Ahad, 7 Mac 2021

(Bacaan Sujud سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ ) Baca Quran M.s...


SIRI 121  Tema_Kelapan: Bacaan Wajib dan Sunat di dalam Solat serta Doa dan Zikir

______________________________________

BACAAN WAJIB DALAM SOLAT ADA 4:

1) Takbiratul Ihram

2) Al-Fatihah

3) Tahiyyat

4) Salam

 

Empat bacaan ini adalah RUKUN QAULI di dalam solat.

 

Empat rukun qauli ini wajib dibaca tanpa ada kesalahan besar sehingga boleh membatalkan solat.

 

Empat rukun qauli ini WAJIB dibaca sehingga dengar oleh telinga sendiri dalam keadaan suasana yang tidak bising dan pedengaran kita yang sihat. Jika kumit-kumit bibir seperti orang berbisik, maka solat tidak sah.

 

BACAAN WAJIB DALAM SOLAT:

1) lafaz TAKBIRATUL IHRAM (الله أكبر)

2) Bacaan Surah AL-FATIHAH

3) Bacaan TAHIYYAT

4) Bacaan salam

 

BACAAN SUNAT AB'AD (Sunat yang dituntut)

1) Bacaan Qunut

2) Bacaan tahiyyat Awal

 

BACAAN SUNAT HAI'AH

1) Doa Iftitah

2) Istiazah

3) Bacaan Zikir ketika rukuk

4) Bacaan semasa Bangun Dari Rukuk

5) Bacaan semasa Iktidal

Pertama, RABBANAA LAKAL HAMD’  رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ     (Ya Rabb kami, milik-Mu lah segala pujian)

Kedua, RABBANAA WA LAKAL HAMD’ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ    (Ya Rabb kami, Dan milik-Mu lah segala pujian)

 

6) Bacaan semasa Sujud

سُبْحَانَ رَبِّىَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Artinya: Mahasuci Tuhanku yang Mahatinggi Bacaan ini dibaca 3 kali.

 


Ahad, 28 Februari 2021

Bacaan GHORIB Surah Yasin (سورة يٰسٓ) Belajar Cara Membaca AlQuran M s 1...


SIRI 120 #Tema_Ketujuh: Penjelasan Bacaan Ghorib di dalam al-Quran   

Surah Yasin (سورة يٰسٓ) M.s 440 Juz 22 Ayat 1 & 2

Riwayat Imam Hafs An Asim Toriq Imam Syatibi,

 Ketika Ayat Pertama Sambung Ayat Kedua Hendaklah Dibaca Dengan  IZHAR

iaitu jelaskan Huruf ن Tanpa Dengung.

( Izhar Mutlaq (إظهار مطلق) Berlaku Dalam 2 Kalimah )

 

  


 


Pembaca Selalu Lakukan Kesalahan di sini

dengan cara mereka membaca

Idgham Serta Dengung pada ayat ini. Cara ini salah.

 


Jumaat, 12 Februari 2021

SATU AYAT DENGAN TAJWID LEBIH BAIK

 SATU AYAT DENGAN TAJWID LEBIH BAIK

Guru-guru! jangan terlalu mudah mengizinkan murid membaca terlalu banyak . BIAR SEDIKIT TETAPI TELITI. Jangan gembira dengan murid yang mengkhatamkan Al Quran tetapi lemah, tetapi bergembiralah andai muridmu baru membaca sejuzu’ tetapi mahir dan menguasai. Adatnya, murid atau ibubapa mereka akan menekan guru mempercepatkan khatam, maka guru perlu ada prinsip. TAK MAHIR TAK UBAH. Kecuali kes tertentu.
🔶 CARA AHLI QURAN DAHULU :
Yunus bin Abi Arja’ berkata : “Adalah Abu Musa Al Asy’ari (W44H) mengajarkan kami Al Quran lima ayat lima ayat”.
Kata Abu Bakar bin ‘Ayyash (W193H) : “Ketika aku berumur 21 tahun, aku mendatangi ‘Ashim lalu aku mengambil bacaan darinya lima ayat lima ayat.Dan ‘Ashim memberitahuku, katanya: “aku mengambil bacaan dari Zirr bin Hubaisy tiga ayat tiga ayat”. Dan Zirr pula berkata : “ aku mengambil bacaan dari Abdullah bin Mas’ud satu ayat satu ayat. Apabila aku selesai membaca, Abdullah bin Mas’ud akan berkata :
خُذْهَا إِلَيْكَ وَهِىَ خَيْرٌ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ وَلَهِىَ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا.
Peganglah ia(satu ayat yang diajar), ia lebih baik dan bernilai dari apa yang terbit atasnya matahari dan ia lebih baik dari dunia dan apa yang ada di dalamnya".
Rujukan : Jamal Al Qurra’ oleh Imam As Sakhawi.



AD DHOM ( الضَّمُ) DAN AL IRJA’ (الإِرْجَاع).

Ada yang tanya, Qaf perlu muncung mulut atau tidak. Jawabnya tidak. Begitu jugalah pada Shod. Ramai yang muncungkan mulut tetapi hakikatnya tidak perlu bahkan dianggap Lahn(kesalahan).

 AD DHOM ( الضَّمُ) DAN AL IRJA’ (الإِرْجَاع).

Cuba anda baca أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ. Soalannya, berapa kali anda muncungkan bibir dan berapa kali anda rapatkan bibir ketika membaca ayat ini. Inilah masalah Ad dhom wal Irja’.
🔶 AD- DHOMM
Ad Dhom ( الضَّمُ) di sini maksudnya bibir dimuncungkan . Perlu jelas bahawa bibir hanya dimuncungkan dalam beberapa keadaan :
1- Bertemu huruf berbaris dhommah(depan) . Cuba sebut fu, su, mu, nu dan lu. Anda akan mendapati bahawa bibir dibawa ke depan. Setiap huruf berbaris dhommah tidak akan sempurna melainkan dengan memuncungkan bibir seperti yang disebut Allamah At Thibi di dalam matannya.
وَكُـلُّ مَضْمُـومٍ فَلَـنْ يَتِـمَّا * إِلَّا بِـضَـمِّ الشَّفَتَـيْنِ ضَـمَّـا
2- Bertemu huruf Waw (و) samada ia berbaris atas, bawah atau depan. Bahkan ketika waw itu sukun sebagai Lin contohnya ( أَوْ ). Cuba baca: (وَوَالِدٍ وَمَا وَلَدَ ). Anda akan mendapati bibir dimuncungkan beberapa kali.
3- Apabila Ra’ dibaca tebal dalam keadaan tertentu contohnya (مَرْقَدِنَا).Tetapi di sini ada khilaf. Pendapat yang kuat ialah tiada pemuncungan mulut untuk menebalkan Ra'. Yang perlu hanyalah mengangkat Aqsa Al lisan (bahagian lidah paling dalam) ke atas.
4- Kalimah ‘ لَا تَأْمَ۫نَّا ‘ di dalam Surah Yusuf ayat 11. Cuma ia ada kaedah tersendiri dipanggil Isymam yang dipelajari melalui talaqqi.
🔶 AL IRJA’ / AL BAST
Ingat Al Irja’/Al Bast (الإِرْجَاعُ/البَسْطُ). Mengembalikan bibir kepada keadaan merapat.
🔷 PRAKTIKAL :
كُنتُمْ
1- Pada Kalimah ‘KUNTUM’ , bibir dimuncungkan dua kali dan dirapatkan 2 kali. Dimuncungkan ketika menyebut kaf yang berbaris depan (ku) kemudian dirapatkan kembali ketika menyebut nun mati. Kemudian dimuncungkan kembali untuk menyebut ta’ berbaris depan (tu) dan diirja’kan/dirapatkan kembali untuk membunyikan mim mati.
مُحْسِنِينَ
2- Pada Kalimah ‘MUHSININ’ , hanya akan berlaku sekali Dhomm dan sekali Irja’. Bibir dimuncungkan ketika menuturkan mim berbaris depan (mu) kemudian dirapatkan kembali ketika menyebut ha’ mati.
لَمَرْدُودُونَ
3- Pada Kalimah ‘LAMARDUDUN’ , Bibir dikekalkan tanpa muncung sehingga menyebut dua patah kata ‘du du’ . Ketika itu baru dimuncungkan bibir. Tidak perlu merapatkan bibir sesudah menyebut 'du' yang pertama. Ini kerana selepasnya adalah waw MAD yang mati. Kaedah yang sama dipraktikkan pada kalimah ‘ أَعُوذُ‘. Dan saya menyebutkan apa yang disebut oleh Syeikh Dr Syeikh Muhammad Al Ahdal dan Syeikh Abdul Qadir Usman.
تَسُرُّ النَّاظِرِينَ
4- Pada kalimah TASURRUN NAZHIRIN, Bibir akan dimuncungkan dua kali dan dirapatkan 2 kali. Bermula muncung ketika menyebut Sin berbaris depan (su) kemudian dirapatkan kembali ketika menyebut Ra’ mati. Ra’ mati itulah tersembunyi di balik tasydid. Kemudian dimuncungkan kembali untuk menyebut Ra’ berbaris depan (ru) dan diirja’kan/dirapatkan kembali untuk membunyikan nun mati.
KESIMPULAN : Tidak semua perkara mampu diterangkan dengan tulisan. Rujuklah para guru tajwid yang ada untuk penjelasan. Saya hanya membuka tajuk perbincangan. Mohon maaf atas sebarang kekurangan.