Selasa, 20 Oktober 2020

Makhraj (مخرخ) Huruf ت - د - ط Belajar AlQuran M.s 93 An-Nissa Juz 5 ...


SIRI 93 Tema_Keempat: Makhraj Huruf Hijaiyyah dan Pembahagian Hukum Idgham ______________________________________ Makhraj (مخرخ) huruf bermaksud tempat keluar SUARA huruf al-Quran. Ulama sepakat Huruf Hijaiyyah ada 29 Huruf. Makhraj akan berlaku apabila dilafaz (Disebut). Tidak berlaku dalam penulisan. Imam al-Jazari dan Imam Khalil bin Ahmad mengatakan: • Anggota Makhraj Utama- 5 • Makhraj Khas - 17 Anggota Makhraj Utama ada 5: 1) Syafataan (Dua bibir) ~ 2 Makhraj Khas ~ 4 Huruf 2) Lisan (Lidah) ~ 10 Makhraj Khas ~ 18 Huruf 3) Halq (Kerongkong) ~ 3 Makhraj Khas ~ 6 Huruf 4) Jauf ( Rongga) ~ 1 Makhraj Khas ~ 3 Huruf Mad 5) Khaisyum (Pangkal Hidung) ~ 1 Makhraj Khas ~ 2 Huruf #مخرخ #BelajarAlQuranPercuma #BelajarCaraCepatMembacaAlQuran FOKUS KEPADA ANGGOTA: Makhraj Lisan (لسان) - iaitu lidah ~ 10 Makhraj Khas @ 10 sudut @ 10 Kawasan ~ 18 Huruf FOKUS KEPADA ANGGOTA LIDAH PADA SUDUT: 1) KAWASAN 1 Pangkal Lidah atau awal lidah. • Hurufnya: ق 2) KAWASAN 2 Pangkal Lidah atau Awal Lidah. Tempatnya kehadapan sedikit dari makhraj Huruf ق • Hurufnya: ك 3) KAWASAN 3 Pertengahan lidah. Lidah diangkat menekan pada lelangit yang keras apabila sebut huruf ini. • Hurufnya: ش - ي - ج 4) KAWASAN 4 Sepanjang tepi lidah yang ditekankan pada gigi geraham atas samada geraham kiri atau kanan. • Hurufnya: ض 5) KAWASAN 5 Belakang hujung lidah menekan ke gusi keras di hadapan sebelah atas dengan melengkung lidah sedikit • Hurufnya: ر 6) KAWASAN 6 Hujung lidah menekan ke gusi keras di hadapan sebelah atas. • Hurufnya: ن 7) KAWASAN 7 Menekan tepi bahagian hadapan lidah ke gusi hadapan sebelah atas samada kiri atau kanan. Biasanya sebelah kiri lebih mudah. • Hurufnya: ل 8) KAWASAN 8 Hujung lidah ditekan ke pangkal belakang gigi kacip bahagian atas. • Hurufnya: ت - د - ط 9) ? . 10) ?

Khamis, 15 Oktober 2020

Mad Farq (مد فرق) Bhg 2 Bacaan Tahsil Belajar AlQuran M.s 92 An-Nissa J...





SIRI 92 #Tema_Ketiga: Hukum-hukum Mad
______________________________________

Secara asas Hukum MAD
ada 13 Pembahagian

Secara teperinci Hukum
MAD ada 19 Pembahagian

Maksud Mad ialah
PANJANG

Huruf Mad ada 3 iaitu
(ا - و - ى)
______________________________________
HUKUM MAD YANG TELAH
BELAJAR
1) Mad Asli Mutlaq
2) Mad Asli
Harfi/Thuna'ie
3) Mad Tamkin
4) Mad 'Iwadh
5) Mad Silah
Qosirah/Sughra
6) Mad Ta'zim
7) Mad Wajib Muttasil                                        
8) Mad Jaiz Munfasil
9) Mad Silah
Towilah/Kubra
10) Mad Badal
11) Mad Syibhul Badal
12) Mad 'Aridh Li
Sukun
13) Mad Lin
14) Mad Jaiz Munfasil
Hukmi
15) Mad Farq/Istifham
16) ?
17) ?
18) ?
19) ?
.
______________________________________

 Fokus kepada:
MAD FARQ (مد فرق)
Mad Farq (مد فرق)
juga dikenali sebagai Mad Istifham (مد إستفهام)
Mad Farq bermaksud membezakan. Manakala Mad Istifham
bermaksud Pertanyaan.
Mad Farq ada 3 kalimah sahaja dalam al-Quran. Setiap
kalimah ada dua tempat dalam al-Quran. Jumlah semua ada 6 tempat di dalam
al-Quran.
Kaedah bacaan Mad farq ada dua wajah bagi
Imam Hafs toriq Syathibi:
1) IBDAL (Lebih
utama)
2) TASHIL
 Pengertian
Mad Farq






















Mad Farq adalah Mad Badal bertemu Huruf Bertasydid. Mad badal adalah mad yang
terdapat pada hamzah.






Contoh Mad Farq:


1) 010 Surah Yunus Ayat 59 M.s:215 &
027 Surah Al-Naml Ayat 59 M.s:382
(ءآلله)






 
2) 060 Surah Al-An'am Ayat 143 & 144
M.s:147
(ءآلذكرين)






3) 010 Surah Yunus Ayat 51 M.s:214 &
Ayat 91
M.s:219
(ءآلئن)


 





Cara membaca hamzah pada KE ENAM  ayat di atas ada dua Cara:
Pertama, adalah dengan ibdal yakni
mengganti hamzah kedua menjadi alif sehingga terdapat huruf mad pada hamzah.
Karena setelah mad terdapat tasydid maka disebut mad farqi atau mad lazim kalimi
mutsaqqal.

Kedua, adalah dengan tashil karena
dua hamzah berdekatan. Tashil adalah meringankan hamzah yang kedua sehingga
terdengar antara makhraj hamzah dan Ha’. Untuk lebih jelasnya tentang praktik
tashil pada ayat di atas silakan talaqi dengan guru yang ahli.
Sumber: Muqaddimah Al-Jazariyyah, Tuhfah Al-Athfal, Salsabilusy
Syafi

Jumaat, 9 Oktober 2020

IZHAR SYAFAWI (إظهار شفوى) Belajar AlQuran M.s 91 An-Nissa Juz 5 Ayat 80...



SIRI 91Tema_Kedua: Hukum Nun mati (نْ)
@ Tanwin (ءٌ-ءٍ-ءً), Mim mati (مْ) dan Mim/Nun Syaddah (مّ-نّ)
______________________________________
HUKUM MIM MATI (مْ)

Mim Mati (مْ) bertemu dengan 28 huruf dalam al-Quran
ada 3 hukum:
1) Ikhfa' Syafawi (إخفاء شفوى)
2) Izhar Syafawi (إظهار شفوى)
3) Idgham Syafawi (إدغام شفوى)
Hukum Mim Mati pasti
di belakang setiap hukumnya ada kalimah SYAFAWI
Makhraj MIM berada di
SYAFATAN (Dua bibir). Syafawi bermaksud dua bibir.
______________________________________
FOKUS KEPADA:

IZHAR SYAFAWI (إظهار شفوى)
Izhar Syafawi bermaksud
menzahirkan sebutan Mim
Sakinah dengan tanpa dengung
.
Mim Mati (مْ) bertemu dengan 26 huruf hijaiyyah kecuali
huruf (ب - م)

Cara bacaannya ialah hendaklah menzahirkan suara Mim
Sakinah tanpa dengung apabila ia bertemu dengan 26 huruf hijaiyyah
kecuali huruf (ب - م).

Huruf Izhar syafawi
ada 26 Huruf (Tidak termasuk huruf ب - م)

 Izhar Syafawi (إظهار شفوى)



Isnin, 5 Oktober 2020

Belajar Cara Cepat Membaca AlQuran M.s 90 An-Nissa Juz 5 Ayat 75-79 USTA...





SIRI 90 Tema_Pertama: Kelebihan dan Adab Al-Quran Serta Hukum
Hakam berkaitan dengan Al-Quran.
FOKUS KEPADA:
. Hadis 1: Kelebihan
belajar al-Quran dan mengajar al-Quran (Siri 58)

Hadis 2: Kelebihan
membaca al-Quran dan mengajar al-Quran (Siri 66)

Hadis 3: Kelebihan
mereka yang membaca al-Quran dengan lancar dan merangkak (Siri 74)

Hadis 4: Tegahan
mereka yang membaca al-Quran tanpa berlagu (Siri 82)

Hadis 5: Al-Quran Beri Pertolongan Kepada Pembaca Di Hari
Akhirat kelak
(Siri 90)

Jumaat, 2 Oktober 2020

Belajar Cara Cepat Membaca AlQuran M.s 89 An-Nissa Juz 5 Ayat 66-74 USTA...








3) Tahiyyat
4) Salam

Empat bacaan ini adalah RUKUN QAULI di dalam solat.

Empat rukun qauli ini wajib dibaca tanpa ada kesalahan besar sehingga boleh membatalkan solat.

Empat rukun qauli ini WAJIB dibaca sehingga dengar oleh telinga sendiri dalam keadaan suasana yang tidak bising dan pedengaran kita yang sihat. Jika kumit-kumit bibir seperti orang berbisik, maka solat tidak sah.

BACAAN WAJIB DALAM SOLAT:
1) lafaz TAKBIRATUL IHRAM (الله أكبر)
2) Bacaan Surah AL-FATIHAH
3) Bacaan TAHIYYAT
4) Bacaan salam

BACAAN SUNAT AB'AD (Sunat yang dituntut)
1) Bacaan Qunut
2) Bacaan tahiyyat Awal

BACAAN SUNAT HAI'AH
1) Doa Iftitah
2) Istiazah

Jumaat, 25 September 2020

Kalimah (خلقكم) Surah Al-Mursalat Ayat:20 Belajar Membaca AlQuran M.s 88...



SIRI 88 Tema_Ketujuh: Penjelasan Bacaan Ghorib di dalam al-Quran

______________________________________

FOKUS KEPADA:

~ Kalimah (خلقكم) 077 Surah Al-Mursalat Ayat:20 M.s:581 Juz:29

Bacaan Riwayat Hafs Qiraat 'Asim ( حفص عن عاصم )

baca kalimah ini dengan dua wajah iaitu:

1)  كَامِل إِدْغَامٌ  Idgham Kamil (Wajah ini lebih utama)

2) نَاقِص  إِدْغَامٌ Idgham Naqis


Jumaat, 18 September 2020

Hukum Huruf Ra' Al-Qomar Ayat 16,18,30,31,37,39نذر Belajar Quran M.s 87...





SIRI 87 #HukumRa
Tema_Keenam: Hukum Huruf Ra' (ر), Hamzah Wasal (همزة وصل), Hukum Huruf Lam (ل) dan Hukum Alif Lam (ال)
_____________________________________
FOKUS KEPADA:
HUKUM HURUF RA' (ر) YANG BOLEH TEBAL DAN BOLEH NIPIS
Ada 6 KALIMAH DIKECUALIKAN DARI KAEDAH ASAL yang ada di dalam al-Quran
6 Kalimah ini boleh dibaca Huruf (ر)nya dalam keadaan TEBAL atau NIPIS ketika WAQAF sahaja.

6 KALIMAH DIHARUSKAN NIPIS ATAU TEBAL
1) Surah Yusuf | Ayat 99 | مِصْرَ
• Boleh baca Ra' TEBAL atau NIPIS ketika WAQAF
• Sebaiknya baca Ra' TEBAL kerana Huruf Ra' berbaris FATHAH

2) Surah Saba' | Ayat 12 | القطر
• Boleh baca Ra' TEBAL atau NIPIS ketika WAQAF
• Sebaiknya baca Ra' NIPIS kerana Huruf Ra' berbaris KASRAH

3) Surah Al-Fajr | Ayat 4 | يسر
• Boleh baca Ra' TEBAL atau NIPIS ketika WAQAF
• Sebaiknya baca Ra' NIPIS kerana apa asalnya selepas Huruf Ra ada huruf Ya yang dihazafkan (Dibuang)

4) Surah al-Hijr - 65 - أسر | Surah Toha - 77 - فأسر
• Boleh baca Ra' TEBAL atau NIPIS ketika WAQAF
• Sebaiknya baca Ra' NIPIS kerana apa asalnya selepas Huruf Ra ada huruf Ya yang dihazafkan (Dibuang)
.
5) 54 Surah al-Qomar - Ayat 16,18,30,31,37,39 – نذر M.s:528 Juz: 27
• Boleh baca Ra' TEBAL atau NIPIS ketika WAQAF
• Sebaiknya baca Ra' NIPIS kerana apa asalnya selepas Huruf Ra ada huruf Ya yang dihazafkan (Dibuang)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6) Tema_Keenam Hukum Huruf Ra', Hamzah Wasal , Hukum Huruf Lam dan Hukum Alif Lam
Ra' bahagian 1 :
https://youtu.be/Luz0kS-WDJE?t=288
Ra' bahagian 2&3:
https://youtu.be/72k4EJpTNmM?t=269
Ra' bahagian 4:
https://youtu.be/938Tq2GinnQ?t=136
Ra' bahagian 5:
https://youtu.be/m1FtTX3bibY?t=172
Ra' bahagian 6:
https://youtu.be/FHF5Zer2MIY?t=227

HURAIAN HUKUM HURUF RA' BHG 1-6 S47:
https://youtu.be/WU-8ZDoufu4?t=169
HUKUM HURUF RA' (ر) YANG BOLEH TEBAL DAN BOLEH NIPIS Ada 6 KALIMAH DIKECUALIKAN DARI KAEDAH ASAL yang ada di dalam al-Quran.
1) 12 Surah Yusuf | Ayat 99 | M.s 247 Juz 13 مِصْرَ- SIRI 55:
https://youtu.be/4jVtm37t_54?t=217
2) 34 Surah Saba' | Ayat 12 | M.s 429 Juz 22 القطر SIRI 63:
https://youtu.be/R5gqwrvHG0Q?t=319
3) 89 Surat Al-Fajr | Ayat 4 | M.s 593 Juz 30 يسر SIRI 71 :
https://youtu.be/Z-JkiFShVqA?t=70
4) 15 Surah al-Hijr – Ayat 65 فأسر – M.s 265 Juz 14 SIRI 79 :
https://youtu.be/HhKUm5Jy3BA?t=243
20 Surah Toha - Ayat 77 أسر – M.s 317 Juz 16 SIRI 79 :
https://youtu.be/HhKUm5Jy3BA?t=243
5) 54 Surah al-Qomar - Ayat 16,18,30,31,37,39 – نذر M.s:528 Juz: 27 SIRI 87 :
https://youtu.be/gwcXLOv2UN0?t=245

Buku Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani Haji Abdul Qadir Leong (Al Azhari):
https://t.productlink.io/a6t67
Buku ATLAS TAJWID BEGINNER:
https://t.productlink.io/a6t9h
MUSHAF RASM UTHMANI YANG BERTAJWID:
https://t.productlink.io/a6t9g
IQRA HUMAIRA:
https://t.productlink.io/a6t5y
Mushaf Qiyam Al Quran Al Karim Dengan Panduan Wakaf Ibtida’ + Book Stand :
https://t.productlink.io/a6124c
Al Quran Digital Talking Pen MUSHAF WANITA AL-QOLAM :
https://t.productlink.io/a6125c
Mushaf Hafalan Al-Quran Al-Hufaz :
https://t.productlink.io/a6125e
My Qalam Kids Package Al Quran Digital Saiz A5 :
https://t.productlink.io/a6125t
AL Quran Speakers Bluetooth Arabic (WORD BY WORD) :
https://t.productlink.io/a6125v
KAD IMBAS BIJAK IQRA :
https://t.productlink.io/a61279
Kad Flip IQRA NEW BATCH :
https://t.productlink.io/a6127d

JAM AZAN TAQWIM DIGITAL RUMAH :
https://t.productlink.io/a6125q
Jam Tangan Islamic Qibla Buruj Watches :
https://t.productlink.io/a6126y

SEJADAH ELECTRONIC LEARNING ALQURAN :
https://t.productlink.io/a6125d
Travel Sajada NAWRA:
https://t.productlink.io/a6126p

Tasbih Kayu Asam Jawa 5mm X 99biji Buatan Tangan (100%) :
https://t.productlink.io/a6127k

Untuk SignUp ProductLink tekan sini :
https://t.productlink.io/a14phm

NOTA UNTUK SHARE: Ori video (Rakaman ini Di AMBIL DISINI) :
https://web.facebook.com/pg/PusatPaka...
SHARE VIDEO INI WAQOF DARI USTAZ WAN MUHAMMAD HAMIDULLAH DAN KELUARGA UNTUK UMAT ISLAM YANG BELUM BOLEH MEMBACA ALQURAN KHASNYA:
https://youtu.be/H0nGpqU2W3w?t=125
Kita jangan anggap pengajian utama na :
https://youtu.be/uTcWL25tOEo?t=300

#BelajarAlQuranPercuma #MushafTajwid #UstazWanMuhammadHamidullah #MahmoudKhalilAlHussary #SyaamilAlQuranPerKata #KHATAM30JUZUK1TAHUN8BULAN #1Hari1Live1Muka
#1Tahun8BulanKhatam30Juz #UstazHamidullah #PercumaSetiapHari515Petang
#PusatPakarAlQuranMalaysia #MisiBanterasButaAlQuranTanpaKos #Jemputshare


INFO GRAFIK TAJWID SILA AMBIL DISINI :
https://belajaralquranmudah2020.blogs...