Jumaat, 9 April 2021

1111x Ijazah Selawat Jibril صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Tuan Guru Hj M...



Selawat jibril ini termasuk Selawat Nabi yang terpendek, dimana pengamalannya akan mendapatkan rezeki tak terduga dari segala arah, Ini sering kali diijazahkan oleh para sesepuh dan para kyai pada umumnya. Sholawat ini banyak diamalkan oleh para waliyullah, para ulama atau para kiyai karena selain keistimewaannya sebagai penarik rezeki juga karena bacaannya yang pendek dan singkat. #IjazahSelawatJibril

Rabu, 7 April 2021

Belajar Cara Cepat Membaca AlQuran M s 129 Al An’aam Ayat 9 18


SIRI 129 #Tema_Kelapan: Bacaan Wajib dan Sunat di dalam Solat serta Doa dan Zikir BACAAN WAJIB DALAM SOLAT ADA 5: 1) Takbiratul Ihram 2) Al-Fatihah 3) Tahiyyat 4) Selawat kepada Rasulullah 5) Salam Empat bacaan ini adalah RUKUN QAULI di dalam solat. Empat rukun qauli ini wajib dibaca tanpa ada kesalahan besar sehingga boleh membatalkan solat. Empat rukun qauli ini WAJIB dibaca sehingga dengar oleh telinga sendiri dalam keadaan suasana yang tidak bising dan pedengaran kita yang sihat. Jika kumit-kumit bibir seperti orang berbisik, maka solat tidak sah. BACAAN WAJIB DALAM SOLAT: 1) lafaz TAKBIRATUL IHRAM (الله أكبر) 2) Bacaan Surah AL-FATIHAH 3) Bacaan TAHIYYAT 4) Bacaan SELAWAT kepada Rasulullah 5) Bacaan SALAM BACAAN SUNAT AB'AD (Sunat yang dituntut) 1) Bacaan Qunut 2) Bacaan tahiyyat Awal BACAAN SUNAT HAI'AH 1) Doa Iftitah 2) Istiazah 3) Zikir ketika rukuk 4) Bacaan semasa bangun dari rukuk 5) Bacaan semasa I'tidal 6) Bacaan semasa Sujud 7) Bacaan semasa duduk antara dua sujud 8) #BacaanSemasaDudukAntaraDuaSujud


Selasa, 6 April 2021

Kenapa semua kalimah yang diakhiri Ta' Marbuthah diwaqafkan dengan Ha'?

 Suatu hari, seorang pelajar bertanya soalan ini. Kenapa semua kalimah yang diakhiri Ta' Marbuthah diwaqafkan dengan Ha'? Jawabnya : "nanti saya cari". Alhamdulillah ditemui jawapannya.



Ahad, 4 April 2021

HIJAIYYAH DAN ABJADIYYAH

 HIJAIYYAH DAN ABJADIYYAH

🔶 HURUF HIJAIYYAH adalah merujuk kepada Huruf yang disebut (الحُرُوفُ المَنْطُوقَۃُ). Maksudnya apabila kita membaca dan mengeluarkan suara.Jumlahnya 29.
🔶 Adapun HURUF ABJADIYYAH pula merujuk kepada huruf yang ditulis (الحُرُوفُ المَكْتُوبَۃُ).Maksudnya di dalam penulisan. Jumlahnya 28.
Kenapa berbeza jumlahnya? kerana huruf hamzah(ء) tiada dalam penulisan sehinggalah datang Imam Khalil Al Farahidi guru kepada Imam Sibawaih. Beliaulah yang mencipta bentuk hamzah(ء) untuk penulisan dengan mengambil bentuk kepala ain(ع). Ini kerana makhraj Ain dekat dengan makhraj Hamzah.
🔷 Generasi awal(kurun pertama hingga awal kurun kedua) yang menghafaz Al Quran membunyikan hamzah seperti kita, tetapi di dalam penulisan, hamzah masih belum dibentuk. Ia ditulis dalam bentuk huruf lain.
▪Pada awal kalimah, hamzah ditulis dalam bentuk alif.
▪ Pada tengah dan hujung kalimah, ia ditulis dalam alif atau waw atau ya dan kadang kalanya tidak ditulis sama sekali.



Apa maksud ibtida' haqiqi dengan ibitida' idhafi ?

 

Slm ustaz. Sy tak faham carta ni.

Apa maksud ibtida' haqiqi dengan ibitida' idhafi ye. Bole ustaz jelaskan



1- الابتداء الحقيقي

هو الابتداء بآية مستقلة بالمعنى عمّا سبقها من الآيات ولا يكون إلاّ في افتتاح التلاوة. فعلى القارىء أن يفتتح تلاوته بآية ليست متعلقة بالمعنى أو بالإعراب بما قبلها.

2 - الابتداء الإضافي

هو الابتداء بآية قرآنية لها علاقة بالمعنى عمّا سبقها من الآيات ولا يصح البدء به ابتداءً أو في أول التلاوة وله نوعان: الابتداء الجائز والابتداء غير الجائز

 

 

1- Permulaan Sebenar

Ini adalah permulaan ayat yang bebas dalam arti dari apa yang mendahului dari ayat-ayat, dan hanya pada awal bacaan. Pembaca harus membuka bacaannya dengan ayat yang tidak berkaitan dengan makna atau ungkapan dari apa yang datang sebelumnya.

2 - Permulaan tambahan

Ini adalah permulaan dengan ayat Al-Quran yang mempunyai hubungan dengan makna dari apa yang mendahului dari ayat-ayat itu, dan tidak betul untuk memulai dengannya pada awal atau pada awal bacaan. Ia mempunyai dua jenis: permulaan yang dibenarkan dan permulaan yang tidak dibenarkan

 

Mudah fahamnya : Ibtida' Hakiki adalah permulaan yang yang mustaqillah iaitu yang sudah tiada kaitan makna dengan ayat yang sebelumnya. Contohnya awal surah. Adapun ibtida' idhofi(sandaran) pula ialah permulaan yang masih ada kaitan makna dengan ayat sebelumnya. Contohnya awal Juz 5 (والمحصنات). Ayat itu maknanya terkait dengan ayat sebelumnya yang berkait dengan golongan yang diharamkan nikah.

 

Wallahu a'lam.

Ditanyakan Tentang Waqaf Pada Kalimah وَانتَظِرْ Ayat 30 Surah 032 As Sajdah M.s 417 Juz 21

 

Ditanyakan Tentang Waqaf Pada Kalimah وَانتَظِرْ Ayat 30 Surah 032 As Sajdah M.s 417 Juz 21 ini :

فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَانْتَظِرْ إِنَّهُمْ مُنْتَظِرُونَ
Maka berpalinglah kamu dari mereka dan tunggulah, sesungguhnya mereka (juga) menunggu.

Kata penanya, ada Ustaz mengatakan perlu waqaf pada kalimah '
وَانتَظِرْ ' itu.


Saya cuba cari dan jawapan saya sekadar ini(di bawah) dengan sedikit tambahan hadis. Jika ada tambahan dari sahabat-sahabat, saya sangat alukan.

🔶 JAWAPAN
Waalaikumussalam Tuan. Di dalam Manar Al Huda karangan Imam Al Asymuni, disebutkan bahawa berhenti pada kata ' فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ ' atau ' وَانتَظِرْ ' ialah waqaf Jaiz(harus). Tetapi jika berhenti pada ' إِنَّهُم مُّنتَظِرُونَ ' itu waqaf tam(sempurna). Saya juga ada lihat nukilan di dalam 'Ilal Al wuquf, dan Al Muktafa tetapi tetapi tiada perbahasan.
Jadi yang lebih baik, ialah waqaf di hujung ayat. Itu cara Rasulullah. Ia dipanggil Waqaf Sunnah oleh sebahagian ulama’.

Di dalam Hadis Sahih riwayat Abu Daud, Ummu Salamah menceritakan : "Adalah rasulullah memotong-motong bacaannya. Baginda membaca الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ kemudian waqaf. Membaca الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , kemudian waqaf".
Ini dalil sunnahnya waqaf pada hujung ayat. Kata Mullla Ali Qari di dalam Mirqat al Mafatih:

(يُقَطِّعُ قِرَاءَتَهُ) ، أَيْ: يَقْرَأُ بِالْوَقْفِ عَلَى رُؤُوسِ الْآيَاتِ
maksud ‘memotong motong bacaan’ ialah berhenti pada hujung setiap ayat.

🔸Justeru, pada pandangan saya , adalah lebih baik pada kalimah مُنْتَظِرُونَ dari waqaf pada فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ ' atau ' وَانتَظِرْ. Wallahu a'lam.





Sabtu, 3 April 2021

Hafs membaca kalimah (عليه) pada ayat 10 Surah Al Fath dengan baris dhommah pada huruf Ha’

 Kenapa Hafs membaca kalimah (عليه) pada ayat 10 Surah Al Fath dengan baris dhommah pada huruf Ha’nya?


Jawapan :

Syeikh At Thusi pengarang Tafsir At Tibyan menyebut :

وَ مَنْ ضَمَّ الْهَاءَ فِي « عَلَيْه » وَ هُوَ حَفْصٌ فَلِأَنَّهَا الأَصْلُ ، وَ مَنْ كَسَرَهَا فَلِلْمُجَاوَرَةِ لِلْيَاءِ

Siapa yang mendhommahkan ( عَلَيْه ) iaitu Hafs ia adalah kerana dhommah itu asal. Dan siapa yang membaca dengan Kasrah, maka ia kerana hampirnya ha’ dengan ya’.

HURAIAN :

1-Jumhur membaca dengan kasrah kerana dekatnya Ha’ itu dengan Ya mati sebelumnya. Begitu juga kerana Tajanus(sejenisnya) kasrah dengan Ya. Maka selalu kita menyebut : إِلَيْهِ dan فِيهِ .Ini adalah kerana beratnya perpindahan dari baris kasrah kepada dhommah.

2- Hafs membaca dengan Dhommah kerana beberapa sebab :

• Ia adalah Bahasa Hijaz. Ini disebut oleh Dr Fadhil Salih As Samirraie. Contohnya Ahli Hijaz biasa bercakap ( بِهُ ) dan (لَدَيْهُ) .

• Al Alusi di dalam Ruh Al Maani menjelaskan bahawa pembacaan dhommah ini kerana :

1- Dikatakan wajah Dhommah ialah kerana Ha’ itu ialah Ha’ kata Huwa (هُوَ) dan ia dibaca dhommahkan. Lalu disertakannya(dhommah) seperti pada kalimah ( لَهُ ) dan (ضَرَبَهُ ).

2- Membesarkan urusan Baiah Ar Ridhwan. Betapa besarnya kesungguhan sahabat memegang janji lalu membaiah Nabi tanpa mengkhianatinya. Pendapat ini perlu penjelasannya seperti di bawah :

Telah sepakat ahli bahasa dahulu dan kini bahawa harakat yang paling sukar dan berat ialah dhommah. Diikuti kasrah dan kemudiannya fathah. Pembacaan dengan dhommah yang merupakan harakat paling berat di sini sebenarnya adalah simbolik yang menunjukkan besarnya kesanggupan dan pengorbanan sahabat memenuhi isi Bai’at Ar Ridhwan di bumi Hudaibiyyah.




Hanif Azmir Hassim. 4 April 2021. Nibong Tebal.