Sabtu, 29 Mei 2021

π— π—”π—žπ—›π—₯𝗔𝗝 : π—šπ—”π— π—•π—”π—₯ 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔 π—§π—œπ——π—”π—ž π— π—˜π— π—”π——π—”π—œ

 π— π—”π—žπ—›π—₯𝗔𝗝 : π—šπ—”π— π—•π—”π—₯ 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔 π—§π—œπ——π—”π—ž π— π—˜π— π—”π——π—”π—œ

Syeikh Dr Aiman Rusydi Suwaid ketika menyentuh tentang kesalahan yang banyak berlaku pada Ψ§Ω„ΩŠΨ§Ψ‘ Ψ§Ω„Ω…Ψ­Ω‚Ω‚Ψ© (ya bukan mad) menyebutkan salah satunya ialah :
Ψ§Ω„Ω…َΨ¨َΨ§Ω„َΨΊَΨ©ُ فِΩ‰ Ψ§Ω„ΨΆَّΨΊْΨ·ِ ΨΉَΩ„َΩ‰ وَΨ³َΨ·ِ Ψ§Ω„Ω„ِّΨ³َΨ§Ω†ِ
Keterlaluan pada menekankan atas tengah lidah.
Maksudnya ialah keterlaluan pada menekankan tengah lidah pada lelangit atas. Contohnya pada kata ( Ψ₯ِيَّΨ§Ωƒَ ) dan (Ψ£َيْΩ†َΩ…َΨ§).
Secara tidak langsung, kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa, menekankan tengah lidah ke lelangit atas TIDAK SALAH bahkan di situlah makhraj ya bukan mad yang tepat. Yang salahnya ialah ‘KETERLALUAN MENEKAN’.
Masalah timbul, bila kita hanya memahami makhraj melalui gambar. Sebahagian gambar (rujuk gambar 1)menunjukkan bahawa tidak berlaku sentuhan di antara tengah lidah dan lelangit atas ketika menyebutkan ya bukan mad. Kita akan ragu. Huraian guru atau gambar yang betul.
KESIMPULAN :
1- Gambar yang lebih menunjukkan makhraj ya muhaqqaqah yang tepat ialah gambar kedua. Gambar ini saya ambil dari kitab Nab’u Ar Rayyan fi tajwidi kalam Ar Rahman karangan Syeikh Muhammad bin Muhammad Bahur Mathr. Adapun gambar pertama, ia juga betul, tetapi jika tidak difahami melalui huraian, ia boleh menimbulkan keraguan.
2- Jangan terlalu bergantung pada gambar makhraj yang ditemui di dalam kitab atau internet untuk memahami makhraj. Kita perlu dengar sendiri syarah dan huraian ulama’ dan guru.
3- Sebahagian para ulama’ kurang bersetuju dengan penggunaan alat elektronik moden untuk menentukan makhraj seperti Stroboscopy, palatometer dan sebagainya.
TANBIH :
Ya Mad : tiada sentuhan tengah lidah pada lelangit.
Ya bukan mad pula, termasuklah di sini ya lin seperti padaΩ‚ُΨ±َيْΨ΄ٍ : berlaku sentuhan ringan di antara tengah lidah dengan lelangit apatah lagi ketika lin. Perincian pada Mad Lin saya akan huraikan pada kesempatan yang lain InsyaAllah.
Wallahu a’lam. Hanif Azmir bin Hassim Nibong Tebal 29 Mei 2021



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ψ§Ω„Ψ­Ω…Ψ―Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§ΩƒΨ¨Ψ±
TOLONG SHARE KEPADA ORANG LAIN SEMOGA MANFAAT DAN MISI BANTERAS BUTA AL-QURAN INI MENDAPAT SAMBUTAN DARI UMAT ISLAM.. INSYAALLAH.. Ψ’Ω…ΩŠΩ†‎
πŸ’– BANTU KAMI πŸ™ πŸ‡²πŸ‡Ύ TEKAN BUTANG LIKE πŸ‘ DAN SHAREπŸ“’πŸ“’
Ψ¬Ψ²Ψ§Ωƒ Ψ§Ω„Ω„Ω‡

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.