Khamis, 11 Februari 2021

CONTOH IDGHAM NAQISH ( ﺇﺩﻏﺎﻡ نَاقِص ) KALIMAH بسطت.

 CONTOH IDGHAM NAQISH KALIMAH بسطت.

Kalimah بسطت di bawah dibaca dengan cara "masuk dengan 'ط' keluar dengan 'ت'". Ia dipanggil Idgham Naqish (ناقص). Idgham Naqish maksudnya Idham yang kurang atau tidak sempurna. Secara ringkas, Tho' tidak hilang keseluruhannya. Maksudnya lebih khusus di sini :

(ذهاب ذات حرف الطاء وبقاء صفۃ الاطباق)

Hilangnya zat huruf Tho dan kekal sifat Ithbaqnya.

MAKSUD: Huruf tho' telah hilang dari sebutan. Buktinya, tiada lagi qalqalah padanya. Tetapi sifat Ithbaq Tho' masih ada. Buktinya bunyi tebal Tho' masih kedengaran . Jika dibaca بستت itu salah, kerana telah hilang kedua duanya sekali iaitu zat dan sifat Tho' ketika itu. Ketika itu, akan bertukarlah ia menjadi Idgham Kamil seperti وقل ربی dan من لدنه.

SEBAB: Sebab dibaca dengan Idgham Naqish di sini kerana Kaedah:

الحرف القوی لا يدخل كاملا فی حرف الضعيف.

huruf yang kuat tidak boleh masuk(diidghamkan) secara sempurna ke dalam huruf yang lemah.

Jadi Tho' yang sifatnya kuat bahkan ialah huruf paling kuat dari semua huruf tidak boleh diidghamkan dengan sempurna ke dalam Ta' yang bersifat lemah.

 

CONTOH LAIN IDGHAM NAQISH :

احطت - من ولی - شمسا ولا - من يعمل

Wallahu A 'lam.

 


CONTOH BACAAN Tho’ (ط) diidghamkan pada ta’ (ت) secara Idgham Naqis. نَاقِص ﺇﺩﻏﺎﻡ

                         Contoh  Idgham Naqis. نَاقِص ﺇﺩﻏﺎﻡ : https://youtu.be/nc636lvIPKA?t=1598



Rabu, 10 Februari 2021

Ta berbentuk Ha' ini dipanggil Ta' Marbuthah ketika wasal

 رحمۃ  -  شجرۃ  -  نعمۃ

Ta berbentuk Ha' ini dipanggil Ta' Marbuthah ketika wasal dan dipanggil Ha'  ta'nits ketika waqaf. -Al Qaulu As Sadid-







Isnin, 8 Februari 2021

Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf (مد لازم كلمي مخفف)

                   Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf

 (مد لازم كلمي مخفف)

Mad yang berlaku apabila huruf Mad bertemu dengan sukun asli dalam satu perkataan TANPA GHUNNAH.
Dapat dikenali dengan adanya tanda panjang (
 ) di atas huruf Mad diikuti tanda sukun(      )di atas huruf berikutnya.

Kadar bacaan: 

6 harakat TANPA GHUNNAH

Berlaku pada satu kalimah sahaja yang terdapat pada dua ayat (51 dan 91) di dalam Surah Yunus.

Surah Yunus ayat 51 muka surat 214.

 

Surah Yunus ayat 91 muka surat 219.


CARA KAMPUNG BAGI MUDAH FAHAM

MAD - Panjang 6 harakat

LAZIM - Mesti / Telah sepakat semua ulama' Qurra' baca panjang 6 harakat

KALIMI - Berlaku dalam perkataan/kalimah

MUKHAFFAF - Ringan. Dalam penulisan ada tanda SUKUN di atas huruf selepas huruf mad.



Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf (مد لازم كلمي مخفف) Belajar AlQuran M.s 116 A...

Sabtu, 6 Februari 2021

DUA QALQALAH YANG SUKAR.

 DUA QALQALAH YANG SUKAR.


Nama lain bagi Qalqalah adalah Laqlaqah (لَقْلَقَةٌ). 

Qalqalah adalah seperti apa yang disebutkan oleh Syeikh Zakaria Al Ansori : 


سَمِّيَتْ حُرُوفُهَا بِذَلِكَ؛ لِأَنَّها حِينَ سُكُونِهَا تَتَقَلْقَلُ وَتَتَلَقْلَقُ عِنْدَ خُرُوجِهَا، حَتَّى يُسْمَعَ لَهَا نَبْرَةٌ قَوِيَّةٌ، لمِاَ فِيهَا مِن شِدَّةِ الصَوْتِ الصَّاعِدِ بِهَا مَعَ الضَّغْطِ، دَونَ غَيْرِهَا مِنَ الحُرُوفِ.


“Dinamakan huruf-huruf itu begitu(qalqalah) kerana ketika huruf -huruf itu mati,  melantun/bergegar ia ketika keluarnya sehingga didengar baginya bunyi suara yang kuat kerana padanya ada kekuatan suara yang yang naik bersamanya beserta tekanan tidak seperti pada huruf yang lain darinya”.

Mudahnya: Qalqalah adalah penahanan suara yang akhirnya terpecah demi menzahirkan sifat Jahar.(الشدة المنفجرة بالجهر). Jika tidak diqalqalahkan, hilanglah sifat Jahar pada huruf-huruf qalqalah. Jadi, dua sifat yang sangat berkait dengan Qalqalah ialah Syiddah dan Jahar. 


CONTOH :  Qalqalah ini macam empangan.  Bila airnya terlalu banyak dan empangan dijangkakan akan pecah, airnya terpaksa dilepaskan keluar. Ada di sana air lumpur dan ada air jernih.  Empangan itu ‘syiddah’. Air lumpur yang keluar itu bayangan sifat ‘Jahar’ yang ada pada lima huruf qalqalah. Air jernih yang keluar itu pula bayangan sifat ‘Hamas’ pada huruf Kaf dan Ta’.


Qalqalah yang paling sukar. 


Kadang kadang, mendatangkan qalqalah pada pada sebahagian kalimat lebih sukar dari selainnya. Al Marhumah, Dr. Suad Abdul Hamid di dalam Kitabnya Taisir Ar Rahman menyebutkan dua keadaan paling sukar untuk mempraktikkan qalqalah :


1-  Apabila berhimpun padanya dua sukun (إجتماع الساكنين) ketika waqaf contohnya : 

                            فِسْقٌ       القَدْرِ     عَهْدٌ


2- Apabila berhimpun dua huruf qalqalah di dalam satu kalimah ketika waqaf Contohnya : 

                                     بِالْعَبْدِ         وَلَا رَطْبٍ 

Katanya  : 

                          فَيُقَلْقَلُ كُلُّ حَرْفٍ مِنْهُمَا عَلَى حِدَّةٍ


Oleh itu, setiap huruf dari keduanya diqalqalahkan secara berasingan.


Maksudnya: perlu ada dua kali lantunan kerana ada dua huruf qalqalah. Selamat mencuba. 



ULANG KAJI Hukum Nun mati (نْ) Belajar Cara Cepat Membaca AlQuran M.s 11...

DOWNLOAD MUSHAF AL QURAN TAJWID 30JUZ

klik link download : Mushaf Al Quran Tajwid 30 juz

https://drive.google.com/file/d/19cIRO8ZsacAoNK2RD6PNgbq7zooEDvMq/view?usp=sharing