Ahad, 1 November 2020

Hukum Ra' 026 Surah Syuara' - Ayat 63 – فرق Belajar AlQuran M.s 95 An-...


SIRI 95 Tema_Keenam: Hukum Huruf Ra' (ر), Hamzah Wasal (همزة وصل), Hukum Huruf Lam (ل) dan Hukum Alif Lam (ال)

______________________________________

FOKUS KEPADA:

HUKUM HURUF RA' (ر) YANG BOLEH TEBAL DAN BOLEH NIPIS

 

Ada 6 KALIMAH DIKECUALIKAN DARI KAEDAH ASAL yang ada di dalam al-Quran

 

6 Kalimah ini boleh dibaca Huruf (ر)nya dalam keadaan TEBAL atau NIPIS ketika WAQAF sahaja.

 

6 KALIMAH DIHARUSKAN NIPIS ATAU TEBAL

 

1) Surah Yusuf | Ayat 99 | مِصْرَ

• Boleh baca Ra' TEBAL atau NIPIS ketika WAQAF

• Sebaiknya baca Ra' TEBAL kerana Huruf Ra' berbaris FATHAH

 

2) Surah Saba' | Ayat 12 | القطر

• Boleh baca Ra' TEBAL atau NIPIS ketika WAQAF

• Sebaiknya baca Ra' NIPIS kerana Huruf Ra' berbaris KASRAH

 

3) Surah Al-Fajr | Ayat 4 | يسر

• Boleh baca Ra' TEBAL atau NIPIS ketika WAQAF

• Sebaiknya baca Ra' NIPIS kerana apa asalnya selepas Huruf Ra ada huruf Ya yang dihazafkan (Dibuang)

 

4) 015 Surah al-Hijr - 65 - أسر | 020 Surah Toha - 77 - فأسر

• Boleh baca Ra' TEBAL atau NIPIS ketika WAQAF

• Sebaiknya baca Ra' NIPIS kerana apa asalnya selepas Huruf Ra ada huruf Ya yang dihazafkan (Dibuang)

 

5) 054 Surah al-Qomar - Ayat 16,18,30,31,37,39 – نذر  M.s:528 Juz: 27

• Boleh baca Ra' TEBAL atau NIPIS ketika WAQAF

• Sebaiknya baca Ra' NIPIS kerana apa asalnya selepas Huruf Ra ada huruf Ya yang dihazafkan (Dibuang)

 

6) 026 Surah Syuara' - Ayat 63 – فرق  M.s:370 Juz: 19

• Boleh baca Ra' TEBAL atau NIPIS ketika WAQAF

• Baca Ra' NIPIS lebih baik

 


Jumaat, 23 Oktober 2020

SIFAT ITBAQ (إطباق) Belajar Membaca AlQuran M.s 94 An-Nissa Juz 5 Ayat 9...


SIRI 94 Tema_Kelima:    Sifat Huruf hijaiyyah

______________________________________

SIFAT HURUF bermaksud menjelaskan CIRI-CIRI SUARA sesuatu huruf.

 

Sifat huruf ada 20 sifat:

• Sifat berlawanan - 11 Sifat

• Sifat Tanpa berlawanan - 9 Sifat

 

9 SIFAT TANPA BERLAWANAN (Yang telah kita belajar):

1) Sofir (صفير): ص - ز - س

2) Takrir (تكرير): ر

3) Ghunnah (غنه): م sukun - ن sukun

4) Tafassyi (تفشي): ش

5) Lin (لين): و sukun - ي sukun (Sebelum dua huruf ini ada huruf baris fathah)

6) Istitolah (استطاله): ض

7) Qolqalah (قلقلة): ب - ج - د - ق - ط

8) Inhiraf (الإنحراف): ل - ر

9) Khafa' (خفاء) - Huruf Mad (ا - و - ى) & ه

 

11 SIFAT ADA LAWANAN (Yang telah kita belajar):

ISTI'LA' = ISTIFAL

1) Isti'la' (إستعلاء): ص - ض - ط - ظ - ق - غ - خ

2) Istifal (إستفال): ا - ب - ت - ث - ج - ح - د - ذ - ر - ز - س - ش - ع - ف - ك - ل - م - ن - و - ي

 

SIFAT ISTIFAL (إستفال )

Sifat Istifal ada sifat lawannya iaitu Isti'la'.

Sifat Istifal bermaksud Rendah dan Nipis

Sifat Istifal yang tepat dari sudut istilah ialah Rendah Bahagian Panggal Lidah dari Langit-Langit.

Mudah faham biasanya orang kata istifal adalah huruf yang bersifat nipis.

Huruf Istifal' ada 21 iaitu:

ا - ب - ت - ث - ج - ح - د - ذ - ر - ز - س - ش - ع - ف - ك - ل - م - ن - و - ه - ي

 

 

ITBAQ = INFITAH

1) Itbaq (إطباق): ص - ض - ط - ظ

3) ?

.

______________________________________

FOKUS KEPADA:

SIFAT ITBAQ (إطباق)

Sifat Itbaq ada sifat lawannya iaitu Infitah

Sifat Itba' bermaksud mehimpitkan tepi lidah ke langit-langit semasa menyebut huruf-hurufnya

Mudah faham huruf Itbaq pasti hurufnya di kalangan huruf Isti'la'.

Huruf Itba' ada 4 iaitu ص - ض - ط - ظ

 

 

 

 

 

SIFAT ITBAQ (إطباق)

Sifat Itbaq ada sifat lawannya iaitu Infitah

Sifat Itbaq bermaksud Menghimpitkan tepi lidah ke langit-langit semasa menyebut huruf-hurufnya

Mudah faham huruf Itbaq pasti hurufnya di kalangan huruf Isti'la'.

Huruf Itba' ada 4 iaitu ص - ض - ط - ظ

 


Selasa, 20 Oktober 2020

Makhraj (مخرخ) Huruf ت - د - ط Belajar AlQuran M.s 93 An-Nissa Juz 5 ...


SIRI 93 Tema_Keempat: Makhraj Huruf Hijaiyyah dan Pembahagian Hukum Idgham ______________________________________ Makhraj (مخرخ) huruf bermaksud tempat keluar SUARA huruf al-Quran. Ulama sepakat Huruf Hijaiyyah ada 29 Huruf. Makhraj akan berlaku apabila dilafaz (Disebut). Tidak berlaku dalam penulisan. Imam al-Jazari dan Imam Khalil bin Ahmad mengatakan: • Anggota Makhraj Utama- 5 • Makhraj Khas - 17 Anggota Makhraj Utama ada 5: 1) Syafataan (Dua bibir) ~ 2 Makhraj Khas ~ 4 Huruf 2) Lisan (Lidah) ~ 10 Makhraj Khas ~ 18 Huruf 3) Halq (Kerongkong) ~ 3 Makhraj Khas ~ 6 Huruf 4) Jauf ( Rongga) ~ 1 Makhraj Khas ~ 3 Huruf Mad 5) Khaisyum (Pangkal Hidung) ~ 1 Makhraj Khas ~ 2 Huruf #مخرخ #BelajarAlQuranPercuma #BelajarCaraCepatMembacaAlQuran FOKUS KEPADA ANGGOTA: Makhraj Lisan (لسان) - iaitu lidah ~ 10 Makhraj Khas @ 10 sudut @ 10 Kawasan ~ 18 Huruf FOKUS KEPADA ANGGOTA LIDAH PADA SUDUT: 1) KAWASAN 1 Pangkal Lidah atau awal lidah. • Hurufnya: ق 2) KAWASAN 2 Pangkal Lidah atau Awal Lidah. Tempatnya kehadapan sedikit dari makhraj Huruf ق • Hurufnya: ك 3) KAWASAN 3 Pertengahan lidah. Lidah diangkat menekan pada lelangit yang keras apabila sebut huruf ini. • Hurufnya: ش - ي - ج 4) KAWASAN 4 Sepanjang tepi lidah yang ditekankan pada gigi geraham atas samada geraham kiri atau kanan. • Hurufnya: ض 5) KAWASAN 5 Belakang hujung lidah menekan ke gusi keras di hadapan sebelah atas dengan melengkung lidah sedikit • Hurufnya: ر 6) KAWASAN 6 Hujung lidah menekan ke gusi keras di hadapan sebelah atas. • Hurufnya: ن 7) KAWASAN 7 Menekan tepi bahagian hadapan lidah ke gusi hadapan sebelah atas samada kiri atau kanan. Biasanya sebelah kiri lebih mudah. • Hurufnya: ل 8) KAWASAN 8 Hujung lidah ditekan ke pangkal belakang gigi kacip bahagian atas. • Hurufnya: ت - د - ط 9) ? . 10) ?

Khamis, 15 Oktober 2020

Mad Farq (مد فرق) Bhg 2 Bacaan Tahsil Belajar AlQuran M.s 92 An-Nissa J...





SIRI 92 #Tema_Ketiga: Hukum-hukum Mad
______________________________________

Secara asas Hukum MAD
ada 13 Pembahagian

Secara teperinci Hukum
MAD ada 19 Pembahagian

Maksud Mad ialah
PANJANG

Huruf Mad ada 3 iaitu
(ا - و - ى)
______________________________________
HUKUM MAD YANG TELAH
BELAJAR
1) Mad Asli Mutlaq
2) Mad Asli
Harfi/Thuna'ie
3) Mad Tamkin
4) Mad 'Iwadh
5) Mad Silah
Qosirah/Sughra
6) Mad Ta'zim
7) Mad Wajib Muttasil                                        
8) Mad Jaiz Munfasil
9) Mad Silah
Towilah/Kubra
10) Mad Badal
11) Mad Syibhul Badal
12) Mad 'Aridh Li
Sukun
13) Mad Lin
14) Mad Jaiz Munfasil
Hukmi
15) Mad Farq/Istifham
16) ?
17) ?
18) ?
19) ?
.
______________________________________

 Fokus kepada:
MAD FARQ (مد فرق)
Mad Farq (مد فرق)
juga dikenali sebagai Mad Istifham (مد إستفهام)
Mad Farq bermaksud membezakan. Manakala Mad Istifham
bermaksud Pertanyaan.
Mad Farq ada 3 kalimah sahaja dalam al-Quran. Setiap
kalimah ada dua tempat dalam al-Quran. Jumlah semua ada 6 tempat di dalam
al-Quran.
Kaedah bacaan Mad farq ada dua wajah bagi
Imam Hafs toriq Syathibi:
1) IBDAL (Lebih
utama)
2) TASHIL
 Pengertian
Mad Farq






















Mad Farq adalah Mad Badal bertemu Huruf Bertasydid. Mad badal adalah mad yang
terdapat pada hamzah.






Contoh Mad Farq:


1) 010 Surah Yunus Ayat 59 M.s:215 &
027 Surah Al-Naml Ayat 59 M.s:382
(ءآلله)






 
2) 060 Surah Al-An'am Ayat 143 & 144
M.s:147
(ءآلذكرين)






3) 010 Surah Yunus Ayat 51 M.s:214 &
Ayat 91
M.s:219
(ءآلئن)


 





Cara membaca hamzah pada KE ENAM  ayat di atas ada dua Cara:
Pertama, adalah dengan ibdal yakni
mengganti hamzah kedua menjadi alif sehingga terdapat huruf mad pada hamzah.
Karena setelah mad terdapat tasydid maka disebut mad farqi atau mad lazim kalimi
mutsaqqal.

Kedua, adalah dengan tashil karena
dua hamzah berdekatan. Tashil adalah meringankan hamzah yang kedua sehingga
terdengar antara makhraj hamzah dan Ha’. Untuk lebih jelasnya tentang praktik
tashil pada ayat di atas silakan talaqi dengan guru yang ahli.
Sumber: Muqaddimah Al-Jazariyyah, Tuhfah Al-Athfal, Salsabilusy
Syafi

Jumaat, 9 Oktober 2020

IZHAR SYAFAWI (إظهار شفوى) Belajar AlQuran M.s 91 An-Nissa Juz 5 Ayat 80...



SIRI 91Tema_Kedua: Hukum Nun mati (نْ)
@ Tanwin (ءٌ-ءٍ-ءً), Mim mati (مْ) dan Mim/Nun Syaddah (مّ-نّ)
______________________________________
HUKUM MIM MATI (مْ)

Mim Mati (مْ) bertemu dengan 28 huruf dalam al-Quran
ada 3 hukum:
1) Ikhfa' Syafawi (إخفاء شفوى)
2) Izhar Syafawi (إظهار شفوى)
3) Idgham Syafawi (إدغام شفوى)
Hukum Mim Mati pasti
di belakang setiap hukumnya ada kalimah SYAFAWI
Makhraj MIM berada di
SYAFATAN (Dua bibir). Syafawi bermaksud dua bibir.
______________________________________
FOKUS KEPADA:

IZHAR SYAFAWI (إظهار شفوى)
Izhar Syafawi bermaksud
menzahirkan sebutan Mim
Sakinah dengan tanpa dengung
.
Mim Mati (مْ) bertemu dengan 26 huruf hijaiyyah kecuali
huruf (ب - م)

Cara bacaannya ialah hendaklah menzahirkan suara Mim
Sakinah tanpa dengung apabila ia bertemu dengan 26 huruf hijaiyyah
kecuali huruf (ب - م).

Huruf Izhar syafawi
ada 26 Huruf (Tidak termasuk huruf ب - م)

 Izhar Syafawi (إظهار شفوى)