Ahad, 18 April 2021

KESALAHAN DALAM AZAN

 KESALAHAN DALAM AZAN

Dr Said Ali Yazid di dalam tulisannya أثر أداء الحرف فى انحراف الدلالة menaqalkan bahawa Imam Syihabuddin Al Qarafi (684H) ada menyebut beberapa kesalahan muazzin di dalam kitabnya Az Zakhirah. Antaranya :
1- Mereka (para muazzin) pada lafaz (اللهُ أَكْبَرُ) memanjangkan apa yang sesudah Ba’. Maka jadilah ia(أَكْبَارٌ). Dan (أَكْبَارٌ) itu ialah jama’ (plural) bagi Kabar(كَبَرٌ) dan ia bermaksud gendang. Maka keluarlah azan kepada makna kufur.
2-Mereka memanjangkan awal (أَشْهَدُ) maka keluarlah ia menjadi bentuk pertanyaan(استفهام). Sedang yang dikehendaki ialah Lafaz Insyaie. Begitulah yang mereka lakukan ketika menyebut lafaz jalalah.
Huraian : Apabila muazzin memanjangkan hamzah Asy (أأأأشْهَدُ) , ia akan mengubah ayat penyata ‘Aku naik saksi’ kepada ayat pertanyaan ‘Adakah aku naik saksi?’. Begitulah juga pabila muazzin memanjangkan hamzah Ak (أأأأكْبَرُ) pada lafaz jalalah , ia akan mengubah ayat penyata ‘Allah Maha Besar’ kepada pertanyaan ‘Adakah Allah Maha Besar?’.
3- Waqaf pada (لَا إِلٰهَ) dan ia kekufuran dan Ta’thil (penolakan sifat) bagi Allah. Aku(Al Qarafi) pernah menyaksikan sendiri muazzin Masjid Besar Iskandariah (Mesir) melaungkan azan dengan memanjangkan ( لَا إِلٰهَ) sehingga habis nafasnya kemudian memulakan dengan (إِلَّا الله).
4- Tidak membunyikan Ha’ (besar) pada lafaz solat (الصَّلَاة), maka keluarlah kalam itu kepada ajakan menuju kepada bakaran api (صَلَا النَّار).
Huraian : maksudnya bilal tidak mewaqafkan laungan dengan Ha’ besar yang jelas. Lalu terdengarlah seakan-akan dia waqaf dengan alif (حَىَّ عَلَى الصَّلَا).
5- Tidak menyebut Ha’ kecil dengan tepat pada (الفَلَاحِ) maka keluarlah kalam dari maksudnya.
Terdapat beberapa kesalahan lagi, tetapi saya berpada dengan sebahagian yang disebut Al Qarafi.
Hanif azmir Hassim Nibong Tebal 19 April 2021/ 7 Ramdhan 1442
S: Pada lafaz akbar perlu di bunyikan Dhommah wasal dengan lam atau kena waqaf atas ro ustaz?
J: Jika Muazzin baca wasal Ustaz, maka bunyi kan dhommah. Akbarullah. Cuma ada yang seakan saktah. Dia pisah kan Allahu Akbar pertama dan kedua. Maka, yang ini kena matikan Ra. Wallahu a'lam


S: yg bergaris tu ustaz..
saya xfaham apa yang dimaksudkan تمطيط


J: Ini apa yang disebut guru guru kita. Azan adalah lebih baik tiada Tamdid. Iaitu pemanjangan suara yang dibuat oleh hampir semua para Muazzin zaman ini. Contohnya pada kalimah falah yang dipanjangkan sampai belasan harakat.
Ikut Nas kitab, Makruh.
Begitu jugaTathrib, maksudnya menghentak hentak suara. Lebih jelas turun naik nada suara. Itu juga Makruh.
Tapi, kita susah sikit nak tinggal kerana dah terbiasa. Apapun keduanya Tidaklah dianggap Lahn.

Bacaan SOLAT TARAWIH (Irama Syeikh Maher Al Muaiqly ) Al-Baqarah Ayat 2...

Jumaat, 16 April 2021

Adakah bacaan Imalah itu Bahasa Fusha(baku)?

 Ada yang bertanya: Adakah bacaan Imalah itu Bahasa Fusha(baku)? Jawapannya YA.


KETERANGAN : Semua Qurra' kecuali Imam Ibnu Katsir mempunyai Imalah dalam bacaan. Bezanya banyak atau sedikit penggunaannya. Imalah Kubra atau Sughra(taqlil).

🔶 Dalam bacaan kita, Hafs, kita hanya membaca imalah pada satu tempat iaitu pada huruf Ra, kalimah مَجْر۪ىٰهَا ayat 41 Surah Hud. Ra itu dibaca seperti menyebut 'R' pada kata x-ray.

بِسْمِ ٱللَّهِ مَجْر۪ىٰهَا وَمُرْسَىٰهَآ...

🔶 Berbalik kepada soalan di atas, saya rasa cukuplah nas di bawah dari Kitab Al Itqan oleh Imam As Suyuthi untuk menjawab soalan ini. Jelas apa yang disebut oleh Al Imam Abu Amru Ad Dani :

"Fathah dan Imalah adalah dua bahasa yang masyhur atas lidah Fusaha' al Arab(ahli bahasa) yang turunnya Al Quran atas lidah mereka. Fathah adalah bahasa penduduk Hijaz. Sementara Imalah adalah bahasa kebanyakan penduduk Najd dari Bani Tamim, Asad dan Qais".



(Cara NAK CAM TANDA IZHAR HALQI ) Belajar Cara Cepat Membaca AlQuran M.s...


SIRI 131 Tema_Kedua: Hukum Nun Mati @ Tanwin (نْ-ءً-ءٍ-ءٌ) Mim Mati (مْ) Mim Dan Nun Syaddah (مّ-نّ) ______________________________________ Hukum Nun Mati @ Tanwin ada enam: 1) Izhar Halqi 2) Ikhfa' Haqiqi 3) Idgham Maal Ghunnah 4) Idgham Bila Ghunnah 5) Iqlab 6) Izhar Mutlak - Nun Mati berlaku dlm 1 @ 2 perkataan. - Tanwin terjadi dlm 2 perkataan sahaja ______________________________________ IZHAR HALQI IZHAR bermaksud nyatakan dan jelaskan huruf NUN. (Lidah parking pada tempat Huruf NUN.) HALQI bermaksud semua huruf Izhar makhrajnya berada di kerongkong. Huruf Izhar ada 6 (ء - غ - ح - خ - ع - ه) Formula mudah ingat Huruf Izhar (أَغْحٍ خَعَهُ) Kaedah Bacaan Izhar Halqi ialah Jelaskan Huruf Nun Tanpa Dengung BARIS NUN MATI DAN TANWIN DALAM PENULISAN RESAM UTHMANI: • NUN MATI - Ada tanda SUKUN atas Huruf Nun • TANWIN - Tanwin Yang Selari dan 69