Khamis, 15 Oktober 2020

Mad Farq (مد فرق) Bhg 2 Bacaan Tahsil Belajar AlQuran M.s 92 An-Nissa J...





SIRI 92 #Tema_Ketiga: Hukum-hukum Mad
______________________________________

Secara asas Hukum MAD
ada 13 Pembahagian

Secara teperinci Hukum
MAD ada 19 Pembahagian

Maksud Mad ialah
PANJANG

Huruf Mad ada 3 iaitu
(ا - و - ى)
______________________________________
HUKUM MAD YANG TELAH
BELAJAR
1) Mad Asli Mutlaq
2) Mad Asli
Harfi/Thuna'ie
3) Mad Tamkin
4) Mad 'Iwadh
5) Mad Silah
Qosirah/Sughra
6) Mad Ta'zim
7) Mad Wajib Muttasil                                        
8) Mad Jaiz Munfasil
9) Mad Silah
Towilah/Kubra
10) Mad Badal
11) Mad Syibhul Badal
12) Mad 'Aridh Li
Sukun
13) Mad Lin
14) Mad Jaiz Munfasil
Hukmi
15) Mad Farq/Istifham
16) ?
17) ?
18) ?
19) ?
.
______________________________________

 Fokus kepada:
MAD FARQ (مد فرق)
Mad Farq (مد فرق)
juga dikenali sebagai Mad Istifham (مد إستفهام)
Mad Farq bermaksud membezakan. Manakala Mad Istifham
bermaksud Pertanyaan.
Mad Farq ada 3 kalimah sahaja dalam al-Quran. Setiap
kalimah ada dua tempat dalam al-Quran. Jumlah semua ada 6 tempat di dalam
al-Quran.
Kaedah bacaan Mad farq ada dua wajah bagi
Imam Hafs toriq Syathibi:
1) IBDAL (Lebih
utama)
2) TASHIL
 Pengertian
Mad Farq






















Mad Farq adalah Mad Badal bertemu Huruf Bertasydid. Mad badal adalah mad yang
terdapat pada hamzah.






Contoh Mad Farq:


1) 010 Surah Yunus Ayat 59 M.s:215 &
027 Surah Al-Naml Ayat 59 M.s:382
(ءآلله)






 
2) 060 Surah Al-An'am Ayat 143 & 144
M.s:147
(ءآلذكرين)






3) 010 Surah Yunus Ayat 51 M.s:214 &
Ayat 91
M.s:219
(ءآلئن)


 





Cara membaca hamzah pada KE ENAM  ayat di atas ada dua Cara:
Pertama, adalah dengan ibdal yakni
mengganti hamzah kedua menjadi alif sehingga terdapat huruf mad pada hamzah.
Karena setelah mad terdapat tasydid maka disebut mad farqi atau mad lazim kalimi
mutsaqqal.

Kedua, adalah dengan tashil karena
dua hamzah berdekatan. Tashil adalah meringankan hamzah yang kedua sehingga
terdengar antara makhraj hamzah dan Ha’. Untuk lebih jelasnya tentang praktik
tashil pada ayat di atas silakan talaqi dengan guru yang ahli.
Sumber: Muqaddimah Al-Jazariyyah, Tuhfah Al-Athfal, Salsabilusy
Syafi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

الحمدلله الله اكبر
TOLONG SHARE KEPADA ORANG LAIN SEMOGA MANFAAT DAN MISI BANTERAS BUTA AL-QURAN INI MENDAPAT SAMBUTAN DARI UMAT ISLAM.. INSYAALLAH.. آمين‎
💖 BANTU KAMI 🙏 🇲🇾 TEKAN BUTANG LIKE 👍 DAN SHARE📢📢
جزاك الله

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.