🕋اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ. Kepada Para Pencinta Al-Quran. SEKIRANYA ANDA SEDANG MENCARI ILMU TAJWID INSYAALLAH ADA DI blog INI. SEMOGA BERMANAFAAT ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ اللهم حببني إلى القرآن وحبب القرآن إلي Wahai Allah, jadikanlah aku mencintai Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran mencintaiku.
Jumaat, 9 April 2021
Ceramah Persiapan Ramadhan dan Bacalah Al Quran Di Bulan Ramadhan Tuan G...
1111x Ijazah Selawat Jibril صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Tuan Guru Hj M...
Rabu, 7 April 2021
Belajar Cara Cepat Membaca AlQuran M s 129 Al An’aam Ayat 9 18
Selasa, 6 April 2021
Kenapa semua kalimah yang diakhiri Ta' Marbuthah diwaqafkan dengan Ha'?
Suatu hari, seorang pelajar bertanya soalan ini. Kenapa semua kalimah yang diakhiri Ta' Marbuthah diwaqafkan dengan Ha'? Jawabnya : "nanti saya cari". Alhamdulillah ditemui jawapannya.
Ahad, 4 April 2021
HIJAIYYAH DAN ABJADIYYAH
HIJAIYYAH DAN ABJADIYYAH
Apa maksud ibtida' haqiqi dengan ibitida' idhafi ?
Slm ustaz. Sy tak faham carta ni.
Apa maksud ibtida' haqiqi dengan
ibitida' idhafi ye. Bole ustaz jelaskan
1-
الابتداء
الحقيقي
هو الابتداء بآية مستقلة
بالمعنى عمّا سبقها من الآيات ولا يكون إلاّ في افتتاح التلاوة. فعلى القارىء أن
يفتتح تلاوته بآية ليست متعلقة بالمعنى أو بالإعراب بما قبلها.
2 - الابتداء
الإضافي
هو الابتداء بآية قرآنية لها
علاقة بالمعنى عمّا سبقها من الآيات ولا يصح البدء به ابتداءً أو في أول التلاوة
وله نوعان: الابتداء الجائز والابتداء غير الجائز
1- Permulaan Sebenar
Ini adalah permulaan ayat yang bebas
dalam arti dari apa yang mendahului dari ayat-ayat, dan hanya pada awal bacaan.
Pembaca harus membuka bacaannya dengan ayat yang tidak berkaitan dengan makna
atau ungkapan dari apa yang datang sebelumnya.
2 - Permulaan tambahan
Ini adalah permulaan dengan ayat
Al-Quran yang mempunyai hubungan dengan makna dari apa yang mendahului dari
ayat-ayat itu, dan tidak betul untuk memulai dengannya pada awal atau pada awal
bacaan. Ia mempunyai dua jenis: permulaan yang dibenarkan dan permulaan yang
tidak dibenarkan
Mudah fahamnya : Ibtida' Hakiki adalah
permulaan yang yang mustaqillah iaitu yang sudah tiada kaitan makna dengan ayat
yang sebelumnya. Contohnya awal surah. Adapun ibtida' idhofi(sandaran) pula
ialah permulaan yang masih ada kaitan makna dengan ayat sebelumnya. Contohnya
awal Juz 5 (والمحصنات). Ayat itu maknanya terkait dengan ayat sebelumnya
yang berkait dengan golongan yang diharamkan nikah.
Wallahu
a'lam.
Ditanyakan Tentang Waqaf Pada Kalimah وَانتَظِرْ Ayat 30 Surah 032 As Sajdah M.s 417 Juz 21
Ditanyakan Tentang
Waqaf Pada Kalimah وَانتَظِرْ Ayat 30 Surah 032 As
Sajdah M.s 417 Juz 21 ini :
فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَانْتَظِرْ إِنَّهُمْ
مُنْتَظِرُونَ
Maka berpalinglah kamu dari mereka dan
tunggulah, sesungguhnya mereka (juga) menunggu.
Kata penanya, ada Ustaz mengatakan perlu waqaf
pada kalimah '
وَانتَظِرْ ' itu.
Saya cuba cari dan jawapan saya sekadar ini(di
bawah) dengan sedikit tambahan hadis. Jika ada tambahan dari sahabat-sahabat,
saya sangat alukan.
JAWAPAN
Waalaikumussalam Tuan. Di dalam Manar Al Huda
karangan Imam Al Asymuni, disebutkan bahawa berhenti pada kata ' فَأَعْرِضْ
عَنْهُمْ ' atau ' وَانتَظِرْ ' ialah waqaf Jaiz(harus). Tetapi jika berhenti
pada ' إِنَّهُم
مُّنتَظِرُونَ ' itu waqaf tam(sempurna). Saya juga ada lihat
nukilan di dalam 'Ilal Al wuquf, dan Al Muktafa tetapi tetapi tiada perbahasan.
Jadi yang lebih baik, ialah waqaf di hujung
ayat. Itu cara Rasulullah. Ia dipanggil Waqaf Sunnah oleh sebahagian ulama’.
Di dalam Hadis Sahih riwayat Abu Daud, Ummu
Salamah menceritakan : "Adalah rasulullah memotong-motong bacaannya.
Baginda membaca الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
kemudian waqaf. Membaca الرَّحْمَنِ
الرَّحِيمِ ,
kemudian waqaf".
Ini dalil sunnahnya waqaf pada hujung ayat. Kata
Mullla Ali Qari di dalam Mirqat al Mafatih:
(يُقَطِّعُ
قِرَاءَتَهُ) ، أَيْ: يَقْرَأُ بِالْوَقْفِ عَلَى رُؤُوسِ الْآيَاتِ
maksud ‘memotong motong bacaan’ ialah berhenti
pada hujung setiap ayat.
Justeru, pada pandangan saya ,
adalah lebih baik pada kalimah مُنْتَظِرُونَ dari
waqaf pada فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ ' atau ' وَانتَظِرْ.
Wallahu a'lam.