Khamis, 16 April 2020

siri 'Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah'

Diadaptasikan dari sebuah buku yang telah diterbitkan pada tahun 1916... Dalam siri 'Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah' ini, setiap 'bab' atau 'pelajaran' disusun ringkas-ringkas sahaja, supaya senang diikuti oleh sesiapa pun, terutama yang baru nak mula belajar Bahasa Arab. Untuk baca posting satu bab, hanya perlukan masa beberapa saat sahaja. Siap! Tapi bagi sesetengah orang mungkin dia tak faham jika dia baca hanya sekali lalu... Maka untuk faham, tambahlah lagi seminit dua. Ulang baca perlahan-perlahan insyaAllah akan faham satu bab. Siap! Tapi bagi sesetengah orang yang faham, seminit dua lepas itu dia akan terus lupa pula apa yang dia dah faham! 😅 Maka bagi menguasai sesuatu bab, peruntukkan masa sehari lebihkurang 15 minit (lebih banyak masa lebih baik) dan gunakan masa itu untuk menghafal apa yang difahami, buat semua latihan yang diberi, lebih dari sekali dan kemudian ulangkaji sedikit apa yang telah dipelajari. Jika anda ikut teknik ini secara istiqomah, InsyaAllah anda pasti akan boleh kuasai ilmu asas Bahasa Arab. Jom sama-sama belajar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

الحمدلله الله اكبر
TOLONG SHARE KEPADA ORANG LAIN SEMOGA MANFAAT DAN MISI BANTERAS BUTA AL-QURAN INI MENDAPAT SAMBUTAN DARI UMAT ISLAM.. INSYAALLAH.. آمين‎
💖 BANTU KAMI 🙏 🇲🇾 TEKAN BUTANG LIKE 👍 DAN SHARE📢📢
جزاك الله

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.