Selasa, 8 September 2020

(Makhraj Lisani ت - د – ط ) Belajar Cara Cepat Membaca AlQuran M.s 85 An...



SIRI 85Tema_Keempat:  Makhraj
Huruf Hijaiyyah dan Pembahagian Hukum Idgham
______________________________________
Makhraj (مخرخ) huruf bermaksud tempat keluar SUARA huruf
al-Quran.
Ulama sepakat Huruf
Hijaiyyah ada 29 Huruf.
Makhraj akan berlaku
apabila dilafaz (Disebut). Tidak berlaku dalam penulisan.
Imam al-Jazari dan
Imam Khalil bin Ahmad mengatakan:
• Anggota Makhraj
Utama- 5 • Makhraj Khas - 17
Anggota Makhraj Utama
ada 5:
1) Syafataan (Dua
bibir)
~ 2 Makhraj Khas
~ 4 Huruf
2) Lisan (Lidah)
~ 10 Makhraj Khas
~ 18 Huruf
3) Halq (Kerongkong)
~ 3 Makhraj Khas
~ 6 Huruf
4) Jauf ( Rongga)
~ 1 Makhraj Khas
~ 3 Huruf Mad
5) Khaisyum (Pangkal
Hidung)
~ 1 Makhraj Khas
~ 2 Huruf

FOKUS KEPADA ANGGOTA:
Makhraj Lisan (لسان) - iaitu lidah
~ 10 Makhraj Khas @ 10
sudut @ 10 Kawasan
~ 18 Huruf
.
FOKUS KEPADA ANGGOTA
LIDAH PADA SUDUT:
1) KAWASAN 1
Pangkal Lidah atau
awal lidah.
• Hurufnya: ق
.
2) KAWASAN 2
Pangkal Lidah atau
Awal Lidah. Tempatnya kehadapan sedikit dari makhraj Huruf ق
• Hurufnya: ك
.
3) KAWASAN 3
Pertengahan lidah.
Lidah diangkat menekan pada lelangit yang keras apabila sebut huruf ini.
• Hurufnya: ش - ي - ج
.
4) KAWASAN 4
Sepanjang tepi lidah
yang ditekankan pada gigi geraham atas samada geraham kiri atau kanan.
• Hurufnya: ض
.
5) KAWASAN 5
Belakang hujung lidah
menekan ke gusi keras di hadapan sebelah atas dengan melengkung lidah sedikit
• Hurufnya: ر
.
6) KAWASAN 6
Hujung lidah menekan
ke gusi keras di hadapan sebelah atas.
• Hurufnya: ن
.
7) KAWASAN 7
Menekan tepi bahagian
hadapan lidah ke gusi hadapan sebelah atas samada kiri atau kanan. Biasanya
sebelah kiri lebih mudah.
• Hurufnya: ل
.
8) KAWASAN 8
Hujung lidah ditekan
ke pangkal belakang gigi kacip bahagian atas.
• Hurufnya: ت - د - ط

9) ?
.
10) ?
.




8) KAWASAN 8 Lidah (Makhraj Lisani)

Hujung lidah ditekan ke pangkal belakang gigi kacip bahagian atas.
• Hurufnya: ت - د  ط






Khamis, 3 September 2020

Mad Farq (مد فرق) Bacaan IBDAL Belajar AlQuran M.s 84 An Nissa Juz 5 Ay...





SIRI 84 #Tema_Ketiga: Hukum-hukum Mad
______________________________________
Secara asas Hukum MAD
ada 13 Pembahagian, Secara teperinci Hukum MAD ada 19 Pembahagian, Maksud Mad
ialah PANJANG, Huruf Mad ada 3 iaitu (ا - و - ى)
______________________________________
HUKUM MAD YANG TELAH
BELAJAR
1) Mad Asli Mutlaq
2) Mad Asli
Harfi/Thuna'ie
3) Mad Tamkin
4) Mad 'Iwadh
5) Mad Silah
Qosirah/Sughra
6) Mad Ta'zim
7) Mad Wajib Muttasil
8) Mad Jaiz Munfasil
9) Mad Silah
Towilah/Kubra
10) Mad Badal
11) Mad Syibhul Badal
12) Mad 'Aridh Li
Sukun
13) Mad Lin
14) Mad Jaiz Munfasil
Hukmi
15) Mad Farq/Istifham
16) ?
17) ?
18) ?
19) ?
  
MAD FARQ (مد فرق)
Mad Farq (مد فرق) juga dikenali sebagai Mad Istifham (مد إستفهام)
Mad Farq bermaksud Membezakan.
Manakala Mad
Istifham bermaksud Pertanyaan.
Mad Farq ada 3 kalimah sahaja dalam al-Quran. Setiap
kalimah
ada dua tempat
dalam al-Quran. Jumlah
semua ada 6
tempat di dalam al-Quran. Kadar bacaannya adalah 6
harakat
.

Pengertian Mad Farq


Mad Farq adalah Mad Badal bertemu Huruf Bertasydid. Mad badal adalah mad yang
terdapat pada hamzah.

 

Contoh Mad Farq:


1) 010 Surah Yunus Ayat 59 M.s:215 &
027 Surah Al-Naml Ayat 59 M.s:382
(ءآلله)






 
2) 060 Surah Al-An'am Ayat 143 & 144
M.s:147
(ءآلذكرين)






3) 010 Surah Yunus Ayat 51 M.s:214 &
Ayat 91  M.s:219
(ءآلئن)


 

Cara membaca hamzah pada KE ENAM  ayat di atas ada dua Cara:
Pertama, adalah dengan ibdal yakni
mengganti hamzah kedua menjadi alif sehingga terdapat huruf mad pada hamzah.
Karena setelah mad terdapat tasydid maka disebut mad farqi atau mad lazim kalimi
mutsaqqal.

Kedua, adalah dengan tashil karena
dua hamzah berdekatan. Tashil adalah meringankan hamzah yang kedua sehingga
terdengar antara makhraj hamzah dan Ha’. Untuk lebih jelasnya tentang praktik
tashil pada ayat di atas silakan talaqi dengan guru yang ahli.
Sumber: Muqaddimah Al-Jazariyyah, Tuhfah Al-Athfal, Salsabilusy
Syafi







Sabtu, 22 Ogos 2020

IDGHAM SYAFAWI (إدغام شفوى) Belajar AlQuran M.s 83 An-Nissa Juz 5 Ayat 2...





#IdghamSyafawi
SIRI 83 Tema_Kedua: Hukum Nun mati (نْ) @ Tanwin (ءٌ-ءٍ-ءً), Mim mati (مْ) dan Mim/Nun Syaddah (مّ-نّ)
______________________________________
IDGHAM SYAFAWI (إدغام شفوى) Belajar AlQuran M.s 83 An-Nissa Juz 5 Ayat 27-33 USTAZ WAN HAMIDULLAH

HUKUM MIM MATI (مْ)

Mim Mati (مْ) bertemu dengan 28 huruf dalam al-Quran ada 3 hukum:
1) Ikhfa' Syafawi (إخفاء شفوى) 2) Izhar Syafawi (إظهار شفوى) 3) Idgham Syafawi (إدغام شفوى)

Hukum Mim Mati pasti di belakang setiap hukumnya ada kalimah SYAFAWI
Makhraj MIM berada di SYAFATAN (Dua bibir). Syafawi bermaksud dua bibir.
______________________________________
FOKUS KEPADA:
IDGHAM SYAFAWI (إدغام شفوى)
Idgham Syafawi ada 3 nama:
1) Idgham Syafawi (إدغام شفوي) 2) Idgham Mimi (إدغام ميمي) 3) Idgham Mislain shoghair (إدغام مثلين صغير)

Idgham Syafawi bermaksud menggabungkan Mim Sakinah ke dalam Mim berbaris beserta dengung.

Mim Mati (مْ) bertemu dengan huruf Mim (م)

Cara bacaannya ialah hendaklah dimasukkan suara Mim Sakinah ke dalam Mim yang berbaris dengan disertai dengung. Dua bibir hendaklah rapat dengan sempurna.



Sabtu, 8 Ogos 2020

Belajar Cara Cepat Membaca AlQuran M.s 82 An-Nissa Juz 5 Ayat 24-26 USTA...





SIRI 82 Tema Pertama: Kelebihan dan Adab Al-Quran Serta Hukum Hakam berkaitan dengan Al-Quran
______________________________________
FOKUS KEPADA:
Hadis 1: Kelebihan belajar al-Quran dan mengajar al-Quran (Siri 58)
Hadis 2: Kelebihan membaca al-Quran dan mengajar al-Quran (Siri 66)
Hadis 3: Kelebihan mereka yang membaca al-Quran dengan lancar dan merangkak (Siri 74)
Hadis 4: Tegahan Mereka Yang Membaca Al-Quran Tanpa Berlagu (Siri

Isnin, 27 Julai 2020

Bacaan Doa Iftitah Dengan SEBUTAN HURUF yang BENAR (Belajar Quran M.s 81...



Bacaan Doa Iftitah Dengan SEBUTAN HURUF yang BENAR (Belajar Quran M.s 81 An-Nissa Juz 4 Ayat 20-23 )

SIRI 81 Tema_Kelapan: Bacaan Wajib dan Sunat di dalam Solat serta Doa dan Zikir
BACAAN WAJIB DALAM SOLAT ADA 4:
1) Takbiratul Ihram
2) Al-Fatihah
3) Tahiyyat
4) Salam

Empat bacaan ini adalah RUKUN QAULI di dalam solat.

Empat rukun qauli ini wajib dibaca tanpa ada kesalahan besar sehingga boleh membatalkan solat.

Empat rukun qauli ini WAJIB dibaca sehingga dengar oleh telinga sendiri dalam keadaan suasana yang tidak bising dan pedengaran kita yang sihat. Jika kumit-kumit bibir seperti orang berbisik, maka solat tidak sah.

BACAAN WAJIB DALAM SOLAT:
1) lafaz TAKBIRATUL IHRAM (الله أكبر)
2) Bacaan Surah AL-FATIHAH
3) Bacaan TAHIYYAT
4) Bacaan salam

BACAAN SUNAT AB'AD (Sunat yang dituntut)
1) Bacaan Qunut
2) Bacaan tahiyyat Awal

BACAAN SUNAT HAI'AH
1) Doa Iftitah
2) ?
3) ?

Rabu, 22 Julai 2020

Kalimah ضعف / ضعفا Surah Al-Rum Ayat 54 ( Belajar Membaca QURAN M.s 80 ...





SIRI 80 Tema Ketujuh: Penjelasan Bacaan Ghorib di dalam al-Quran
______________________________________
FOKUS KEPADA:
Kalimah (ضعف / ضعفا)
030 Surah Al-Rum Ayat 54 M.s 410 Juz 21 ADA 3 Tempat.
Bacaan Riwayat Imam Hafs
Baca Huruf ض Dengan Dua Wajah iaitu (FATHAH & DOMMAH).