadikanlah aku mencintai Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran mencintaiku.
Sabtu, 3 April 2021
CAMPUR THORIQ (خلط الطرق) DI DALAM PEMBACAAN
(Izhar Mutlaq Berlaku Dalam 2 Kalimah) Belajar Cara Cepat Membaca AlQura...
SIRI 128 #Tema_Ketujuh: Penjelasan Bacaan Ghorib di dalam al-Quran
Surah Al-Qalam (القلم) نٓ ۚ وَٱلْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ M.s 564 Juz 29 Ayat 1
FOKUS PADA AYAT: Surah
Al-Qalam | Ayat 1| نٓ ۚ وَٱلْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ
Riwayat Imam Hafs An Asim Toriq Imam Syatibi,
Ketika Ayat
Pertama Sambung Ayat Kedua
Hendaklah Dibaca Dengan IZHAR
iaitu jelaskan Huruf ن Tanpa Dengung.
( Izhar Mutlaq (إظهار مطلق)
Berlaku Dalam 2 Kalimah )
Pembaca Selalu Lakukan Kesalahan di sini
dengan cara mereka membaca
Idgham Serta
Dengung pada ayat ini. Cara
ini salah.
Ahad, 28 Mac 2021
JADIKAN ISI KULIAH 50% ILMIAH
JADIKAN ISI KULIAH 50% ILMIAH
Hukum Alif Lam (ال) Belajar Cara Cepat Membaca AlQuran M.s 127 Al Maa’id...
Sabtu, 27 Mac 2021
HURUF HIJAIYYAH adalah merujuk kepada Huruf yang disebut (الحروف المنطوقۃ).
HURUF HIJAIYYAH adalah merujuk kepada Huruf yang disebut (الحروف المنطوقۃ). Maksudnya apabila kita membaca dan mengeluarkan suara.Jumlahnya 29.
Selasa, 23 Mac 2021
WAQAF PADA MUBTADA’ TANPA MENYEMPURNAKAN KHABAR
WAQAF PADA MUBTADA’ TANPA MENYEMPURNAKAN KHABAR
Seseorang datang dan menjerit-jerit nama jiran anda :
Abu!! Abu!! Abu!!.
Sudah pasti anda akan terpinga-pinga. Timbul soalan kenapa dengan Abu? Apa yang tidak kena dengan Abu?
Tetapi jika dia menjerit : “Abu accident!!”. Anda akan faham dengan jelas tanpa tertanya lagi maksudnya. Maka Abu itu Mubtada’ dan accident itu khabar. Kalimah ‘accident’ di sini sebagai khabar adalah rukun penting kerana ia menyempurnakan makna ‘Abu’ yang akan tergantung makna tanpanya.
HURAIAN
Waqaf pada mubtada’ tanpa menyempurnakan khabarnya dianggap sebagai waqaf Qabih(buruk). Pun begitu, ia tidak dihukum haram atau makruh atau dosa kecuali dalam keadaan tertentu contohnya pembaca berniat untuk menyelewengkan (تحريف) makna. Maka hukumnya menjadi haram ketika itu . Inilah apa yang disebut Imam Ibnu Al Jazari di dalam An Nasyrnya.
Syeikh Abdul Fattah Al Marsofi mendatangkan contohnya seperti waqaf pada الحَمْدُ (mubtada’) dan tidak pada للهِ (khabarnya).
Ketika seorang pembaca berhenti الحَمْد yang membawa maksud ‘segala puji’, makna tidak dapat difahami dengan jelas. Pendengar akan ternanti-nanti perkataan seterusnya(khabar) yang menyempurnakan maknanya.
Tetapi jika pembaca menyempurnakan mubtada’ dan khabarnya dan memberhentikan bacaan pada الحمد لله , maka tiada lagi keraguan dan pertanyaan kerana telah jelas makana ‘segala puji bagi Allah’.
Cuba perhatikan pula ayat 2 Surah Muhammad di bawah. Ini jenis Mubtada’ jumlah dan khabar jumlah :
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَآمَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَهُوَ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ ۙ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ.
Dan orang-orang mukmin dan beramal soleh serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah yang haq dari Tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.
Saya gunakan terjemahannya supaya anda faham.
Jika pembaca membaca :
“ Dan orang-orang mukmin dan beramal soleh serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah kebenaran dari Tuhan mereka…”.
Tiba-tiba dia memberhentikan bacaannya.
Anda pasti akan tertanya : “ Mana sambungannya? Apa yang terjadi pada orang beriman yang beramal soleh dan beriman pada Al Quran itu?”.
Tetapi jika dia membaca dan menyempurnakan khabarnya iaitu :
كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ
Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.
Sudah pasti, tiada lagi pertanyaan dan waham.
Rujukan :
1- An Nasyr fi Qiraat Al Asyr
2- Hidayatul Qari ila Tajwid kalam Al Bari
3- Maqalah ‘Mahzhuraat al waqf fi Al Arabiah
Hanif Azmir Hassim. 24 Mac 2021. Nibong Tebal. Mohon teguran anda jika ada kesalahan. Saya sangat gembira dengan sebarang teguran.